PITAS 2030 - Pelan Induk Terengganu Sejahtera

  • Home
  • PITAS 2030 - Pelan Induk Terengganu Sejahtera

PITAS 2030 - Pelan Induk Terengganu Sejahtera Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) adalah pelan pembangunan Terengganu yang holistik.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagin...
01/06/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Tuanku terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam memayungi negara.

Daulat Tuanku. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


Aidiladha menjadi simbol keimanan, keikhlasan dan pengorbanan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Peristiwa agung p...
26/05/2026

Aidiladha menjadi simbol keimanan, keikhlasan dan pengorbanan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajarkan kita tentang erti kepatuhan, kesabaran dan keyakinan penuh terhadap setiap ketentuanNya, meskipun diuji dengan pengorbanan yang paling besar dalam kehidupan.

Firman Allah SWT:

โ€œDaging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah ketakwaan kamu.โ€
Surah Al-Hajj Ayat 37

Semoga Aidiladha kali ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan keimanan, menyucikan hati dengan keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah dan kasih sayang sesama insan. Mudah-mudahan setiap pengorbanan, doa dan amal kebaikan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Seluruh warga kakitangan TSIS mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 yang disambut pad...
01/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Seluruh warga kakitangan TSIS mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 yang disambut pada 1 Mei setiap tahun.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan atas segala usaha, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan dalam memacu kecemerlangan organisasi ke arah yang lebih maju dan berdaya saing.

Semoga semangat โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€ terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh produktiviti, inovasi serta kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan bersama.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kakitangan TSIS

02/04/2026
Dengan lafaz BismillahDulu kita memegang keris mempertahan maruah, kini kita memegang prinsip membina ummah.Selama tiga ...
27/03/2026

Dengan lafaz Bismillah

Dulu kita memegang keris mempertahan maruah, kini kita memegang prinsip membina ummah.

Selama tiga hari, Ummah Alam Melayu akan bergema di negeri Darul Iman. Bersiap sedialah untuk melangkah ke sebuah himpunan yang bukan sahaja menyajikan kehadiran kepimpinan bertaraf antarabangsa, bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Mantan Naib Kesatuan Ulama Sedunia), TYT Valiollah Mohammadi Nasrabadi (Duta Besar Iran Ke Malaysia) dan Dr Zakir Naik (Pendakwah Antarabangsa) akan mengupas isu antarabangsa dan kehadiran tokoh-tokoh sejarahwan dari negara asean mengupas kembali keindahan tradisi bangsa.

Pelbagai pengisian disajikan dari Pidato Perdana yang menyatukan sosok-sosok politik tanah air, Malam Melayu Berselawat bersama guru pondok setiap aturcara disusun rapi demi satu matlamat: Perpaduan Ummah.

Siapkan busana Melayu terbaik anda. Ini pentas kita, ini identiti kita.

๐Ÿ“Œ Himpunan Alam Melayu 2026 & Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Ke-5
๐Ÿ“† 2 hingga 4 April 2026
๐Ÿ› Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Jumpa di sana!



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin : Kemaafan Dihulur, Ukhuwah Terjalin ๐ŸŒ™โœจSyawal yang dinanti akhirnya ti...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin : Kemaafan Dihulur, Ukhuwah Terjalin ๐ŸŒ™โœจ

Syawal yang dinanti akhirnya tiba, membawa seribu makna kemaafan buat kita semua. Inilah detik terbaik untuk kita mempertaut kembali ukhuwah dan menyulam silaturahim dengan tulus ikhlas.

Bunga melati mekar di taman,
Harum semerbak menusuk kalbu,
Syawal tiba membawa kebahagiaan,
Ukhuwah terjalin erat selalu.

Kami di PITAS2030 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Pesanan Balik Kampung: ๐Ÿš—๐Ÿ›ฃ๏ธ
Buat anda yang bakal pulang ke desa, rancanglah perjalanan dengan bijak dan sentiasa utamakan keselamatan.
Pandu cermat agar kegembiraan raya dapat dikongsi bersama yang tersayang dalam keadaan selamat.

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya!

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja PITAS2030

Satu himpunan besar umat Islam dari seluruh rantau bakal berhimpun dalam suasana penuh ukhuwah, budaya dan warisan Alam ...
11/03/2026

Satu himpunan besar umat Islam dari seluruh rantau bakal berhimpun dalam suasana penuh ukhuwah, budaya dan warisan Alam Melayu.

Dengan busana Melayu yang penuh adat dan maruah, kita bersama mengangkat jati diri bangsa serta menyatukan kekuatan ummah.

โœจ Ulama dan tokoh dunia
โœจ Himpunan masyarakat Alam Melayu
โœจ Pesta ilmu, budaya dan persaudaraan

Ayuh datang beramai-ramai meriahkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 & Himpunan Alam Melayu 2026.

๐Ÿ“ Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus,Terengganu Darul Iman
๐Ÿ“… 2 โ€“ 4 April 2026

Pakailah busana Melayu terbaik anda.
Jom kita berhimpun dalam satu gelombang besar persaudaraan Alam Melayu!



Salam Nuzul Al-Quran 1447HPeristiwa Nuzul Al-Quran menandakan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad ๏ทบ pada malam J...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Peristiwa Nuzul Al-Quran menandakan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad ๏ทบ pada malam Jumaat, 17 Ramadan, ketika Baginda beribadat di Gua Hiraโ€™, Makkah, bersamaan 6 Ogos 610M. Wahyu tersebut disampaikan melalui perantaraan Malaikat Jibril, bermula dengan lima ayat pertama Surah Al-Alaq.

Peristiwa ini menjadi titik penting dalam sejarah Islam kerana al-Quran diturunkan secara berperingkat selama kira-kira 23 tahun sehingga lengkap sebagai kitab suci yang menjadi panduan hidup umat Islam.

Sempena Nuzul Al-Quran, marilah kita menghayati ayat-ayat suci dengan penuh kefahaman serta menjadikannya pedoman dalam kehidupan agar setiap langkah dan keputusan kita sentiasa berpandukan petunjuk Allah SWT.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H / 2026M. Semoga bulan ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua. ๐ŸŒ™๐Ÿค...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H / 2026M.

Semoga bulan ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua. ๐ŸŒ™๐Ÿค

Dengan tulus ikhlas, daripada warga kerja TSIS.



Address

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PITAS 2030 - Pelan Induk Terengganu Sejahtera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PITAS 2030 - Pelan Induk Terengganu Sejahtera:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share