Ministry of Transport & InfoCommunications Brunei Darussalam

  • Home
  • Ministry of Transport & InfoCommunications Brunei Darussalam

Ministry of Transport & InfoCommunications Brunei Darussalam The Ministry of Communications was set up in the year 1984, soon after Brunei Darussalam gained its independence.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos at...
05/06/2026

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos atas lantikan sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam berkuatkuasa mulai 4 Jun 2026.

Tulus ikhlas daripada seluruh warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato P...
05/06/2026

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha atas sumbangan khidmat bakti yang dicurahkan sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Setinggi-Tinggi Tahniah atas lantikan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berkuatkuasa mulai 4 Jun 2026.

Tulus ikhlas daripada seluruh warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Thursday, 4 June 2026 - The Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC) today convened the Digital Brunei 2030 (...
05/06/2026

Thursday, 4 June 2026 - The Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC) today convened the Digital Brunei 2030 (DB2030) Dialogue Session themed “Together Towards a Digital Brunei”, bringing together leaders from government, industry, academia, and communities to discuss the practical implementation of Brunei Darussalam’snational digital agenda under WawasanBrunei 2035.
 
Held at Cesar Grand Hall, Level 8, The Mulia Hotel, Kampong Anggerek Desa, the dialogue session reflects a collective national effort to translate the recently published Digital Brunei 2030 plan into tangible actions and measurable outcomes that will shape the country’s digital future.

The dialogue marks a deliberate shift in focus from establishing national direction towards delivering meaningful outcomes. Building on the foundations established under the Digital Economy Masterplan 2025, including connectivity infrastructure, digital payments, and national digital identity capabilities, Digital Brunei 2030 now places greater emphasis on delivering seamless, trusted, and citizen-centric digital experiences that improve everyday interactions between people, businesses, and Government.
 
The event commenced with welcoming remarks by Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Permanent Secretary at the Ministry of Transport and Infocommunications and Secretary of the Digital Brunei Council, who emphasised the importance of continued collaboration, whole-of-nation participation, and shared responsibility in advancing Brunei Darussalam’s digital ambitions. Read more at www.mtic.gov.bn

Majlis Digital Brunei dengan sukacitanya mengumumkan Digital Brunei 2030: The Digital Brunei Transformation Plan, iaitu ...
02/06/2026

Majlis Digital Brunei dengan sukacitanya mengumumkan Digital Brunei 2030: The Digital Brunei Transformation Plan, iaitu pelan kebangsaan yang menetapkan hala tuju negara dalam pertumbuhan digital sehingga tahun 2030. Pelan induk ini yang disediakan dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bertemakan “Together Towards a Digital Brunei” (Bersama Ke arah Digital Brunei) menandakan fasa seterusnya dalam perjalanan digital negara. Pelan ini berhasrat untuk memanfaatkan landasan digital yang telah dibina melalui Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 sebelum ini sebagai sokongan kepada aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Digital Brunei 2030 merangkumi empat strategi, iaitu: Digital Government Strategy (Strategi Kerajaan Digital), Digital Society Strategy (Strategi Masyarakat Digital), Digital Business Strategy (Strategi Perniagaan Digital), serta strategi merentas sektor Data and Artificial Intelligence Strategy (Strategi Data dan Kecerdasan Buatan). Rangka kerja baharu ini dibangunkan melalui proses konsultatif, termasuk Bengkel Transformasi Digital Brunei yang diadakan pada 25 Ogos 2025 dan yang menghimpunkan wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sektor industri dan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan Masyarakat yang memainkan peranan penting dalam pembangunan digital negara. Pelan induk yang baharu ini mencerminkan peralihan Brunei untuk memastikan pelaburan digital yang lebih menghasilkan impak yang nyata dan mampan kepada ekonomi, kerajaan dan masyarakat. Ia menekankan penyelarasan antara kementerian dan agensi, di antara sektor awam dan swasta, serta di antara hasrat dasar dan pelaksanaannya bagi meningkatkan keselarasan, meningkatkan kecekapan, dan memastikan inisiatif digital saling mengukuhkan dan tidak bertindih antara satu sama lain.

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-65
31/05/2026

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-65

30 Mei 2026 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta jabatan-jabatan, autoriti dan pihak berkuasa di b...
30/05/2026

30 Mei 2026 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta jabatan-jabatan, autoriti dan pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1447H/2026M yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada pagi ini. Majlis bagi tahun ini telah dikelolakan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD).

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis serta mengagihkan daging korban ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, bersama isteri, Yang Mulia Datin Hajah Mahayon binti Haji Mohd Taha.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Mohamad Aduka bin Haji Abdul, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas bertajuk “Impak Pengorbanan dalam Memelihara Ketakwaan dan Perpaduan” yang disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Safwan bin Mohd. Suffian, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama.

Pada tahun ini, sebanyak empat ekor kerbau telah dikorbankan dan daging korban diagihkan kepada para penerima yang terdiri daripada peserta ibadah korban, anak-anak yatim serta pegawai dan kakitangan MTIC berserta jabatan-jabatan, autoriti dan pihak berkuasa di bawahnya.

Selain pengagihan kepada para penerima di majlis berkenaan, pengagihan daging korban turut dilaksanakan oleh BDMD melalui penghantaran terus ke rumah-rumah golongan asnaf yang kurang berkemampuan yang telah dikenal pasti di kawasan tadahan Mukim Berakas.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Muslimin dan Muslimat, ikhlas dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikas...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Muslimin dan Muslimat, ikhlas dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan ...
26/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, yang telah dianugerahkan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-79 Tahun.

Entries for BICTA 2026 are now open across 10 categories for Students, Individuals, MSMEs, Government Agencies and Organ...
26/05/2026

Entries for BICTA 2026 are now open across 10 categories for Students, Individuals, MSMEs, Government Agencies and Organizational Bodies.

Winners will receive cash prizes, trophies and certificates.

Participants will also stand a chance to compete in the Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) Awards 2026 in Jakarta, Indonesia.

The Overall Best Winner will receive the Royal Patron Award this year.

Submit your entry before 30 June 2026.

For more information:
🌐 www.bicta.gov.bn
📩 [email protected]
📞 2323232
bn .brunei

Sabtu, 23 Mei 2026 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pengurniaan ...
25/05/2026

Sabtu, 23 Mei 2026 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-79 tahun kepada seramai Lima PuluhEnam (56) orang penerima yang terdiri daripada pegawai dan kaiktanganKementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis berkenaan telah diadakan di Jade Garden, Level 2, The Centrepoint Hotel.
 
Penyampaian Pingat-Pingat Kehormatan tersebut telah disempurnakanoleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-TimbalanSetiausaha Tetap, Ketua-Ketua Eksekutif dan Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitanganKementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Berita sepenuhnya layari www.mtic.gov.bn

Address


Opening Hours

Monday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Tuesday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Wednesday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Thursday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Saturday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30

Telephone

+6732383838

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ministry of Transport & InfoCommunications Brunei Darussalam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ministry of Transport & InfoCommunications Brunei Darussalam:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share