01/06/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA
Seluruh warga Balai Polis ICQS Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.
Pengurniaan tersebut mencerminkan pengiktirafan tertinggi negara terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam menerajui Polis Diraja Malaysia ke arah kecemerlangan, profesionalisme serta keselamatan negara yang berterusan.
Semoga YDH Tan Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kecemerlangan dalam memimpin pasukan Polis Diraja Malaysia demi agama, bangsa dan negara.
Sekalung tahniah dan syabas.
KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.
Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.
#01062026