17/03/2024
Jom meriah semua tempat moreh sepanjang pantai Teluk Lipat & Sura.
Dungun bumi murah rezeki.
Orang yang cekal berusaha akan mendapat kemakmuran dari Daerah Dungun 👍😉
Syabas The Dapo &geng.
Pesta Moreh Kg Tok Bilal Lapor 1.0
Semalam Pokjang ade dapat dm yang buat Pokjang terguris. Ayat dia tu memang menyakitkan hati dan buat Pokjang rasa geram.
Kepada yang baru nampak post The Dapo, selamat berkenalan. Boleh follow kami untuk update terkini mengenai bisnes kami.
Berbalik kepada DM tersebut. Seperti yg korang tahu, tahun ni Pokjang dan team The Dapo akan menganjurkan Pesta Moreh Kg Tok Bilal Lapor.
Insyallah Pesta ni akan menempatkan 30 vendor makanan sekitar Dungun di Taman Pokok Rhu depan SMK SURA.
Tapi ade sorang hamba Allah ni dm pokjang, akaun pun macam baru buat. Dia kabo gini
“ Sibuk nok wak gok pesta moreh. Mg ade keda doh kang. “
Baik.
Pokjang nok bagitahu la scene FNB terutamanya dalam sektor western food untuk bulan Ramadhan.
Makanan western dan Ramadhan dok ngam. Ramai owner restoran mengadu sale mereka masa bulan puasa drop teruk sebab tidak menjadi pilihan untuk orang berbuka puasa.
Jadi ramai owner restoran makanan western mencari inisiatif untuk tetap adakan sale walaupun bulan Ramadhan.
So apa inisiatifnya?
Pesta moreh.
Ini salah satu jalan untuk kami terus survive dalam membayar komitmen , mengekalkan gaji staff untuk mereka menghadapi persediaan raya dan untuk perbelanjaan kami sendiri selaku pemilik.
Sebenarnya, Pokjang berasa teruja dalam masa yang sama nebes apabila diberi tanggungjawab dalam menganjurkan pesta moreh mega untuk tahun 2024.
Sebab ape? Sebab kali ni kita menampilkan 30 vendor dalam satu taman yang akan dihiasi dengan deco dan lighting yang mantap. Boleh jadi event kali ni adalah event yang lain daripada yang lain.
Pokjang pun dok sabor nok tengok hasil deco pesta moreh kali ni.
Pokjang harap pesta moreh kali ni mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari warga Dungun, malah penduduk seluruh negeri Terengganu dan Pahang
Alhamdulilah list 30 vendor dah ada, Pokjang akan uar-uarkan dalam masa terdekat vendor2 yang terlibat.
Insyallah.
Pokjang ( Azam Ariffin )
Pejuang Brand The Dapo