Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Government Organization, 173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Fungsi utama PKENPs adalah untuk merancakkan sektor ekonomi melalui pembangunan hartanah, meneroka peluang-peluang pelaburan baharu, menyediakan premis sewaan dan jualan kepada para usahawan/pelabur yang berminat. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis [PKENPs] tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

15 September 2026 — Kunjungan Hormat Koperasi Usahawan Digital PerlisPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) ...
15/09/2026

15 September 2026 — Kunjungan Hormat Koperasi Usahawan Digital Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Usahawan Digital Perlis (KUD).

Kunjungan ini mencerminkan usaha membina jaringan hubungan yang lebih erat antara PKENPs dan KUD, bagi membuka ruang kepada penerokaan peluang serta potensi kerjasama pada masa hadapan yang boleh memberi manfaat kepada komuniti usahawan digital khususnya generasi muda dalam pembangunan ekonomi negeri kearah mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih dinamik di Negeri Perlis.

15 September 2026 — Sesi Pembentangan UA Engineering Construction (M) Sdn. Bhd.Satu sesi pembentangan oleh UA Engineerin...
15/09/2026

15 September 2026 — Sesi Pembentangan UA Engineering Construction (M) Sdn. Bhd.

Satu sesi pembentangan oleh UA Engineering Construction (M) Sdn. Bhd. telah diadakan pada 14 September 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PKENPs.

YBhg. Dato’ Md. Silmi bin Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs, turut bersama dalam sesi tersebut yang memberi ruang kepada pihak UA Engineering Construction (M) Sdn. Bhd. untuk menyampaikan pembentangan serta berkongsi maklumat berkaitan kepada pihak pengurusan PKENPs.

Sesi ini turut menjadi platform untuk perkongsian maklumat, perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan perkara yang dibentangkan.

📢 IKLAN JAWATAN KOSONGPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) membuka peluang kerjaya bagi:🔹 Akauntan – Gred ...
14/09/2026

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) membuka peluang kerjaya bagi:

🔹 Akauntan – Gred WA9
🔹 1 Kekosongan
🔹 Taraf: Kontrak (Interim)

📅 Tarikh tutup: 25 September 2026 (Jumaat)
⏰ Sebelum 5.00 petang

Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis.

📄 Borang permohonan & maklumat lanjut:
https://www.pkenps.gov.my/en/info/career

Ayuh, sertai PKENPs!

5 September 2026 — Sesi MAIA AeroconnectSatu sesi pertemuan bersempena MAIA Aeroconnect Session telah dihadiri oleh YBhg...
05/09/2026

5 September 2026 — Sesi MAIA Aeroconnect

Satu sesi pertemuan bersempena MAIA Aeroconnect Session telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs pada 3 September 2026 (Khamis) bersama Tan Sri Mac Ngan Boon, Pengarah Urusan Muhibbah Engineering dan Encik David Jones, Pengarah Urusan Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA).

Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dan potensi pelaburan baharu dalam industri aeroangkasa serta kejuruteraan di Negeri Perlis.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MAIA atas penganjuran sesi yang bermanfaat ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

📣 IKLAN SEBUT HARGA & PELUANG KERJASAMA DI PERLIS 📣Dibuka tawaran sebut harga kepada Kontraktor/Pembekal Bumiputera yang...
05/09/2026

📣 IKLAN SEBUT HARGA & PELUANG KERJASAMA DI PERLIS 📣
Dibuka tawaran sebut harga kepada Kontraktor/Pembekal Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan.

1️⃣MENAIK TARAF JALAN PERHUBUNGAN PELANCONGAN KE K3 GEOPARK RECREATIONAL PORT UNTUK TETUAN : PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS

✨ Sila ambil perhatian: Pendaftaran sebagai
pembekal/perkhidmatan PKENPs adalah WAJIB dilakukan terlebih dahulu sebelum menyertai sebut harga ini.
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian! 🚀
Imbas QR Code atau klik pautan berikut untuk mendaftar:
🔗 https://forms.gle/fUFvQpcqAGJn8vuu6
📞 Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut:
Tel: +60 4 9761088 | 9761037 | 9761616
Fax: +60 4 9762181
🏢 Alamat:
Bahagian Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis,
No.173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Awi, 01000 Kangar, Perlis.
🔨 Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam projek kerajaan di Perlis. Daftar sebagai pembekal secara atas talian & sertai sebut harga! 🔨

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Anak Syarikat & Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis mengucapkan Sel...
30/08/2026

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Anak Syarikat & Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026." 🇲🇾✨

​"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" 🤝❤️

​"Semoga kemerdekaan ini terus memperkasakan perpaduan, memajukan ekonomi 📈, dan membawa kesejahteraan yang hakiki kepada seluruh rakyat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!✊🎉

✨ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M ✨​Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, serta Warga Kerja Perbadanan Kemajuan ...
24/08/2026

✨ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M ✨

​Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, serta Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam, khususnya di Negeri Perlis 🕌✨.

​Hari yang penuh keberkatan ini merupakan saat terbaik untuk kita memperingati perjuangan serta meneladani keperibadian mulia Baginda Rasulullah SAW 🤍. Semoga akhlak, kepimpinan, dan sunnah Baginda sentiasa menjadi inspirasi serta panduan buat kita semua dalam melaksanakan amanah dan tugas seharian 🤲🏻.

​Mari kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW 💚:

​اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

22 Ogos 2026 — Kunjungan Hormat Ketua Pengarah MARA ke PKENPsSatu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Os...
22/08/2026

22 Ogos 2026 — Kunjungan Hormat Ketua Pengarah MARA ke PKENPs

Satu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada YBhg. Dato’ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs telah diadakan pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) di Pejabat PKENPs.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi membincangkan pelbagai peluang kerjasama strategik yang boleh diteroka bersama antara PKENPs dan MARA pada masa akan datang.

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak dapat bertukar fikiran serta pandangan secara lebih dekat, terutamanya dalam merangka usaha sama bagi memacu pembangunan ekonomi, keusahawanan, serta pemerkasaan modal insan di Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MARA serta delegasi atas sudi membuat kunjungan dan bertukar pandangan yang amat bernilai ini. Semoga jalinan kerjasama yang dibincangkan dapat direalisasikan demi kemajuan bersama.

18 Ogos 2026 — Kunjungan Hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)Satu sesi kunjunga...
18/08/2026

18 Ogos 2026 — Kunjungan Hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Satu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Dato’ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diadakan pada 17 Ogos 2026 (Isnin).

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara anak syarikat kumpulan PKENPs, khususnya Perlis Comm Sdn. Bhd., dalam meneroka pelbagai peluang kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada masa akan datang.

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak dapat bertukar fikiran serta pandangan secara lebih dekat, merangkumi aspek pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan digital bagi menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Pengerusi serta seluruh kepimpinan MCMC atas sudi menerima kunjungan dan perkongsian pandangan yang sangat bernilai ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat direalisasikan demi kemajuan bersama.

18 Ogos 2026 — Lawatan Kerja ke Aurelius Healthcare Nilai Negeri SembilanSatu sesi lawatan kerja oleh YBhg. Dato’ Md. Si...
18/08/2026

18 Ogos 2026 — Lawatan Kerja ke Aurelius Healthcare Nilai Negeri Sembilan

Satu sesi lawatan kerja oleh YBhg. Dato’ Md. Silmi Abd. Rahman, Pengurus Besar PKENPs ke Aurelius Healthcare Nilai, Negeri Sembilan pada 7 Ogos 2026 (Jumaat) bagi mendapatkan pendedahan secara lebih dekat mengenai pengurusan operasi, amalan kerja serta penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di fasiliti tersebut.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk melihat dan memahami dengan lebih dekat pendekatan serta amalan terbaik yang dilaksanakan, termasuk aspek pengurusan fasiliti, operasi perkhidmatan dan pengalaman pesakit.

Perkongsian ilmu dan pengalaman sebegini amat bermakna dalam memperluas perspektif serta memberikan input yang berguna, khususnya bagi membantu perancangan pembangunan fasiliti kesihatan seperti hospital atau pusat kesihatan (health center) di Negeri Perlis pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak Aurelius Healthcare Nilai atas sambutan dan perkongsian yang diberikan. Semoga hubungan serta jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.

Address

173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049761088

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis:

Share