Sisapepejal MBSA

Sisapepejal MBSA Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa (2024)
(1)

๐ŸŒฑ BENGKEL DUTA SIFAR SISA LANTIKAN 2026โ€“2027 ๐ŸŒฑMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Jabatan Kebersihan Awam dan Kele...
24/08/2026

๐ŸŒฑ BENGKEL DUTA SIFAR SISA LANTIKAN 2026โ€“2027 ๐ŸŒฑ

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa telah menganjurkan Bengkel Duta Sifar Sisa Lantikan 2026โ€“2027 & Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Duta Sifar Sisa pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada Duta Sifar Sisa dan Protege berkaitan peranan Duta Sifar Sisa, fungsi serta sasaran Jabatan, prosedur pelaksanaan program di peringkat MPP dan strategi penglibatan komuniti. Turut diadakan sesi perkongsian, soal jawab serta penyampaian surat lantikan dan cenderahati.
โœจ Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Duta Sifar Sisa dan Protege lantikan 2026โ€“2027!

Semoga barisan Duta Sifar Sisa terus menjadi penggerak dan penghubung dalam memperkukuh kesedaran serta penglibatan komuniti ke arah pengurusan sisa yang lebih lestari di Shah Alam. ๐ŸŒโ™ป๏ธ

24/08/2026
URUS SISA DENGAN BETUL, BANDAR LEBIH BERSIH! ๐ŸŒฑPengurusan sisa yang betul bukan sahaja menjaga kebersihan, malah membantu...
20/08/2026

URUS SISA DENGAN BETUL, BANDAR LEBIH BERSIH! ๐ŸŒฑ

Pengurusan sisa yang betul bukan sahaja menjaga kebersihan, malah membantu memastikan keselamatan dan kelestarian alam sekitar.

๐Ÿญ Sisa industri: Urus dan lupuskan mengikut peraturan serta garis panduan MBSA.
๐Ÿ  Sisa binaan: Pastikan sisa daripada kerja renovasi dan pembinaan dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jadilah pemilik premis dan warga Shah Alam yang bijak mengurus sisa. Bersama kita wujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan lestari. ๐Ÿ’š





๐Ÿšฏ BUKAN SINI TEMPAT BUANG SAMPAH!Sampah bukan untuk dicampak sesuka hati. Jadilah warga Shah Alam yang bijak dan bertang...
18/08/2026

๐Ÿšฏ BUKAN SINI TEMPAT BUANG SAMPAH!

Sampah bukan untuk dicampak sesuka hati. Jadilah warga Shah Alam yang bijak dan bertanggungjawab dalam menguruskan sisa. ๐ŸŒฑ

Jangan jadikan kawasan awam sebagai โ€œlandfillโ€ percuma! Fikir dahulu sebelum buang. Pastikan sampah dibuang ke dalam tong yang disediakan dan asingkan bahan yang boleh dikitar semula. โ™ป๏ธ

Kebersihan tanggungjawab bersama. Jaga kebersihan, jaga maruah kita! ๐Ÿ’š




BIJAK URUS SISA PUKAL ANDA! โ™ป๏ธ๐Ÿš›Sisa pukal perlu diurus dengan betul bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, selama...
15/08/2026

BIJAK URUS SISA PUKAL ANDA! โ™ป๏ธ๐Ÿš›

Sisa pukal perlu diurus dengan betul bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan selesa. ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“Œ Keluarkan sisa pukal mengikut jadual kutipan yang ditetapkan.
๐Ÿ“ฒ Mohon kutipan melalui aplikasi i-CLEAN oleh KDEBWM.
๐Ÿ“ฒ Sewa tong RORO MBSA melalui aplikasi myMBSA mengikut jenis premis.

โŒ Jangan letakkan sisa pukal sesuka hati atau di lokasi yang tidak dibenarkan.

Urus sisa dengan bijak, kawasan bersih dan selamat! ๐Ÿ’š




SISA PUKAL BUKAN DI JALANAN! ๐Ÿšซ๐Ÿ›‹๏ธJangan jadikan jalan raya dan kawasan awam sebagai tempat membuang sisa pukal seperti so...
14/08/2026

SISA PUKAL BUKAN DI JALANAN! ๐Ÿšซ๐Ÿ›‹๏ธ

Jangan jadikan jalan raya dan kawasan awam sebagai tempat membuang sisa pukal seperti sofa, almari, tilam dan perabot lama.

Pembuangan sisa pukal secara tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan pencemaran visual, mengundang pembiakan haiwan berbahaya serta berpotensi menjadi kawasan longgokan haram.

โ™ป๏ธ Urus dan lupuskan sisa pukal dengan cara yang betul.
๐ŸŒฑ Bersama-sama kita kekalkan Shah Alam bersih, selamat dan lestari.

Jangan buang sesuka hati. Jadilah warga yang bertanggungjawab!




JANGAN MEMBAKAR SISA KEBUN! ๐Ÿ”ฅ๐ŸšซAsap hari ini, kesannya mungkin berpanjangan. Pembakaran sisa kebun secara terbuka boleh m...
13/08/2026

JANGAN MEMBAKAR SISA KEBUN! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿšซ

Asap hari ini, kesannya mungkin berpanjangan. Pembakaran sisa kebun secara terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara, gangguan pernafasan dan menjejaskan keselesaan komuniti.

๐ŸŒฑ Urus sisa kebun dengan cara yang betul.
๐Ÿšซ Elakkan pembakaran terbuka.
๐Ÿ’š Bersama-sama kita jaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar Shah Alam.

Jangan bakar โ€” kita jaga udara, kita jaga kesihatan!





13/08/2026
๐Ÿ‚ DAUN GUGUR BUKAN SAMPAH! ๐ŸŒฟJangan terus buang daun kering ke dalam tong sampah. Jadikan ia sebagai kompos atau mulsa ta...
12/08/2026

๐Ÿ‚ DAUN GUGUR BUKAN SAMPAH! ๐ŸŒฟ

Jangan terus buang daun kering ke dalam tong sampah. Jadikan ia sebagai kompos atau mulsa tanaman yang bermanfaat untuk menyuburkan tanah dan membantu pertumbuhan tanaman. ๐ŸŒฑ

๐Ÿšซ Elakkan membakar daun kering kerana boleh menyebabkan pencemaran udara dan menjejaskan alam sekitar.

๐Ÿ’š Urus sisa dengan bijak, alam sekitar lebih terpelihara!



โ™ป๏ธ

๐Ÿก RUMAH BERSIH, KOMUNITI SIHAT! ๐ŸŒฟKebersihan bermula dari rumah dan menjadi lebih bermakna apabila dilakukan bersama-sama...
11/08/2026

๐Ÿก RUMAH BERSIH, KOMUNITI SIHAT! ๐ŸŒฟ

Kebersihan bermula dari rumah dan menjadi lebih bermakna apabila dilakukan bersama-sama. ๐Ÿค

Jom bersama-sama menjaga kebersihan halaman dan persekitaran rumah agar sentiasa bersih, selesa dan bebas bau. Amalan gotong-royong bukan sahaja mengeratkan hubungan kejiranan, malah membantu mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan harmoni. ๐Ÿ’š

โœจ Rumah bersih, persekitaran ceria, komuniti sejahtera!



โ™ป๏ธ

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sisapepejal MBSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sisapepejal MBSA:

Shortcuts

Share