Pemuda UMNO Gombak

  • Home
  • Pemuda UMNO Gombak

Pemuda UMNO Gombak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak

80 TAHUN UMNO: TEGUH BERSATU, TERUS BERBAKTIโ€‹Lapan dekad telah berlalu, namun obor perjuangan membela Agama, Bangsa, dan...
11/05/2026

80 TAHUN UMNO: TEGUH BERSATU, TERUS BERBAKTI

โ€‹Lapan dekad telah berlalu, namun obor perjuangan membela Agama, Bangsa, dan Tanah Air tetap marak menyala. Dari detik penubuhannya di tangga Istana Besar Johor sehinggalah ke hari ini, UMNO kekal menjadi benteng kedaulatan nusa.

โ€‹Kami di saf kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Gombak mendoakan agar UMNO terus relevan, dinamik, dan sentiasa dekat di hati rakyat. Biar silih berganti cabaran, kesetiaan kami tidak akan goyah.

โ€‹Selamat Ulang Tahun UMNO ke-80! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€‹

KENYATAAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAKHENTIKAN PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI DIRAJA SELANGOR, JANGAN LINTAS GA...
27/04/2026

KENYATAAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK

HENTIKAN PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI DIRAJA SELANGOR, JANGAN LINTAS GARIS MERAH

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau batas oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan hantaran berbaur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perbuatan ini bukan sekadar pelanggaran undang-undang, malah merupakan satu bentuk penderhakaan terbuka terhadap kedaulatan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang tidak boleh dimaafkan.

1. Tuntutan Penguatkuasaan Tanpa Pilih Kasih

Kami mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk segera mengesan, menangkap, dan mendakwa dalang di sebalik provokasi ini. Pemuda UMNO Gombak menuntut agar hukuman maksimum di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dijatuhkan sebagai pengajaran keras. Jangan biarkan proses undang-undang dilihat lemah sehingga memberi ruang kepada ejen provokasi untuk terus bermaharajalela.

2. Rekod Kebiadapan: Barah Yang Mesti Dihentikan

Kekerapan insiden penghinaan ini membuktikan wujudnya usaha terancang untuk merobek institusi Raja-Raja Melayu. Sejarah tidak menipu tentang siri kebiadapan yang pernah berlaku:

- Fitnah Digital (2026): Manipulasi kandungan visual yang berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Baginda.

- Pertikaian Kuasa Eksekutif Sultan (2025): Cubaan pihak tertentu mempertikai hak prerogatif Baginda dalam urusan pentadbiran agama dan keselamatan negeri.

3. Amaran Keras: Jangan Cabar Kesabaran Rakyat

Pemuda UMNO Gombak menegaskan bahawa Institusi Diraja adalah garis merah (red line) yang tidak boleh dicabuli. Kami memberi amaran keras kepada mana-mana individu, kumpulan, atau laskar siber supaya berhenti menjadikan Sultan Selangor sebagai sasaran politik atau bahan ejekan. Kebebasan bersuara tidak memberi lesen untuk menjadi biadab.

4. Tekad Mempertahankan Kedaulatan

Kami tidak akan sekadar menjadi pemerhati. Pemuda UMNO Gombak akan membuat satu laporan Polis untuk mendesak sebuah siasatan segera dilakukan dan sentiasa bersedia memastikan kedaulatan DYMM Sultan Selangor terus terpelihara daripada anasir subversif. Kami berdiri teguh di belakang Baginda tanpa berbelah bahagi.

"DAULAT TUANKU"

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK
27 APRIL 2026 | 9 ZULKAEDAH 1447HKENYATAAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK

27 APRIL 2026 | 9 ZULKAEDAH 1447H

Raya bukan sekadar perayaan, tetapi inilah masa untuk kita bangkit dengan jiwa yang lebih bersih dan hati yang lebih ten...
20/03/2026

Raya bukan sekadar perayaan, tetapi inilah masa untuk kita bangkit dengan jiwa yang lebih bersih dan hati yang lebih tenang..

Alhamdulillah, kita dipertemukan dengan Syawal yang penuh keberkatan, setelah sebulan kita mendidik diri, kini tiba saat kemenangan yang sebenar..

๐Ÿคฒ Ya Allah, terimalah segala amalan kami di bulan Ramadan.

๐Ÿคฒ Ampunkan segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh umat Islam.

๐Ÿคฒ Jadikan Syawal ini sebagai permulaan kehidupan yang lebih bersih, lebih tenang dan lebih dekat dengan-Mu.

๐Ÿคฒ Kurniakan kami rezeki yang halal, hati yang ikhlas serta hubungan yang penuh kasih sayang..

โœจ Jika ada salah dan silap, tutur kata yang mengguris, di hari yang mulia ini kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin.. Semoga ukhuwah terus diperkasa dan kita bersama membina masa depan yang lebih hebat..

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada:
MOHD SHAFFIE OMAR (MSO)
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak (PUBG) |
Naib Ketua Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Selangor

page
https://www.facebook.com/share/p/18KS6QqGJz/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/p/DWGq9rPFDCC/?igsh=MXdkbnQwZzRwZjAzYw==

Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSugN67hs/

๐Ÿฌ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑKetua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr Shaffie Omar berkesempatan menziarahi Ayahanda kepada...
08/03/2026

๐Ÿฌ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr Shaffie Omar berkesempatan menziarahi Ayahanda kepada Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr. Azim Nordin di Kediaman beliau AU1 Taman Keramat.

Didoakan semoga diberikan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan.

๐Ÿฌ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑKetua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr Shaffie Omar Ziarah Kasih Ramadhan di sekitar kawasan...
08/03/2026

๐Ÿฌ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr Shaffie Omar Ziarah Kasih Ramadhan di sekitar kawasan kampung Simpang Tiga Gombak menyampaikan sedikit Sumbangan sempena Bulan Ramadan.

Turut bersama kepimpinan UMNO Cawangan Kampung Simpang Tiga

๐Ÿฌ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑKetua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr Shaffie Omar bersama Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pem...
08/03/2026

๐Ÿฌ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr Shaffie Omar bersama Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Gotong-royong dan Agihan Gulai Kawah Sempena Bulan Ramadan di Kedai Kopi Arshad Jalan Dewan Simpang Tiga Gombak.

Turut bersama untuk edaran Gulai Kawah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Ahmed Farriq dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak PN Zubaidah.

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026MRamadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga.Ramadan adalah bulan membina ji...
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026M

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga.
Ramadan adalah bulan membina jiwa, menguatkan disiplin dan menyucikan kepimpinan diri.

Dalam suasana dunia yang penuh cabaran,
Ramadan mengajar kita erti sabar, integriti dan tanggungjawab.

Kepada anak muda,
inilah bulan untuk kita buktikan bahawa kekuatan sebenar bukan pada suara yang lantang,
tetapi pada hati yang bersih dan tindakan yang berprinsip.

Kepada keluarga dan masyarakat,
marilah kita jadikan Ramadan sebagai titik kebangkitan โ€”
memperbanyakkan amal, memperkukuh perpaduan dan memperhebatkan semangat membantu sesama insan.

Ramadan bukan hanya tentang ibadah individu,
tetapi tentang membina masyarakat yang lebih berakhlak dan berdaya.

Semoga Ramadan kali ini melahirkan generasi yang lebih kuat, lebih matang dan lebih bertanggungjawab.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Mohd Shaffie Omar (MSO)
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak (PUBG)

๐Ÿฏ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr. Shaffie Omar bersama Barisan Exco Pergerakan Pem...
04/01/2026

๐Ÿฏ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr. Shaffie Omar bersama Barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak hadir ke Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia - Hala Tuju Kerjasama UMNO Dalam Kerajaan Perpaduan di Dewan Tun Dr Ismail WTC Kuala Lumpur.

๐Ÿฌ๐Ÿฏ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr. Shaffie Omar menyampaikan perbahasan bertajuk R...
03/01/2026

๐Ÿฌ๐Ÿฏ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Sdr. Shaffie Omar menyampaikan perbahasan bertajuk Realiti Politik UMNO dan Kuasa - Hala Tuju Kerjasama politik di Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia, bertempat di Dewan Tun Dr Ismail WTC.

Ucapan yang dibahaskan sedikit sebanyak memberi penjelasan dan penerangan mengenai Hala Tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚Telah berlangsung Mesyuarat Penuh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak sebagai mes...
31/12/2025

๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚

Telah berlangsung Mesyuarat Penuh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak sebagai mesyuarat penutup untuk tahun 2025.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dari penilaian semula prestasi sepanjang tahun 2025 sehingga perancangan untuk tahun 2026.

Mesyuarat juga secara sebulat suara menyokong kovensyen pemuda yang akan berlangsung pada 3/1/2026 (Sabtu) nanti bagi menentukan hala tuju pemuda dan UMNO itu sendiri.

Semoga apa yang telah dirancang dan dibincangkan pada mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

22/12/2025

๐˜๐„๐Ž ๐๐„๐„ ๐˜๐ˆ๐ ๐‡๐„๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐•๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐ˆ๐Š ! : ๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐”๐Œ๐๐Ž ๐†๐Ž๐Œ๐๐€๐Š ๐“๐”๐๐“๐”๐“ ๐๐€๐ƒ๐€๐Œ ๐‡๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐ ๐…๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐ ๐Œ๐€๐€๐…

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak hari ini menyelar sekeras-kerasnya hantaran di laman Facebook rasmi Ahli Parlimen Puchong, YB Yeo Bee Yin, yang dilihat seperti sengaja memercikkan api provokasi di kalangan ahli UMNO dan penyokong Mantan Presiden UMNO susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai Titah Adendum Datoโ€™ Sri Najib Tun Razak hari ini.

โ€‹Komen sinis yang dilemparkan oleh pemimpin DAP yang turut berada di dalam kerajaan perpaduan kini, bukan sahaja menunjukkan ketidakmatangan politik, malah dilihat berniat jahat untuk membentuk persepsi negatif terhadap hak perundangan Datoโ€™ Sri Najib Tun Razak.

Kami melihat tindakan beliau yang seolah-olah "bersorak" atas keputusan teknikal mahkamah sebagai satu penghinaan kepada semangat setiakawan dalam Kerajaan Perpaduan.

Seharusnya laman sosial media YB Yeo Bee Yin perlulah digunakan untuk membincangkan isu kebajikan rakyat, bukanlah menjadi platform untuk memperlekehkan maruah pemimpin UMNO.
โ€‹
Diingatkan kepada YB jangan mempermainkan isu Titah Adendum di media sosial kerana tindakan ini sangat berbahaya. Sebarang titah Seri Paduka Baginda adalah perkara serius. Tindakan beliau yang cuba memberi gambaran bahawa titah ini sebagai satu "rekaan" adalah satu bentuk penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan.
โ€‹
Kami mendesak YB Yeo Bee Yin untuk segera memadam hantaran tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh keluarga besar UMNO. Jangan sesekali menguji tahap kesabaran kami.

โ€‹Jika beliau masih mahu terus bermain politik kebencian seperti ini, beliau tidak layak berada dalam barisan kepimpinan yang melaungkan kestabilan negara dan kepimpinan tertinggi UMNO/ Barisan Nasional wajarlah mempertimbangkan semula kedudukan parti keramat ini di dalam kerajaan sedia ada.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak
22 Disember 2025

Address

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share