Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut

  • Home
  • Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut

Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut, Government Organization, .

27/02/2026

🌳✨ Musim Durian Balik Pulau Bermula Dengan Mekarnya Bunga! ✨🌼

Alhamdulillah, ketika ini dusun-dusun durian di Balik Pulau sudah mula berbunga 🌼🌿. Bunga-bunga kecil yang mekar di dahan menjadi petanda awal bahawa musim durian bakal tiba tidak lama lagi.

Inilah fasa penting yang menentukan hasil beberapa bulan akan datang 🍃. Para pekebun kini giat membuat pemantauan dan penjagaan rapi bagi memastikan bunga berkembang menjadi buah yang berkualiti tinggi 🛠️🌱.

Jika cuaca mengizinkan ☀️🌧️ dan semuanya berjalan lancar, pertengahan tahun nanti kita akan dapat menikmati durian Balik Pulau yang terkenal dengan rasa lemak manis, aroma kuat dan isi yang tebal 😋👑.

Sama-sama kita doakan agar musim kali ini dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan hasil yang melimpah ruah kepada semua pengusaha durian di Balik Pulau 🤲💛.

Tak lama lagi, peminat durian dari dalam dan luar negara boleh mula merancang perjalanan ke Balik Pulau untuk merasai pengalaman makan durian segar terus dari dusun 🚗🌳🍈.






6 Nov 2025 - Seminar Pengurusan Rintangan Racun Makhluk Perosak Bersama Pekebun Buah-Buahan Anjuran Malaysian Croplife &...
18/12/2025

6 Nov 2025 - Seminar Pengurusan Rintangan Racun Makhluk Perosak Bersama Pekebun Buah-Buahan Anjuran Malaysian Croplife & Public Healt Association (MCPA) Dengan Kerjasama Penang Fruits Farmers Association Dan Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya/Timur Laut

🍈 “Kalau buah besar, manis & cepat habis dijual… income bulan-bulan confirm masuk!”Itulah yang petani berjaya buat denga...
14/08/2025

🍈 “Kalau buah besar, manis & cepat habis dijual… income bulan-bulan confirm masuk!”

Itulah yang petani berjaya buat dengan TEKNOLOGI TANAMAN MELON TERKINI 🚀

💡 Rahsia mereka?
✅ Teknik tanam yang betul dari awal
✅ Pengurusan baja & air yang optimum
✅ Kawalan penyakit & perosak tanpa rugi pokok

📢 Anda pun boleh belajar semua ni dalam KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI TANAMAN MELON anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang!!!

📅 Tarikh: 20 Ogos 2025 (Rabu)
🕗 Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat: Bilik Kuliah, Pusat Kecemerlangan Teknologi Pertanian, Cherok Tok Kun

🔥 Apa yang anda bakal dapat:
🥇 Teknik melon premium (greenhouse & fertigasi)
🥇 Rahsia hasil buah besar & manis
🥇 Cara elak penyakit & serangan perosak
🥇 Tips maksimumkan hasil & keuntungan

📞 Daftar sekarang:
📱 04-5372144 / 04-5372145
👨‍💼 En. Mohd Rizal bin Zakaria
👩‍💼 Pn. Rozita binti Abdullah

⚠ Tempat TERHAD – Siapa cepat dia dapat! Jangan tunggu musim depan baru nak mula 🚜💨

📢 KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PENGURUSAN KAWALAN PEROSAK SECARA BERSEPADUJom sertai kursus yang dianjurkan oleh Jabatan ...
13/08/2025

📢 KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PENGURUSAN KAWALAN PEROSAK SECARA BERSEPADU

Jom sertai kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang untuk mempelajari teknik kawalan perosak yang lebih berkesan, selamat dan mesra alam! 🌱🐞

📅 Tarikh: 18 Ogos 2025 (Isnin)
🕗 Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat: Bilik Kuliah, Pusat Kecemerlangan Teknologi Pertanian, Cherok Tok Kun

📌 Apa yang anda akan pelajari:
✅ Teknik kawalan perosak secara bersepadu (IPM)
✅ Aplikasi teknologi terkini dalam pertanian
✅ Kaedah penggunaan racun secara betul & selamat
✅ Pencegahan serangan perosak secara berkesan

📞 Untuk pertanyaan & pendaftaran:
📱 04-5372144 / 04-5372145
👨‍💼 En. Mohd Rizal bin Zakaria
👩‍💼 Pn. Rozita binti Abdullah

🌾 Jangan lepaskan peluang ini!
Ilmu baru, teknik tepat, hasil berganda!

15 Julai 2025 – Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut telah berlangsun...
16/07/2025

15 Julai 2025 – Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan pejabat dan disempurnakan oleh YB Fahmi Zainol, EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi.
Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pihak jabatan dengan para pelanggan khususnya petani, usahawan tani serta masyarakat setempat. Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pameran, kaunter khidmat nasihat teknikal, dan sesi soal jawab bersama pegawai pertanian.
Antara pengisian utama program adalah Taklimat Sistem Track and Trace Durian Pulau Pinang, yang memberi pendedahan kepada pengusaha durian mengenai kaedah penjejakan dan pengesanan bagi menjamin kualiti, ketelusan, serta kebolehkesanan hasil durian tempatan ke pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut YB Fahmi Zainol dalam ucapan perasmiannya, “Sistem Track and Trace ini bakal meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap produk pertanian negeri ini, khususnya durian yang kini semakin mendapat tempat di pasaran eksport.”
Program sehari ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti tani yang hadir untuk mendapatkan maklumat, menyuarakan pandangan, serta berinteraksi secara langsung bersama pihak jabatan.

🎉 TAWARAN SEWAAN PREMIS DIBUKA!📍 PUSAT PERTANIAN GENTING & PUSAT INKUBATOR TELUK BAHANG🔥 Peluang untuk Usahawan Agro & I...
26/06/2025

🎉 TAWARAN SEWAAN PREMIS DIBUKA!
📍 PUSAT PERTANIAN GENTING & PUSAT INKUBATOR TELUK BAHANG
🔥 Peluang untuk Usahawan Agro & Industri Asas Tani!

✅ PUSAT JUALAN – PUSAT PERTANIAN GENTING
📍 Berhampiran Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut
🏢 2 Unit Disediakan
🛍️ Sesuai untuk jualan makanan, produk pertanian dan produk Industri Asas Tani (IAT).

✅ ZPM – ZON PEMPROSESAN MAKANAN – PUSAT PERTANIAN GENTING
📍 Lokasi strategik berhampiran Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut
🏢 4 Unit Disediakan
🛠️ Ruang lengkap untuk pemprosesan makanan asas tani.
🥗 Sesuai untuk usahawan IAT, pemprosesan makanan, pembungkusan & pengeluaran produk agro.

✅ PUSAT INKUBATOR – TELUK BAHANG
📍 Lokasi: Teluk Bahang
🏢 1 Unit Disediakan
🎯 Menyediakan ruang lengkap untuk latihan, pengeluaran dan pembangunan produk asas tani.
🚀 Sesuai untuk usahawan baru dalam bidang pemprosesan makanan, inovasi produk atau agroindustri.

🗓️ Tarikh Permohonan:
📅 26 Jun – 30 Jun 2025

🌐 Permohonan Secara Atas Talian:
Klik 👉 https://tinyurl.com/3u7dszfw

📢 Tempat terhad! Mohon segera sebelum penuh!

📢 JEMPUTAN KE SEMINAR IAT 2025! 📢Terbuka Kepada Pengusaha IAT di Daerah Barat Daya dan Timur Laut🗓 Tarikh: 12 Jun 2025 (...
04/06/2025

📢 JEMPUTAN KE SEMINAR IAT 2025! 📢

Terbuka Kepada Pengusaha IAT di Daerah Barat Daya dan Timur Laut

🗓 Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Kuliah Pusat Agropelancongan Relau

Pengisian Menarik:
🍽️ Taklimat FoSIM (Food Safety Information System of Malaysia)
🎙️ Oleh Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya

✅ Taklimat Pensijilan Halal
🎙️ Oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

🥐 Sarapan pagi & makan tengah hari turut disediakan!

📌 Penyertaan adalah PERCUMA, namun tempat adalah TERHAD!
📲 Daftar sekarang: https://tinyurl.com/ukat68nw
lokasi : https://maps.app.goo.gl/njftoFtxy3ZfqZcu6

Please click the link to complete this form.

JEMPUTAN KE SEMINAR PENGGUNAAN RACUN YANG BERKESAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025 Dimaklumkan, bahawa Bahagian...
21/05/2025

JEMPUTAN KE SEMINAR PENGGUNAAN RACUN YANG BERKESAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025
Dimaklumkan, bahawa Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Pulau Pinang akan mengadakan Seminar Penggunaan Racun Yang Berkesan Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 mengikut ketetapan seperti berikut :
Tarikh: 27 Mei 2025 (Selasa)
Lokasi: Dewan Transformasi IADA Pulau Pinang
Jam: 8.30 pagi – 2.00 petang
Mohon kerjasama dari pihak tuan/puan menjemput peserta/petani dan kakitangan dibawah seliaan tuan/puan untuk hadir ke seminar tersebut. Pengesahan kehadiran juga boleh dibuat dengan menggunakan Kod QR yang tertera diatas atau link di bawah. Terima kasih.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfmhjCeeQq4-aC1BCQb6H9uPtYyYSTH6l7OTRlI491UYpy6AA/viewform?pli=1

KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI DRON DALAM SEKTOR PERTANIAN SIRI IITarikh : 20 Mei 2025 [Selasa)Masa : 8.15 pagi -4.30 petan...
08/05/2025

KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI DRON DALAM SEKTOR PERTANIAN SIRI II

Tarikh : 20 Mei 2025 [Selasa)
Masa : 8.15 pagi -4.30 petang
Tempat : Bilik kuliah,Pusat Pertanian Bukit Merah, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah.

KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI DRON DALAM SEKTOR PERTANIAN SIRI ITarikh:19 Mei 2025 [Isnin]Masa:8.15 pagi - 4.30 petangTemp...
08/05/2025

KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI DRON DALAM SEKTOR PERTANIAN SIRI I

Tarikh:19 Mei 2025 [Isnin]
Masa:8.15 pagi - 4.30 petang
Tempat:Bilik kuliah, Pusat Pertanian Bukit Merah, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah.

6 Mei 2025 – Program Hari Ladang anjuran Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut telah berlangsung meriah di Pe...
07/05/2025

6 Mei 2025 – Program Hari Ladang anjuran Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut telah berlangsung meriah di Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut . Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pertanian Pulau Pinang, En. Awang Iffaizul bin Awang Mohamad Sapuani.
Program ini melibatkan kawasan Barat Daya 1, 2 dan 3, dan bertujuan memperkukuh hubungan antara petani dan pihak jabatan. Antara pengisian ialah ceramah teknikal, sesi perkongsian ilmu, dan penyampaian cenderamata kepada peserta.

21/04/2025

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share