Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Government Organization, 173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.
(1)

Fungsi utama PKENPs adalah untuk merancakkan sektor ekonomi melalui pembangunan hartanah, meneroka peluang-peluang pelaburan baharu, menyediakan premis sewaan dan jualan kepada para usahawan/pelabur yang berminat. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis [PKENPs] tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Daulat TuankuMerafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan TahniahKebawah Duli Yang Maha MuliaSeri Paduka Baginda Yang di-Pe...
31/05/2026

Daulat Tuanku

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta hidayah Allah SWT dalam memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh kebijaksanaan.

Daulat Tuanku.

Daripada Ahli Lembaga Pengarah,
Pengurusan, Anak Syarikat & Warga PKENPs

🌟Salam Aidiladha 1447H🌟Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan d...
26/05/2026

🌟Salam Aidiladha 1447H🌟

Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam kehidupan. Semoga semangat kebersamaan dan ukhuwah terus diperkukuhkan serta membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat buat kita semua.

Daripada Ahli Lembaga Pengarah,
Pengurusan, Anak Syarikat & Warga PKENPs

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis. Semoga Tuanku dan sel...
16/05/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis. Semoga Tuanku dan seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Semoga negeri Perlis terus maju, aman dan makmur di bawah naungan Tuanku. Daulat Tuanku.

6 Mei 2026 — Ceramah “Penghayatan Aidiladha: Erti Sebenar Pengorbanan”Satu sesi ceramah bertajuk “Penghayatan Aidiladha:...
06/05/2026

6 Mei 2026 — Ceramah “Penghayatan Aidiladha: Erti Sebenar Pengorbanan”

Satu sesi ceramah bertajuk “Penghayatan Aidiladha: Erti Sebenar Pengorbanan” anjuran PKENPs telah berlangsung pada 6 Mei 2026 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Utama, PKENPs.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, Naib Canselor UniSIRAJ, yang berkongsi ilmu serta penghayatan berkaitan makna sebenar pengorbanan dalam konteks Aidiladha.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga kerja mengenai nilai pengorbanan, selaras dengan tuntutan agama serta dalam usaha membentuk sahsiah diri yang lebih baik.

4 Mei 2026 — Lawatan Kerja PKNNS ke PKENPsSatu lawatan kerja daripada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS...
04/05/2026

4 Mei 2026 — Lawatan Kerja PKNNS ke PKENPs

Satu lawatan kerja daripada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) ke Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah diadakan pada 30 April 2026.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada perkongsian ilmu dan pengalaman dalam aspek pengurusan perbadanan, sebagai usaha memperkukuh kecekapan organisasi.

Diharapkan sesi ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi pada masa hadapan.

23 April 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKENPs & Anak Syarikat Bil. 01/2026Mesyuarat ...
23/04/2026

23 April 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKENPs & Anak Syarikat Bil. 01/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKENPs & Anak Syarikat Bil. 01/2026 telah berlangsung pada 21 April 2026 (Selasa) di Bilik Mesyuarat PKENPs.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Md. Silmi, Pengurus Besar PKENPs dan diadakan bagi membincangkan usul-usul serta isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan PKENPs dan anak-anak syarikat, di samping perkara-perkara lain yang berkaitan.

Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa diberi keutamaan serta dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sistematik.

PERKHIDMATAN BAHARU DI PKENPsDimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah kini disediakan di PKENPs bermula hari i...
07/04/2026

PERKHIDMATAN BAHARU DI PKENPs

Dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah kini disediakan di PKENPs bermula hari ini.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkaitan seperti pengesahan dokumen, akuan bersumpah dan urusan berkaitan boleh hadir untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan mudah dan cepat.

📍 Hadir ke Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

📣 IKLAN SEBUT HARGA & PELUANG KERJASAMA DI PERLIS 📣Dibuka tawaran sebut harga kepada Kontraktor/Pembekal Bumiputera yang...
27/03/2026

📣 IKLAN SEBUT HARGA & PELUANG KERJASAMA DI PERLIS 📣

Dibuka tawaran sebut harga kepada Kontraktor/Pembekal Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan.

1️⃣ KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN TURAPAN SEMULA JALAN DI PROJEK RUMAH KEDAI BINTONG DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN UNTUK TENTUAN: PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS(PKENPs)

✨ Sila ambil perhatian: Pendaftaran sebagai pembekal/perkhidmatan PKENPs adalah WAJIB dilakukan terlebih dahulu sebelum menyertai sebut harga ini.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian! 🚀
Imbas QR Code atau klik pautan berikut untuk mendaftar:
🔗 https://forms.gle/fUFvQpcqAGJn8vuu6
📞 Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut:
Tel: +60 4 9761088 | 9761037 | 9761616
Fax: +60 4 9762181
🏢 Alamat:
Bahagian Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis,
No.173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Awi, 01000 Kangar, Perlis.

🔨 Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam projek kerajaan di Perlis. Daftar sebagai pembekal secara atas talian & sertai sebut harga! 🔨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga Syawal membawa sinar kebahagiaan, mempererat silaturahim dan d...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal membawa sinar kebahagiaan, mempererat silaturahim dan dilimpahi keberkatan.

Daripada Ahli Lembaga Pengarah,
Pengurusan, Anak Syarikat & Warga PKENPs

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman atas pelantikan sebagai Setiausaha Kera...
09/03/2026

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang berkuat kuasa mulai 9 Mac 2026. Semoga amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan integriti. Diharapkan juga pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan pentadbiran serta memperkukuh pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Perlis. Semoga terus berjaya dalam memimpin ke arah kemajuan dan kemakmuran negeri.

Address

173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049761088

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis:

Share