09/06/2026
Masalah Gelandangan di Beberapa Kawasan Butterworth Semakin Meruncing, Kerajaan Negeri Perlu Bertindak Tegas – Tan Chuan Hong
Naib Pengerusi MCA Pulau Pinang merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan MCA Bahagian Bagan, Tan Chuan Hong, berkata masalah gelandangan yang semakin kerap berlaku di beberapa kawasan sekitar Butterworth kini semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian serius daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Menurut beliau, berdasarkan maklum balas penduduk setempat, sebahagian gelandangan didapati berkumpul dalam tempoh yang lama di kaki lima bangunan, taman awam, kawasan pasar serta bangunan terbiar. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan imej bandar, malah turut menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan.
“Penduduk mengadu mengenai gangguan bunyi bising pada waktu malam, perbuatan membuang air kecil di tempat awam, pembuangan sampah merata-rata serta aktiviti tidak sihat yang dipercayai melibatkan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Situasi ini menyebabkan ramai penduduk, khususnya wanita dan warga emas, berasa tidak selamat,” katanya.
Beliau bersama beberapa pemimpin MCA Bahagian Bagan telah mengadakan rondaan malam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam pada 19 Mei lalu, bermula jam 11 malam hingga 1 pagi keesokan harinya. Hasil tinjauan mendapati jumlah individu yang tidur di kaki lima dan kawasan awam kini jauh lebih ramai berbanding sebelum tahun 2022.
Turut menyertai rondaan tersebut ialah Setiausaha MCA Bahagian Bagan, Chan Wooi Jin, Setiausaha Organisasi, Lim Jit Fong, Ketua Skuad Maju dan Keselamatan, Goh Eng Dee, serta Penolong Ketua Biro Perhubungan, Tan Yuen Sern.
Tan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri perlu mencari keseimbangan antara aspek kebajikan kemanusiaan dan keselamatan komuniti. Katanya, aduan penduduk tidak boleh dipandang ringan dan masalah tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian yang berkesan.
Beliau menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani isu tersebut, termasuk memperkukuhkan rondaan pada waktu malam, meningkatkan kemudahan pencahayaan di kawasan awam serta menjalankan operasi pembersihan secara berkala di lokasi yang sering menjadi tumpuan gelandangan demi menjaga kebersihan dan kualiti hidup masyarakat setempat.
Perlu Pendekatan Menyeluruh dan Sistematik
Tan berkata, masalah gelandangan tidak boleh diselesaikan semata-mata melalui tindakan menghalau mereka kerana isu tersebut sering berkait rapat dengan pengangguran, keretakan institusi keluarga, masalah kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melaksanakan tindakan bersepadu bagi mengenal pasti jumlah sebenar gelandangan dan latar belakang mereka.
“Kerajaan perlu menyediakan pusat perlindungan sementara serta pusat kaunseling bagi membantu golongan yang benar-benar tidak mempunyai tempat tinggal dengan menyediakan kemudahan asas, bimbingan pekerjaan dan sokongan psikologi supaya mereka dapat kembali berdikari dalam masyarakat,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah tidak seharusnya dibiarkan kembali ke jalanan selepas dibebaskan tanpa pemantauan yang berkesan.
“Bagi penagih dadah yang berulang kali terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah, kerajaan perlu menyediakan mekanisme pemulihan dan penempatan semula yang lebih berkesan dan menyeluruh,” katanya.
Menurut beliau, pihak berkuasa boleh mempertimbangkan penempatan golongan tersebut di pusat pemulihan yang menawarkan pemantauan jangka panjang, kaunseling psikologi, latihan kemahiran serta program pembangunan diri secara berperingkat sebelum mereka dibenarkan kembali ke masyarakat.
“Jika mereka hanya ditangkap, dibebaskan dan kembali ke jalanan untuk mengulangi perbuatan yang sama, ia bukan sahaja membazirkan sumber penguatkuasaan malah gagal menyelesaikan masalah sebenar. Akhirnya masyarakat setempat juga yang menanggung kesannya,” tambah beliau.
Sebahagian Mereka Juga Mangsa Keadaan
Dalam pada itu, Tan berkata hasil tinjauan pihaknya mendapati tidak semua gelandangan terlibat dalam aktiviti negatif. Sebahagian daripada mereka sebenarnya merupakan individu yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan sewajarnya.
Antara kes yang ditemui ialah seorang balu berusia 56 tahun berketurunan India yang pernah membesarkan enam orang anak seorang diri tetapi kini terpaksa mengemis pada siang hari dan tidur di kaki lima pada waktu malam. Lebih menyedihkan, beliau kadangkala menjadi mangsa samun sehingga kehilangan wang hasil kutipan hariannya.
Turut ditemui seorang lelaki India berusia 65 tahun yang mempunyai enam orang anak, namun tidak mendapat penjagaan daripada keluarga. Beliau masih bekerja sambilan sebagai pemandu lori tempatan bagi menyara hidup, tetapi terpaksa bermalam di kaki lima bekas kuarters kakitangan kesihatan yang telah lama terbiar kerana tidak mempunyai tempat tinggal.
Selain itu, seorang lelaki Melayu berusia 55 tahun yang telah lama menganggur didapati menjadikan hentian bas sebagai tempat berteduh dan berehat pada waktu malam.
Pihak MCA Bahagian Bagan turut menemui seorang lelaki India berusia 60 tahun yang mengalami kecacatan anggota badan sehingga hilang keupayaan bekerja dan terpaksa bergantung kepada belas ihsan orang ramai untuk meneruskan kehidupan.
Satu lagi kes melibatkan seorang warga emas Melayu yang mendakwa pernah berkhidmat sebagai anggota tentera, namun kini kehilangan pekerjaan dan tempat bergantung hidup sehingga terpaksa hidup sebagai gelandangan di jalanan.
Tan menegaskan bahawa kerajaan perlu melihat isu gelandangan dari sudut kemanusiaan dan pada masa yang sama memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara melalui dasar yang lebih berkesan dan mampan.
陈诠峰 TAN CHUAN HONG:政府须正视问题
马华槟州副主席兼国阵及马华峇眼区会主席陈诠峰指出,北海多个地区频频出现流浪汉的问题,越来越严重;据居民反映,部分流浪汉长期聚集在五脚基、公园、巴刹周边及废置建筑物,不仅影响市容,也衍生许多民生与治安问题。
他说,居民投诉事项包括半夜喧哗扰民、随地小便、乱丢垃圾,疑涉及吸毒、酗酒等不良活动,令附近居民,尤其妇女及长者感到不安。
他与区会党要于5月19日(周二)晚上11时至隔天凌晨1时,夜巡峇眼达南州选区的主要街道,发现露宿者比2022年前更多。
参与巡视者,包括马华峇眼区会秘书曾伟仁 CHAN WOOI JIN、组织秘书林囸锋 LIM JIT FONG、前锋及保安大队长吴庸立 GOH ENG DEE、副交际陈源盛 TAN YUEN SERN。
陈诠峰强调,槟州政府须在人道关怀与社区安全之间取得平衡,不能对居民的投诉视若无睹,也不能让问题长期拖延不处理。
他呼吁槟州政府采取有效行动解决问题,同时也要求地方政府加强夜间巡逻、提升公共场所照明设备,并定期清理流浪汉聚集热点,以维护社区卫生与居民生活品质。
需系统化方案解决
陈诠峰指出,流浪汉问题不能单靠驱赶方式处理,因为背后涉及失业、家庭破裂、精神健康及毒品问题,因此槟州政府须采取更全面与系统化的方案,才能对症下药、一劳永逸解决。
首先,他建议槟州政府联合威省市政厅、社会福利局、卫生局、警方和国家反毒机构,展开跨部门行动,全面掌握流浪汉人数及背景资料,以进行分类管理与援助。
“相关单位应设立临时收容及辅导中心,为真正无家可归者提供基本住宿、就业辅导与心理辅导,协助他们重新回归社会。”
“至于涉毒者,不能在释放他们后任由继续流落街头,尤其是屡次涉毒或重犯的毒友,政府必须设立更完善的强制戒毒与康复安置机制。”
他建议,相关单位可考虑将重犯毒友安排进入戒毒康复中心,接受长期监督、心理辅导、职业培训及生活重建课程,并通过阶段性评估,协助他们逐步回归社会。
“如果只是不断逮捕、释放,再回到街头继续吸毒,不但浪费执法资源,也无法真正解决问题,最终受苦的还是社区居民。”
部分也是可怜人
根据陈诠峰及党要的走访结果,部分流浪汉是可怜人。
案例1: 56岁印裔寡妇,独自抚养6名孩子长大,却未能安享晚年。她被迫白天沿街乞讨维生,夜晚则露宿五脚基,生活十分困苦。令人心酸的是,她有时还会遭遇匪徒打劫,连辛苦乞讨所得也被抢夺一空。
案例2: 65岁印裔男子,育有6名孩子,同样未获孩子照料。他白天兼职驾驶本地短程罗厘维持生计,夜晚因无家可归,只能栖身荒废多时的北海前卫生局医护人员宿舍五脚基,生活处境令人唏嘘。
案例3: 55岁巫裔男子,长期失业,生活漂泊不定,累了就露宿候车亭。
案例4: 60岁印裔男子,手脚残疾失去工作能力,只能依靠沿街行乞维生。
案例5: 巫裔老翁,自称曾是军人,如今却因失业而失去生活依靠,沦为无家可归者,只能长期露宿街头。