Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

  • Home
  • Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka JPJ Negeri Melaka Selamat Datang & Salam Sejahtera. Sila bawa bersama Kad Debit (Kad ATM) atau Kad Kredit bagi tujuan pembayaran di kaunter.

Sebagai makluman, MASA OPERASI JPJ Negeri Melaka adalah seperti berikut:

HARI MASA
JPJ Bukit Katil Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
JPJ Cawangan Jasin Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
JPJ Cawangan UTC Isnin - Ahad 8.00 pagi - 5.00 petang

MASA REHAT adalah seperti berikut:

HARI MASA
JPJ Bukit Katil Isnin - Khamis 1.00 tgh/ hari - 2.00 petang
JPJ Cawangan Jasin Isnin - Khamis 1.00 tgh/ hari - 2.00 petang
JPJ Cawangan UTC Sabtu - Khamis 1.00 tgh/ hari - 2.00 petang
Jumaat 12.15 tgh/ hari - 2.45 petang

(JPJ MELAKA AKAN DITUTUP PADA HARI CUTI AWAM PERSEKUTUAN/ HARI CUTI AWAM NEGERI)


Semua urusan pembayaran adalah secara TANPA TUNAI (CASHLESS). Semua pengguna adalah dinasihatkan untuk muat turun (download) Aplikasi JPJeQ terlebih dahulu di telefon pintar masing-masing, untuk mendapatkan nombor giliran, seterusnya, bagi memudahkan sebarang urusan. Tiada lagi nombor secara manual/ Q-Matic akan diberikan.

01/06/2026

đť——IRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada
Ketua Pengarah &
Seluruh Warga Kerja JPJ Malaysia



📢 NOTIS PENUTUPAN PEJABAT JPJ NEGERI MELAKAPejabat JPJ Negeri Melaka, Cawangan dan UTC akan ditutup pada 1 & 2 Jun 2026....
31/05/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN PEJABAT JPJ NEGERI MELAKA

Pejabat JPJ Negeri Melaka, Cawangan dan UTC akan ditutup pada 1 & 2 Jun 2026. Operasi akan disambung semula pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.



INGAT BOLEH LEPAS? WARGA GHANA DAN CHINA ANTARA YANG KANTOI TANPA LESEN DALAM OPS HRAA 2026Melaka, 31 Mei 2026 – Jabatan...
31/05/2026

INGAT BOLEH LEPAS? WARGA GHANA DAN CHINA ANTARA YANG KANTOI TANPA LESEN DALAM OPS HRAA 2026

Melaka, 31 Mei 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka terus memperhebatkan penguatkuasaan menerusi Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 dengan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu warga asing yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang jalan raya.

Dalam operasi yang dijalankan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger bersama tiga (3) buah motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kenderaan Ford Ranger tersebut dipandu oleh seorang warga Ghana dan dikesan melakukan beberapa kesalahan serius iaitu memandu tanpa lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

Sementara itu, sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang warga China turut disita selepas didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah. Dalam operasi yang sama, dua (2) lagi motosikal yang dipandu oleh warga Indonesia dan warga Bangladesh turut diambil tindakan atas kesalahan yang sama.

Kesemua kenderaan yang terlibat telah disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Negeri Melaka untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Negeri Melaka menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan sepanjang Ops HRAA 2026 dan tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana-mana individu yang memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu yang sah, termasuk warga asing.

"Tiada Lesen, Tiada Kompromi. Undang-Undang Jalan Raya Terpakai Kepada Semua."




KUNCI DIBERI, PADAH MENANTI — 2 MOTOSIKAL REMAJA BAWAH UMUR DISITA, RX-Z EKZOS UBAH SUAI TURUT DIAMBIL TINDAKAN JPJ MELA...
31/05/2026

KUNCI DIBERI, PADAH MENANTI — 2 MOTOSIKAL REMAJA BAWAH UMUR DISITA, RX-Z EKZOS UBAH SUAI TURUT DIAMBIL TINDAKAN JPJ MELAKA

Melaka, 31 Mei 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka telah melaksanakan Ops Motosikal sempena Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal berada pada tahap yang memuaskan.

Dalam operasi tersebut, dua (2) buah motosikal telah disita selepas dikesan dipandu oleh remaja bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu yang sah. Tindakan tegas diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mengingatkan ibu bapa dan pemilik kenderaan agar tidak membenarkan individu bawah umur menggunakan kenderaan di jalan raya.

Selain itu, sebuah motosikal turut diambil tindakan kerana tidak mempamerkan nombor pendaftaran, manakala beberapa buah motosikal lagi dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Dalam operasi yang sama, dua (2) buah motosikal Yamaha RX-Z telah diambil tindakan atas kesalahan mengubah suai sistem ekzos, yang bukan sahaja menyalahi peraturan malah mengganggu ketenteraman awam dan boleh menjejaskan aspek keselamatan kenderaan.

JPJ Negeri Melaka akan terus mempergiatkan operasi dan penguatkuasaan sepanjang Ops HRAA 2026 bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Orang ramai diingatkan bahawa keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama dan sebarang pelanggaran undang-undang tidak akan dikompromi.

"Jangan Serah Kunci Kepada Bawah Umur, Jangan Ubah Suai Hingga Mengundang Bahaya."




OPS HRAA 2026: JPJ Melaka, 30 Mei - penunggang motosikal diambil tindakan bersama pembonceng kerana menunggang motosikal...
30/05/2026

OPS HRAA 2026: JPJ Melaka, 30 Mei - penunggang motosikal diambil tindakan bersama pembonceng kerana menunggang motosikal (bawah umur) serta tidak memakai topi keledar.




Selamat Menyambut Hari WesakSemoga sambutan hari Wesak membawa kedamaian, kebahagian dan kesejahteraan kepada semua peng...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak

Semoga sambutan hari Wesak membawa kedamaian, kebahagian dan kesejahteraan kepada semua penganut budha meraikannya

Ikhlas daripada
Pengarah Dan
Seluruh Warga Cemerlang JPJ Negeri Melaka




JALAN SESAK BUKAN LESEN GUNA LORONG KECEMASAN — JPJ MELAKA BERTINDAK PEMANDU DEGIL DI PLUSMelaka, 30 Mei 2026 – Jabatan ...
30/05/2026

JALAN SESAK BUKAN LESEN GUNA LORONG KECEMASAN — JPJ MELAKA BERTINDAK PEMANDU DEGIL DI PLUS

Melaka, 30 Mei 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan di sepanjang Lebuh Raya PLUS yang berada dalam kawasan Negeri Melaka sempena pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026.

Dalam operasi yang dijalankan, beberapa buah kenderaan telah diambil tindakan atas kesalahan memotong dan menggunakan lorong kecemasan, selain turut dikesan melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang lain. Tindakan penguatkuasaan diambil bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan pengguna jalan raya, khususnya ketika peningkatan aliran trafik musim perayaan.

JPJ Negeri Melaka ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya bahawa lorong kecemasan hanya dikhaskan untuk kegunaan kenderaan kecemasan dan situasi kecemasan sebenar. Sikap mementingkan diri dengan menggunakan lorong kecemasan untuk memintas kesesakan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

JPJ Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan jalan raya demi memastikan perjalanan yang lebih selamat untuk semua.

"LORONG KECEMASAN UNTUK KECEMASAN, BUKAN JALAN PINTAS KE DESTINASI."




LAMPU MERAH BUKAN HIASAN — FALCON JPJ MELAKA PANTAU DEGIL JALAN RAYAPasukan FALCON Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Mel...
29/05/2026

LAMPU MERAH BUKAN HIASAN — FALCON JPJ MELAKA PANTAU DEGIL JALAN RAYA

Pasukan FALCON Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka telah melaksanakan Ops Lampu Isyarat Merah sempena Ops Khas HRAA 2026 di beberapa lokasi tumpuan sekitar negeri Melaka. Operasi ini dijalankan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi lampu isyarat serta melakukan kesalahan berbahaya yang boleh mengundang kemalangan.

JPJ Negeri Melaka memandang serius kesalahan melanggar lampu isyarat merah kerana ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan bersama sepanjang musim perayaan Aidiladha ini.




Ops HRAA 2026: JPJ & AADK Pantau Pemandu Bas Demi Nyawa PenumpangJabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka telah melaksan...
29/05/2026

Ops HRAA 2026: JPJ & AADK Pantau Pemandu Bas Demi Nyawa Penumpang

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka telah melaksanakan pemeriksaan bas ekspres serta saringan ujian air kencing ke atas pemandu bas di Melaka Sentral sempena Ops Khas HRAA 2026 dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka.

Pemeriksaan memberi fokus kepada aspek keselamatan kenderaan, pematuhan peraturan jalan raya serta memastikan pemandu bebas daripada pengaruh dadah sebelum memulakan perjalanan membawa penumpang.

JPJ Negeri Melaka komited memastikan pengangkutan awam berada dalam keadaan selamat sepanjang musim perayaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya.




Address

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka, Kompleks JPJ, Jalan Bukit Katil

75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6062514000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share