14/05/2026
PROGRAM COMMUNITY POLICING - JEMPUTAN SESI DIALOG INTERVENSI PDRM BERSAMA PIHAK BAITUL IMAN
Hulu Selangir, 14 Mei 2026 ( Khamis ) telah diadakan Program Community Policing - Jemputan Sesi Dialog Intervensi PDRM Bersama Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman Jalan Sg Tua - Hulu Yam Bharu.
Program Community Policing ini diadakan Mengeratkan hubungan kerjasama antara PDRM dan pihak Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman . Membincangkan isu sosial, sahsiah dan pembentukan jati diri individu yang terlibat. Menerangkan isu-isu keselamatan dan kesalahan jenayah kepada pelatih. Berkongsi pandangan serta maklumat berkaitan langkah intervensi yang bersesuaian.
Selain itu, Menjalinkan kerjasama strategik dalam usaha pencegahan dan pemulihan masyarakat. Memberi pendedahan mengenai peranan pihak polis dan pusat pemurnian akidah dalam menjaga kesejahteraan komuniti.Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan melibatkan kerjasama erat antara pihak PDRM dan Pihak Baitul Iman.
Turut hadir SM Nor Azila Binti Mohamed Sheriff (KPB) ,Kpl Mohd Haizul Bin Muhamad (Sektor A), L/Kpl Nur Nabihanadhirah Binti Abd Rahim (Sektor A), Konst Muhammad Hilmi Syazani Bin Azman (Sektor A), Puan Hayati Binti Hassan (Ketua Kampung/Pengerusi JPKK Kg Pasir), Encik Muhammad Aidil Bin Abdul Patah (Eksekutif Operasi), Pn.Norsyuhada Binti Jaafar (Pembantu Eksekutif), Encik Azhar Bin Deli (Warden), Encik Tengku Muhammad Afiq Bin Tengku Mohd Zaidi (Intern USIM) dan (17) pelatih Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.