Majlis Perbandaran Taiping

  • Home
  • Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1hb September 1979 mengikut Akta Kerajaan Tempatan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Majlis Perbandaran Taiping tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

KPKT ANJUR KONVENSYEN PBT DAN SHKPS 2026, PERKUKUH SINERGI PERSEKUTUAN, NEGERI DAN PBTKonvensyen Pihak Berkuasa Tempatan...
16/09/2026

KPKT ANJUR KONVENSYEN PBT DAN SHKPS 2026, PERKUKUH SINERGI PERSEKUTUAN, NEGERI DAN PBT

Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 telah berlangsung selama dua hari pada 12 hingga 13 September 2026 di Bertam Resort, Pulau Pinang.

Turut menghadiri konvensyen ini ialah YBrs. Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Ahli-Ahli Majlis serta pegawai-pegawai MPT.

Konvensyen ini menjadi wadah perkongsian amalan terbaik serta pengukuhan jaringan strategik dalam memperkasa agenda reformasi kerajaan tempatan agar PBT terus cekap, responsif dan mampan.

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN RUANG KAKI LIMAGUNA KAKI LIMA? PASTIKAN ADA PERMIT.Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ingin memaklum...
16/09/2026

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN RUANG KAKI LIMA

GUNA KAKI LIMA? PASTIKAN ADA PERMIT.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ingin memaklumkan kepada semua pemilik dan pengusaha premis perniagaan bahawa penggunaan ruang kaki lima bagi tujuan perniagaan hendaklah mendapat permit atau kelulusan daripada pihak Majlis terlebih dahulu.

Penggunaan ruang kaki lima tanpa kebenaran boleh menyebabkan laluan pejalan kaki terhalang, menjejaskan keselamatan serta mengganggu keselesaan orang awam.

Sehubungan itu, pemilik dan pengusaha premis yang menggunakan ruang kaki lima agar segera mendapatkan permit yang ditetapkan serta mematuhi segala syarat dan ketetapan yang dikenakan oleh pihak Majlis.

⚠️ PENTING!

Penggunaan ruang kaki lima tanpa permit atau kelulusan yang sah boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Jangan tunggu sehingga tindakan penguatkuasaan diambil.

Mohon permit. Patuhi syarat. Hormati hak pejalan kaki.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan hati, menyuburkan rasa cinta kepad...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan hati, menyuburkan rasa cinta kepada tanah air serta menggerakkan kita bersama-sama membina Malaysia yang aman, berilmu dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis dan Warga Kerja Majlis Perbandaran Taiping

PEMBINAAN TANPA KELULUSAN PELAN DI BAWAH SEKSYEN 70 AKTA 133Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah mengambil tindakan de...
15/09/2026

PEMBINAAN TANPA KELULUSAN PELAN DI BAWAH SEKSYEN 70 AKTA 133

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah mengambil tindakan dengan menampal satu notis pada 11 September 2026 berhubung sebuah bangunan yang telah dibina tanpa kelulusan pelan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Tindakan tersebut adalah berdasarkan Seksyen 70(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menetapkan bahawa tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT.

MPT menasihatkan kepada setiap pemilik bangunan supaya mendapatkan kelulusan pelan dan mematuhi segala perundangan yang ditetapkan.

Pesanan Integriti Bil. 9/2026Panduan Larangan Penampilan & Etika Berpakaian Pegawai Awam
15/09/2026

Pesanan Integriti Bil. 9/2026

Panduan Larangan Penampilan & Etika Berpakaian Pegawai Awam

Iklan Harta Penyewaan Majlis Perbandaran Taiping Bil. 11 / 2026 ( Tarikh Iklan : 14 Hingga 25 September 2026 )Borang Per...
14/09/2026

Iklan Harta Penyewaan Majlis Perbandaran Taiping Bil. 11 / 2026 ( Tarikh Iklan : 14 Hingga 25 September 2026 )

Borang Permohonan boleh didapati di Bahagian Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Taiping atau muat turun maklumat dan borang di sini:

https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/terkini/iklan-harta-penyewaan-majlis-perbandaran-taiping-bil-11-2026-tarikh-iklan-14-hingga-25-september-2026

Mulai 14 September 2026 berakhir 25 September 2026 ( 12:00 tengah hari )
Borang yang lewat dihantar dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan diproses

SESI LAWATAN TAPAK PROJEK BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN LANDSKAP NEGARA Satu sesi lawatan tapak projek bersama YBrs. Tu...
12/09/2026

SESI LAWATAN TAPAK PROJEK BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN LANDSKAP NEGARA

Satu sesi lawatan tapak projek bersama YBrs. Tuan Haji Mansor Mohamad, Ketua Pengarah, Jabatan Landskap Negara (JLN) telah diadakan pada 10 September 2026 bagi meninjau perkembangan dan kemajuan pelaksanaan projek-projek landskap di sekitar Taiping.

Sesi lawatan pada sebelah pagi memberi tumpuan kepada Projek Pemuliharaan Taman Tasik Taiping, manakala pada sebelah petang diteruskan dengan lawatan ke Projek Menaiktaraf Taman Tasik Kamunting.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk meneliti kemajuan kerja di tapak, aspek kualiti serta penyelarasan akhir projek bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Seterusnya, pada 12 September 2026, satu Mesyuarat Pra-Penyerahan Siap Kerja bagi Projek Menaiktaraf Taman Tasik Kamunting telah diadakan sebagai persediaan ke arah proses penyerahan projek.

Semoga pelaksanaan projek-projek ini dapat memberikan kemudahan, keselesaan dan nilai tambah kepada warga Taiping, di samping memperkukuhkan imej Taiping sebagai Bandar Warisan yang hijau, lestari dan berkualiti.

OPERASI PENGUATKUASAAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRANMajlis Perbandaran Taiping (MPT) sedang melaksanakan Operasi Penguatkuasa...
12/09/2026

OPERASI PENGUATKUASAAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sedang melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Tunggakan Cukai Taksiran secara berterusan terhadap pemilik harta yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran di kawasan Pokok Assam, Changkat Jering, Simpang dan Kamunting.

Dalam operasi ini, Waran F akan diserahkan secara serahan tangan kepada pemilik harta. Sekiranya pemilik harta tiada di rumah, Waran F akan ditampal di premis berkenaan sebagai makluman kepada pemilik.

Pemilik harta hendaklah menjelaskan sepenuhnya tunggakan cukai taksiran dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Waran F diserahkan secara serahan tangan atau ditampal di premis. Sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan sitaan harta alih akan diambil selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Sehubungan itu, pemilik harta dinasihatkan supaya mengambil tindakan segera dengan menjelaskan tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

Sekiranya terdapat sebarang masalah dalam menjelaskan tunggakan, pemilik harta boleh hadir ke MPT untuk mendapatkan khidmat nasihat dan perbincangan lanjut berhubung kaedah penyelesaian tunggakan.

Kerjasama semua pemilik harta dalam menjelaskan cukai taksiran amatlah dihargai bagi memastikan penyampaian perkhidmatan, penyelenggaraan kemudahan awam serta pembangunan kawasan pentadbiran MPT dapat dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan setempat.

PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPINGMajlis Perbandaran Taiping (MPT) sentiasa menjalankan...
09/09/2026

PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan pentadbiran MPT sentiasa teratur, selamat dan selesa untuk komuniti.

Antara pemeriksaan yang dilaksanakan melibatkan:

✅ Semakan Lesen Anjing
- Pemeriksaan bagi memastikan pemilik anjing mempunyai lesen yang sah serta mematuhi peraturan.

✅ Pemantauan Kenderaan Terbiar
- Pemeriksaan dan tindakan terhadap kenderaan yang ditinggalkan atau terbiar yang boleh menjejaskan aspek keselamatan, kebersihan dan pemandangan persekitaran.

📍 Lokasi pemantauan dan penguatkuasaan: Taman Marisa dan Taman Kami A, Taiping.

🤝 Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat dihargai dalam bersama-sama mewujudkan persekitaran Taiping yang bersih, selamat dan sejahtera.

Sebut Harga 09 September 2026   Cadangan Membina dan  Menyiapkan 6 Unit Kedai Makan 1 Tingkat Lot 1937, Jalan Air Terjun...
09/09/2026

Sebut Harga 09 September 2026

Cadangan Membina dan Menyiapkan 6 Unit Kedai Makan 1 Tingkat Lot 1937, Jalan Air Terjun, Mukim Taiping, Daeerah Larut, Matang dan Selama

Tarikh Buka : 09 September 2026
Tarikh Tutup : 21 September 2026 (12:00 Tengah Hari)

Maklumat Lanjut : https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/tender-sebut-harga

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share