Polis Daerah Johor Bahru Selatan

  • Home
  • Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Polis Daerah Johor Bahru Selatan "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"
Laman ini merupakan Laman rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan
(241)

SIDANG MEDIA : DUA TANGKAPAN KES LEJANG BERJAYA DITUMPASKAN MELIBATKAN TANGKAPAN WARGA TEMPATAN DAN RAMPASAN 17 BUAH MOT...
15/06/2026

SIDANG MEDIA : DUA TANGKAPAN KES LEJANG BERJAYA DITUMPASKAN MELIBATKAN TANGKAPAN WARGA TEMPATAN DAN RAMPASAN 17 BUAH MOTORSIKAL

15/06/2026
GAYA HIDUP SIHAT – SENAMROBIK IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 12 Jun 2026 (Jumaat) – Cawangan Latihan IPD Johor Bahru Selatan ...
12/06/2026

GAYA HIDUP SIHAT – SENAMROBIK IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 12 Jun 2026 (Jumaat) – Cawangan Latihan IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan program “Gaya Hidup Sihat”, iaitu SENAMROBIK dan TABATA yang melibatkan penyertaan warga IPD Johor Bahru Selatan.

Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman yang dilakukan secara terancang dan berstruktur bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta kesihatan anggota. Senaman berjadual ini merupakan aktiviti penting bagi memastikan tahap kesihatan dan kecergasan warga IPD sentiasa berada pada tahap optimum.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YDH Supt Ng Swie Chait, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang memberi sokongan padu terhadap penganjuran aktiviti seumpama ini dalam kalangan warga IPD.

Turut hadir adalah Ketua-ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Johor Bahru Selatan.

Program ditutup dengan nyanyian lagu “Polis Sedia Berkhidmat” yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh semua peserta sebagai simbol semangat juang dan perpaduan warga PDRM.

LAWATAN KERJA PENGARAH KDNKA KE TAPAK PEJABAT OPERASI RAPID RESPONSE TEAM (RRT) BATALION 5, PASUKAN GERAKAN AM (PGA) DAN...
12/06/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH KDNKA KE TAPAK PEJABAT OPERASI RAPID RESPONSE TEAM (RRT) BATALION 5, PASUKAN GERAKAN AM (PGA) DAN TAPAK RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS) LINK, BUKIT CHAGAR, JOHOR

Johor Bahru Selatan, 12 Jun 2026 – IPD Johor Bahru Selatan telah menerima lawatan kerja rasmi YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Haji. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman ke Balai Polis Sentral, IPD Johor Bahru Selatan.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH ACP Raub Bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan bersama barisan pegawai kanan, pegawai dan anggota.

Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar rasmi serta menandatangani buku lawatan.

Seterusnya, YDH Dato’ Sri Pengarah KDNKA telah dibawa melawat tapak Pejabat Operasi Rapid Response Team (RRT) Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta meninjau perkembangan projek Rapid Transit System (RTS) Link di Bukit Chagar, Johor Bahru.

Program diteruskan dengan sesi taklimat pengurusan RTS peringkat Johor yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, diikuti taklimat berkaitan operasi serta persiapan oleh Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) IPK Johor dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Lawatan ini turut diserikan dengan ucapan amanat oleh YDH Dato’ Sri Pengarah KDNKA yang menekankan aspek kesiapsiagaan, kecekapan operasi serta komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik, khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa dan pengoperasian RTS Link pada masa hadapan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin Bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA); YDH DCP Datuk M.V. Srikumar A/L Madhavan Nair, Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am/Krisis Bencana); YDH SAC Hisham Bin Mahmood, Komander Unit Tindak Khas (UTK); YDH SAC Hakemal Bin Hawari, Komander Briged Tengah PGA; YDH SAC Zaman Shah Bin Omar, KPP Gerakan JKDNKA; YDH SAC Muhd Zailani Bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPK Johor; serta YDH SUPT Ng Swei Chait, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

SOLAT SUNAT DHUHA & TAZKIRAH RINGKAS IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 12 Jun 2026 (Jumaat) – IPD Johor Bahru Selatan telah meng...
12/06/2026

SOLAT SUNAT DHUHA & TAZKIRAH RINGKAS IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 12 Jun 2026 (Jumaat) – IPD Johor Bahru Selatan telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha mingguan bertempat di Surau At-Taqwa.

Program dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hairulnizam bin Abu Bakar dari Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard Daerah Johor Bahru Selatan. Turut disampaikan tazkirah ringkas bertajuk “Ibadah & Kehidupan di Tahun Baharu Hijriah”.

Program diakhiri dengan selawat beramai-ramai serta dihadiri oleh Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Johor Bahru Selatan.

SIARAN MEDIA : KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DAN SEBUAH MOTOKAR DI DAERAH JOHOR BAHRU
11/06/2026

SIARAN MEDIA : KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DAN SEBUAH MOTOKAR DI DAERAH JOHOR BAHRU

PROGRAM BACAAN SURAH YASSIN, SURAH AL KHAFI (AYAT 1 - AYAT 10 & AYAT 101 - AYAT 110) DAN SURAH AL MULK IPD JOHOR BAHRU S...
11/06/2026

PROGRAM BACAAN SURAH YASSIN, SURAH AL KHAFI (AYAT 1 - AYAT 10 & AYAT 101 - AYAT 110) DAN SURAH AL MULK IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 11 Jun 2026 (Khamis) – YDH ASP Ederian Bin Masaat; ASP Pentadbiran Pentadbiran Daerah Johor Bahru Selatan telah menghadiri program bacaan Surah Yassin, Surah Al Khafi (ayat 1 - ayat 10 & ayat 101 - ayat 110) dan Surah Al Mulk bertempat di Surau At-Taqwa, IPD Johor Bahru Selatan.

Program dimulakan dengan solat fardhu Maghrib seterusnya bacaan Surah Yassin dan diikuti dengan bacaan Surah Al Khafi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat fardhu Isyak serta diteruskan lagi dengan solat hajat dan disudahi dengan bacaan Surah Al Mulk yang dipimpin oleh Ustaz Aizat Bin Aziz daripada Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Johor Bahru Selatan.

Turut hadir Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis serta pegawai awam IPD Johor Bahru Selatan.

SIARAN MEDIA : KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN DUA BUAH MOTOSIKAL DI DAERAH JOHOR BAHRU
11/06/2026

SIARAN MEDIA : KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN DUA BUAH MOTOSIKAL DI DAERAH JOHOR BAHRU

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN LIGHT STRIKE FORCE (LSF) IPD JOHOR BAHRU SELATAN TAHUN 2026  – Ketua Polis Daerah Johor Bahru...
11/06/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN LIGHT STRIKE FORCE (LSF) IPD JOHOR BAHRU SELATAN TAHUN 2026

– Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah menyempurnakan Majlis Penutup Latihan Dalam Perkhidmatan Light Strike Force (LSF) IPD Johor Bahru Selatan yang berlangsung di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.

Latihan anjuran Bahagian Pengurusan IPD Johor Bahru Selatan ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 9 Jun hingga 11 Jun 2026, melibatkan penyertaan seramai seorang (1) Pegawai Kanan Polis dan dua puluh empat (32) Pegawai Rendah Polis.

Peserta terdiri daripada dua seksyen LSF Bahagian serta dua seksyen LSF dari setiap balai di bawah pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan.
Penganjuran latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan serta kesiapsiagaan anggota LSF dalam menghadapi dan mengendalikan gangguan ketenteraman awam berskala kecil hingga sederhana.

Selain itu, pasukan LSF turut berperanan sebagai pasukan gerak cepat yang bersedia digerakkan bagi menghadapi sebarang insiden yang memerlukan tindakan segera dan berkesan.

Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada persiapan awal IPD Johor Bahru Selatan dalam memastikan tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap optimum bagi menghadapi sebarang penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang. Melalui latihan yang dilaksanakan, anggota dapat memperkukuhkan kemahiran taktikal, meningkatkan keupayaan operasi serta memastikan setiap tindakan yang diambil adalah profesional, berhemah dan selaras dengan peruntukan undang-undang dalam mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam.

Sepanjang latihan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul yang merangkumi aspek perundangan dan punca kuasa, kata perintah serta kawad LSF, teknik serangan menggunakan bom asap dan cota, selain latihan kedudukan anggota LSF di dalam kenderaan operasi.

Selain penguasaan aspek teknikal dan taktikal, latihan ini turut memberi penekanan kepada pembentukan jati diri yang unggul, peningkatan ketahanan mental dan fizikal serta pemantapan disiplin, integriti dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada barisan jurulatih daripada IPD Johor Bahru Selatan dan IPD Johor Bahru Utara atas komitmen, dedikasi serta kepakaran yang dicurahkan sepanjang latihan ini berlangsung.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Latihan Dalam Perkhidmatan Light Strike Force (LSF) IPD Johor Bahru Selatan Tahun 2026.

Diharapkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab demi memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Turut hadir dalam majlis penutup tersebut ialah Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta Ketua-Ketua Polis Balai di bawah pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Johor Bahru Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share