27/04/2026
“1 lagi Unsung Hero”
Terperangkap tepi lebuh raya dengan bil baiki motor cecah RM140, rider Grab ini terus menangis teresak-esak selepas mendengar kata-kata pomen ini. Tuan-puan, ini bukan drama swasta, tetapi realiti perit pejuang jalanan yang pasti buat dada kita sebak!
Bayangkan situasi ini. Tengah pulun cari order untuk anak isteri, tiba-tiba ujian datang menyapa. Rantai motor putus tepi jalan. Kos nak tukar rantai baharu siap dengan pelapik brek bukannya murah. Masa itulah kepala mula runsing memikirkan baki duit dalam poket. Cukup ke nak makan hari ini? Macam mana nak bayar bil nanti?
Akan tetapi, Allah SWT itu sifatnya Maha Pemberi Rezeki. Dia hantar seorang hamba-Nya yang menggerakkan inisiatif 'Minyak Hitam Jalanan' untuk membantu. Pomen bergerak ini datang bukan sekadar membaiki motor yang rosak, tetapi membawa satu khabar yang terus meluluhkan hati rider tersebut.
Mari kita hayati kembali perbualan ringkas tetapi padat dengan emosi ini:
Minyak Hitam Jalanan (MHJ): Abang pernah tengok Papa Zola?
Rider Grab: Pernah.
MHJ: Abang tak payah bayar bang. Tak payah.
(Rider Grab tidak mampu menahan sebak lalu terus menangis)
MHJ: Tak payah bang. Sama-sama kita bang. Saya pernah alami. Saya tahu perasaan abang. Saya faham abang. Saya tahu abang tak ada rantai, tetapi abang terpaksa cari rezeki. Tak apa bang. Jom bang. Anggap rezeki abang hari ni ya. Sebab dah ada orang infak, saya jalankan amanah orang. Doakan yang infak dimurahkan rezeki.
Rider Grab: Terima kasih banyak bang.
Allahuakhbar. Berat sungguh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Ada yang diuji dengan kesempitan wang, dan ada p**a yang diuji dengan harta untuk membantu mereka yang memerlukan.
Tuan-puan, kisah ini mengajar kita erti empati yang sebenar. Saudara kita ini faham sangat kesusahan rakan jalanan sebab dia sendiri pernah berada di tempat yang sama, merasai perit jerih mencari sesuap nasi. Inilah indahnya Islam. Ukhuwah itu bukan sekadar manis di bibir, sebaliknya dibuktikan dengan tindakan nyata.
Melihat kepada kejadian ini, ia mengingatkan kita pesanan Baginda Nabi Muhammad SAW tentang kelebihan membantu saudara seagama:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya daripada kesusahan pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)
Indah sungguh susunan takdir Tuhan. Duit infak daripada hamba Allah yang tidak dikenali, disalurkan melalui tangan pomen yang jujur, lalu sampai tepat kepada rider yang sedang sangat-sangat memerlukan bantuan.
Sama-sama kita tadah tangan dan aminkan doa ini. Ya Allah, Engkau murahkanlah rezeki rider Grab ini dan permudahkanlah segala urusannya mencari nafkah. Berkatilah juga kudrat saudara Minyak Hitam Jalanan yang tidak jemu menghulurkan tangan buat mereka yang terkandas. Buat para penyumbang dana infak yang sentiasa pemurah, semoga Allah gandakan rezeki kalian seluas lautan dan jadikan sedekah ini sebagai asbab kalian melangkah ke syurga tanpa hisab. Amin Ya Rabbal Alamin.
Terus kuat sahabat-sahabat jalanan. Rezeki itu pasti, cuma masanya sahaja yang menjadi rahsia Ilahi.
Via: Ceramah Ustaz & Ustazah