Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah

  • Home
  • Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah

SKUAD PRIHATIN BENCANAKakitangan PDTSPT turut sama menyertai Skuad Prihatin Bencana Daerah SPT membantu  kerja-kerja pem...
11/05/2026

SKUAD PRIHATIN BENCANA

Kakitangan PDTSPT turut sama menyertai Skuad Prihatin Bencana Daerah SPT membantu kerja-kerja pembersihan di SMA Maahadul Islami Tasek Junjung yang dilanda banjir kilat pada 10 Mei 2026. Sebanyak 8 buah kelas, surau, 4 buah bilik-bilik khas dan kantin terkesan akibat kesan lumpur.

Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-29 pada 9 Mei 2026 dengan penuh meriah ...
09/05/2026

Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-29 pada 9 Mei 2026 dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Program yang berlangsung di padang sekolah itu disertai oleh murid-murid, guru-guru serta ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada para peserta.
Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan semangat kerjasama, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah lagi.
Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan antaranya acara balapan dan padang yang melibatkan penyertaan aktif daripada semua rumah sukan yang kali ini bertemakan stesen minyak tempatan. Sorakan semangat daripada para penyokong turut memeriahkan suasana sepanjang kejohanan berlangsung.
Pihak sekolah berharap kejohanan ini dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat. Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-29 ini berakhir dengan jayanya dalam suasana penuh ceria dan harmoni.

09/05/2026
YBhg. Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dijemput sebagai panel untuk Forum Tadbir U...
06/05/2026

YBhg. Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dijemput sebagai panel untuk Forum Tadbir Urus dan Intervensi Dasar SDG dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Forum Tadbir Urus dan Intervensi Dasar SDG yang diadakan di The Light Hotel, Seberang Jaya pada 6 Mei 2026.

30/04/2026
25/04/2026
MESYUARAT PEMBANGUNAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH dipengerusikan  oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana ...
25/04/2026

MESYUARAT PEMBANGUNAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang berlangsung di Menara MBSP, Bandar Perda pada 25 April 2026.

YBhg. Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah berbesar hati dapat menyampaikan Taklimat Pembangunan Daerah SPT pada mesyuarat tersebut.

LATIHAN SIMULASI BENCANA KIMIA, BIOLOGI, RADIOLOGI NUKLEAR & LETUPAN (CBRNE) BAHAN BERBAHAYA (HAZMAT) 2026TARIKH: 18 APR...
20/04/2026

LATIHAN SIMULASI BENCANA KIMIA, BIOLOGI, RADIOLOGI NUKLEAR & LETUPAN (CBRNE) BAHAN BERBAHAYA (HAZMAT) 2026
TARIKH: 18 APRIL 2026
TEMPAT: TAMAN SIAKAP, SEBERANG JAYA

YBhg. Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah mengambil peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam simulasi ini. Simulasi ini dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Petronas Gas Berhad untuk menguji tahap kesediaan agensi dan pelan evakuasi untuk bencana kebocoran gas.

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR TAMAN SIAKAP, SEBERANG JAYA SEMPENA PELAKSANAAN LATIHAN SIMULASI CBRNE N...
16/04/2026

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR TAMAN SIAKAP, SEBERANG JAYA SEMPENA PELAKSANAAN LATIHAN SIMULASI CBRNE NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026

TARIKH: 18 APRIL 2026 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

LALUAN TERLIBAT:
Lorong Siakap 7, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 serta Tingkat Siakap 11, Taman Siakan, Seberang Jaya

09/04/2026

SESI CABUTAN UNDI BIL 2/2026
9 APRIL 2026
2.30 PETANG
DEWAN SRI MERTAJAM

Address

Pulau Pinang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share