Sisapepejal MBSA

Sisapepejal MBSA Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa (2024)
(1)

[MAKLUMAN]
30/05/2026

[MAKLUMAN]

“Pengasingan sisa dari punca merupakan amalan penting dalam memastikan kebersihan awam, mengurangkan pencemaran serta me...
29/05/2026

“Pengasingan sisa dari punca merupakan amalan penting dalam memastikan kebersihan awam, mengurangkan pencemaran serta memelihara kelestarian alam sekitar. Marilah bersama-sama mengamalkan pengasingan sisa demi mewujudkan komuniti yang bersih, sihat dan sejahtera.”

🌱 KIKOM: PERTANDINGAN KITAR SEMULA KOMUNITI SHAH ALAM 2026 ♻️  Jom bersama-sama menjadikan komuniti kita lebih bersih, h...
25/05/2026

🌱 KIKOM: PERTANDINGAN KITAR SEMULA KOMUNITI SHAH ALAM 2026 ♻️

Jom bersama-sama menjadikan komuniti kita lebih bersih, hijau dan lestari! Sertai pertandingan anjuran KIKOM ini dan rebut peluang memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM4,500 🏆💚

Pertandingan ini terbuka kepada 100 persatuan penduduk kediaman bertingkat di Shah Alam, dengan penilaian berdasarkan jumlah sisa kitar semula yang berjaya dikumpulkan mengikut bilangan penduduk.

📅 Tempoh pertandingan: 15 Jun 2026 – 1 Oktober 2026 (3 bulan)
🎤 Sesi taklimat atas talian:
04 Jun 2026 (Khamis) | 10.00 pagi – 1.00 petang

📩 Pautan taklimat akan diberikan melalui kumpulan WhatsApp dan emel yang didaftarkan.

💰 Hadiah menarik menanti anda:
🥇 RM2,000
🥈 RM1,500
🥉 RM1,000

♻️ Cara penyertaan:
Jadual kutipan dan panel pengumpulan akan disediakan. Semua hasil kutipan kitar semula akan dibuat bayaran terus ke akaun persatuan penduduk.

🌍 Setiap sumbangan anda bukan sahaja membawa kemenangan, tetapi juga membantu menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.

📲 Imbas kod QR sekarang untuk pendaftaran dan maklumat lanjut!

Jom kitar semula, jom jadi komuniti terbaik Shah Alam! ♻️✨

🚛✨OPERASI PEMBERSIHAN SAMPAH HARAM✨🚛Operasi pembersihan sampah haram di kawasan Persiaran Gerbang Utama, Seksyen U8 tela...
16/05/2026

🚛✨OPERASI PEMBERSIHAN SAMPAH HARAM✨🚛

Operasi pembersihan sampah haram di kawasan Persiaran Gerbang Utama, Seksyen U8 telah selesai dijalankan bagi memastikan persekitaran kembali bersih, selamat dan terpelihara.

⚠️ Orang ramai diingatkan agar tidak membuang sampah sesuka hati kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan pembuangan sampah haram.

🌱 Kebersihan kawasan adalah tanggungjawab bersama.
Mari bersama menjaga Shah Alam agar kekal bersih, indah dan lestari.



📢 HEBAHAN KESEDARAN KEBERSIHAN“Tong Sampah Anda, Tanggungjawab Anda”Orang ramai disaran untuk:✔️ Menjaga kebersihan tong...
14/05/2026

📢 HEBAHAN KESEDARAN KEBERSIHAN

“Tong Sampah Anda, Tanggungjawab Anda”

Orang ramai disaran untuk:
✔️ Menjaga kebersihan tong sampah
✔️ Membersihkan tong secara berkala
✔️ Mengamalkan pengurangan sisa dan kitar semula

Kebersihan yang terjaga dapat menjamin kesejahteraan serta kesihatan komuniti.

Kerjasama anda amat dihargai.

[MAKLUMAN]Garis Panduan Pengurusan Sisa Pembinaan Dan Perobohan bagi Pemajuan Baru, roboh bina semula/roboh, tambahan pi...
13/05/2026

[MAKLUMAN]

Garis Panduan Pengurusan Sisa Pembinaan Dan Perobohan bagi Pemajuan Baru, roboh bina semula/roboh, tambahan pindaan dan Projek-projek Majlis di kawasan MBSA berkuatkuasa Januari 2026.

🌍♻️ PROGRAM MALAYSIA, JOMPACT! ♻️🌍Telah berlangsung PROGRAM MALAYSIA, JOMPACT! — sebuah kempen kebangsaan hasil kerjasam...
12/05/2026

🌍♻️ PROGRAM MALAYSIA, JOMPACT! ♻️🌍

Telah berlangsung PROGRAM MALAYSIA, JOMPACT! — sebuah kempen kebangsaan hasil kerjasama bersama WWF Malaysia yang bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap Plastik Sekali Guna (PSG) melalui kesedaran, pendidikan dan penglibatan aktif golongan belia. 💚✨

Pada hari pertama program, para peserta berpeluang melawat Pusat Kitar Semula MBSA di Seksyen U13, Shah Alam sebagai salah satu tentatif utama program. Taklimat ringkas berkaitan pengoperasian pusat kitar semula tersebut telah disampaikan oleh Puan Nur Dini, Penolong Pengarah JKAKS, MBSA.

Program diteruskan di PARC, Subang dengan sesi perkongsian menarik daripada Cik Norlailin Aimi, Penolong Pengarah JKAKS, MBSA berkaitan inisiatif pencegahan plastik sekali guna di Shah Alam. Selain itu, Puan Nur Dini turut berkongsi ilmu mengenai pengurusan sisa kitar semula di Shah Alam. 🌱♻️

Semoga PROGRAM MALAYSIA, JOMPACT! menjadi titik mula kepada perubahan kecil yang memberi impak besar — kerana bumi yang lebih hijau bukan sekadar harapan, tetapi tanggungjawab kita bersama. 🌍♻️

Ayuh jadi generasi yang memilih untuk bertindak hari ini demi masa depan yang lebih lestari! ✨

!




PlasticFreeFuture
Sustainability

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Untuk makluman Tuan / Puan, penempatan tong RORO untuk sampah pukal sempena PERAYAA...
12/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Tuan / Puan, penempatan tong RORO untuk sampah pukal sempena PERAYAAN AIDILADHA 2026 akan ditempatkan di 391 lokasi yang telah dipilih.

Semua 391 lokasi tong RORO PERAYAAN AIDILADHA 2026 ini akan ditempatkan oleh pihak KDEBWM.

Tong RORO ini akan ditempatkan secara berperingkat di lokasi *bermula dari 11 MEI 2026 hingga 28 MEI 2026*.
Tong RORO akan ditarik lebih awal jika didapati telah penuh dengan sisa pukal.

Sebarang masalah semasa penempatan tong RORO tersebut, sila hubungi JKAKS MBSA atau pihak KDEBWM (mengikut Seksyen / lokasi yang telah ditetapkan).

Disertakan senarai lokasi penempatan Tong RORO utk makluman Tuan / Puan.

Sekian Terima Kasih.

02/05/2026

Mini DIY Workshop Ekonomi Kitaran Kayu

🌱 Program Kelestarian Pengurusan Sisa Makanan Peringkat Sekolah Berasrama 2026📅 22 April 2026📍 Kolej Vokasional Sungai B...
24/04/2026

🌱 Program Kelestarian Pengurusan Sisa Makanan Peringkat Sekolah Berasrama 2026

📅 22 April 2026
📍 Kolej Vokasional Sungai Buloh, Shah Alam

Majlis ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara MBSA dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam usaha menjadikan institusi pendidikan sebagai peneraju kelestarian, khususnya dalam pengurusan sisa makanan.

Program ini telah dirasmikan oleh En. Hary bin Abu, Ahli Majlis Zon 24.

Inisiatif ini menjadi langkah penting dalam menangani isu pembaziran makanan serta membudayakan amalan pengurusan sisa yang lebih mampan dalam kalangan warga sekolah berasrama.

Adalah menjadi harapan pihak MBSA agar program ini dapat memberi impak positif dalam membentuk budaya pengurusan sisa makanan yang lebih berhemah, seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Usaha ini juga diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih peka, bertanggungjawab dan berpengetahuan dalam menangani isu pembaziran makanan.

💡 Bersama kita bentuk generasi yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan lestari demi masa depan yang lebih hijau.

MalaysiaMADANI

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sisapepejal MBSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sisapepejal MBSA:

Share