29/09/2024
Qazaf terpilih
Apabila DS Anwar Ibrahim didapati bersalah kes liwat oleh mahkamah dan dikutuk orang ramai terutama musuh-musuhnya pada tahun 2015, walanon berkata itu qazaf, berdosa besar.
Memang betul, kita bersetuju dengan maksud qazaf, sebelum dan ketika perbicaraan kerana masih belum diputuskan, DSAI tidak bersalah sehingga dibuktikan. Sama macam isu rasuah Najib dan Lim Guan Eng.
Namun, walaupun mahkamah sudah berikan peluang beliau membela diri, dan memilih membela diri dari kandang tertuduh tanpa boleh disoal balas kembali pendakwa. Ia menjadikan sokongan orang ramai mulai kendur. Kenapa tidak memilih disoal balas? Rakyat jadi hairan.
Sebelum dan selepas itu, ada beberapa kali lagi kes beliau dengan orang lain berkaitan liwat seperti Azizan, Sukma dan Yusof Rawther.
PU Azman p**a baru sekali bersalah amang seksual, kena kutuk, kena hina, tetapi tak ada p**ak walanon bising pasal qazaf.
Apa kau ingat hukum qazaf tu Allah turunkan khusus untuk bos kau jer ke?
Keduanya, qazaf ialah keadaan bila menuduh tanpa bukti dan saksi sebab dalam hukuman hudud memang tak boleh dijatuhkan kalau kurang saksi dan bukti.
Tapi masih ada lagi hukum lain iaitu takzir. Hukum ini bawah sikit daripada hudud yang boleh digunakan menurut kebijaksanaan hakim dengan bukti dan saksi yang kurang, bukan buang kes terus kalau kurang bukti dan saksi. Kalau tak, sedaplah penjenayah.
Jadi hukuman qazaf jelas tidak difahami oleh walanon yang tidak mengaji agama, membenci dan menghina ulamak, tetapi dalam waktu yang terdesak, mengguna pakai tafsiran atau fatwa ulamak yang mereka benci itu. Contoh buku Qazaf yang penuh ilmu tulisan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS.
Bila tiba isu ajaran sesat GISBH, terus mereka geger dengan dakwaan yang belum dibicarakan lagi berkenaan liwat yang berlaku di kalangan GISBH. Sesat GISBH sudah lama diisytiharkan walau dua kali bertukar nama dan sudah dibuktikan. Tetapi hal liwat, hal yang lain, belum dibuktikan. Lebih parah, mereka sebakulkan PAS dengan GISBH. Tak ke gila namanya?
Menunggang agama konon mereka katakan kepada kita yang patuh dengan hukum Allah dan kita gunakan dalam semua pekerjaan kita termasuk politik serta dipimpin sekump**an ulamak peringkat dunia. Kita tidak malu kerana kita tunggang agama sebagai kenderaan ke syurga kerana agama akan memandu kita.
Sementara itu sesuailah kita gelarkan walanon sebagai penonggeng agama. Habis terlingkup agama ditonggeng puak-puak walanon sebab agama digunakan untuk nafsu mereka sahaja. Jahil dan jahat.
Mohd Nasir Abdullah
29 September 2024