Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM

  • Home
  • Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM

Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM  Kampus Lawas, JAKIM Agensi Kerajaan Persekutuan yang bernaung di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Berperanan memberi latihan kepada pegawai Hal Ehwal Islam( imam,guru KAFA,Takmir),penjawat awam & masyarakat awam khususnya di utara Sarawak dan Malaysia secara amnya.

โœจ MEMACU TRANSFORMASI DIGITAL MELALUI AI & KREATIVITI โœจ๐Ÿ“ KURSUS ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) CANVA (ADVANCE) DAERAH LAWA...
14/05/2026

โœจ MEMACU TRANSFORMASI DIGITAL MELALUI AI & KREATIVITI โœจ
๐Ÿ“ KURSUS ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) CANVA (ADVANCE) DAERAH LAWAS
๐Ÿ—“๏ธ 13 Mei 2026
๐Ÿ“Œ ILIM Kampus Lawas, JAKIM

Dalam usaha memperkasa kompetensi digital penjawat awam dan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas JAKIM telah menganjurkan Kursus Artificial Intelligence (AI) Canva (Advance) yang disertai seramai 40 orang peserta daripada Negeri Sabah dan Sarawak.
Program yang menampilkan En. Mohd Mu'izzudin bin Shafie, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Daerah Lawas sebagai penceramah telah memberi pendedahan menyeluruh berkaitan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) menerusi aplikasi Canva sebagai medium kreatif dan inovatif bagi menghasilkan poster profesional, slaid pembentangan yang lebih dinamik serta video digital yang menarik dan berkualiti tinggi. Peserta turut didedahkan dengan pendekatan praktikal dan teknik terkini bagi mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumat selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg En. Sheikh Hadzrei Adam bin Seberi, Pengarah ILIM Kampus Lawas, JAKIM. Melalui ucapannya, beliau menyeru agar semua peserta secara umumnya diwajibkan belajar dan tahu serba sedikit berkaitan ilmu digital. Ini kerana penjawat awam masa kini secara dasarnya sedang bekerja dengan sistem yang memerlukan ilmu pengetahuan tentang teknologi dan seumpamanya. Keadaan dan cara bekerja telah berubah berbanding dengan dahulu apatah lagi dunia sedang berlumba-lumba untuk mengapai ledakan gelombang AI. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat melahirkan warga kerja yang lebih progresif, inovatif dan berdaya saing dalam mendukung agenda pendigitalan serta memperkasakan penyampaian maklumat secara lebih efektif kepada masyarakat.

๐——๐—ถ๐˜€๐—ธ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ฏ๐˜‚Keluarga Malaysia MADANI- Pengorbanan seorang ibu adalah kasih sayang tanpa batas yang mera...
14/05/2026

๐——๐—ถ๐˜€๐—ธ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ฏ๐˜‚

Keluarga Malaysia MADANI- Pengorbanan seorang ibu adalah kasih sayang tanpa batas yang merangkumi penafian diri, fizikal, emosi, dan spiritual demi kebahagiaan anak-anak. Membicarakan lebih lanjut tentang kekeluargaan dan kasih sayang sosok seorang ibu, Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM dengan kerjasama Strategik JAKIM Sarawak, JKK Kg Seberang Kedai, Kg Ladang dan Kg Lakutan telah berjaya mengadakan Forum Kekeluargaan MADANI bertempat di Surau Baharu Kg Seberang. Antara objektif program ini adalah untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya pendidikan dalam sesebuah keluarga. Selain itu juga masyarakat didedahkan berkaitan cabaran terkini sebagai seorang ibu beserta kaedah terbaik menghadapi situasi semasa demi untuk kebahagiaan sesebuah keluarga.Perkongsian ilmu ini telah di sampaikan oleh YBhg. Us Hamdan Jar'ie, Pengarah JAKIM Sarawak selaku panel pertama, Us. Sheikh Hadzrei Adam Seberi , Pengarah ILIM Lawas selaku panel kedua, mewakili kaum ibu ditampilkan Ustazah Zanariah binti Julkarnain, Pegawai TAKMIR Daerah Lawas. Pemudah cara dikendalikan oleh Tuan Hj Ikram bin Jamil, Pegawai Agama Islam Daerah Lawas, JAIS. Diskusi ilmu ini juga dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kenamaan iaitu Tuan Hj Awang@Ibrahim bin Ahmat, Setiausaha Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL), Ayahnda Pemanca Tuan Hj Mathasan bin Pilus serta Ketua-ketua masyarakat sekitar. Pada akhir majlis, Pengarah JAKIM Sarawak turut menyampaikan Bakul KASIH MADANI kepada golongan asnaf sebagai tanda solidariti dan kebersamaan penduduk yang memerlukan. Penduduk kampung sangat teruja dengan kehadiran JAKIM dan JAIS ke lokasi program memandangkan ini adalah program keagamaan pertama yang dilaksanakan di surau baharu ini yang siap sepenuhnya pada April 2026. Timbalan pengerusi surau En. Adnan berharap agar program pengimarahan akan lebih kerap dilaksanakan oleh agensi berkaitan demi untuk kebaikan masyarakat Islam setempat"

Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM  Kampus Lawas, JAKIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugera...
12/05/2026

Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Menteri di Jabatan Perdana Menteri(HEA) bagi Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemacu semangat untuk terus menabur bakti dengan penuh integriti dan dedikasi demi ummah dan negara. Syabas!

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh Warga ILIM Kampus Lawas JAKIM.





SELAMAT HARI IBU..."Serai Serumpun Sirih SejunjungSerai Digenggeam Sirih DiikatKasih Ibu Tiada PenghujungLekat Di Hati K...
10/05/2026

SELAMAT HARI IBU...

"Serai Serumpun Sirih Sejunjung
Serai Digenggeam Sirih Diikat
Kasih Ibu Tiada Penghujung
Lekat Di Hati Ke Akhir Hayat"

Ikhlas Dari:
Pengarah &
Seluruh Warga Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM

HAK MUSLIM KE ATAS MUSLIMMaksudnya: โ€œHak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wah...
09/05/2026

HAK MUSLIM KE ATAS MUSLIM

Maksudnya: โ€œHak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: ูŠุฑุญู…ูƒ ุงู„ู„ู‡). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.โ€ [Riwayat Muslim (2162)]

8 Mei 2026- Alhamdulillah..Institut Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM berkesempatan menziarahi Penolong Pengarah Kanan (M) Us. Mohammad Shahtella di kediamannya Daerah Lawas pada 8 Mei 2026 setelah berjaya menjalani pembedahan di Hospital Limbang . Rombongan yang diketuai sendiri oleh YBhg Pengarah IKL Us. Sheikh Hadzrei Adam Seberi bersama Penolong Pengarah, Us Mohammad Syahir bin Mohammad telah menitipkan kata2 semangat dan kesabaran di atas ujian yang menimpa beliau agar terus menjaga kesihatan sepanjang cuti rehat yang diberikan. Pengarah Kanan ILIM YBhg Puan Nor Safina Zainal , turut menghubungi beliau untuk bertanya khabar dan perkembangan terkini kesihatannya serta menyampaikan salam daripada seluruh warga Institut Latihan Islam Malaysia dengan titipan doa semoga Us. Shahtella diberikan kesembuhan seperti sediakala untuk terus menabur bakti di lapangan dakwah khusunya dalam bidang latihan demi untuk Agama Bangsa dan Negara.Aamin..

P๐ซo๐ r๐šm G๐‘E๐„N๐ˆF๐˜ ๐ˆK๐‹ 2026 Siri 1.30 April 2026-PENGENALANProgram Greenify ILIM Lawas merupakan inisiatif kelestarian ala...
30/04/2026

P๐ซo๐ r๐šm G๐‘E๐„N๐ˆF๐˜ ๐ˆK๐‹ 2026 Siri 1.

30 April 2026-

PENGENALAN
Program Greenify ILIM Lawas merupakan inisiatif kelestarian alam sekitar yang dirangka untuk memupuk kesedaran warga institut terhadap kepentingan pemeliharaan ekosistem. Program ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup hijau dan pengurangan jejak karbon di premis awam. Program yang dipimpin oleh Ybhg Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM bersama Penolong Pengarah Kanan IKL ini membawa objektif seperti berikut:

1.Meningkatkan kesedaran warga ILIM Lawas mengenai kepentingan pengurusan sisa yang mampan.
2.Mengindahkan landskap kampus dengan penanaman pokok-pokok teduhan dan herba.
3.Menyokong agenda Sarawak Lestari melalui aktiviti kitar semula.

Pada program ini juga diselitkan program spiritual iaitu bacaan doa selamat khusus untuk semua kakitangan dan ibu kepada puan Rohayu yang ditimpa ujian. Doa dan harapan semua warga agar diberikan kekuatan dan semangat untuk terus berkhidmat dalam apa jua kerjaya disamping kesihatan mental dan spiritual baik dan utuh.

*๐ŸชดTanam Harapan, Tuai Kehijauan*๐Ÿƒ

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™‹๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– 2026"Terbang rendah si burung hantu,Hinggap sebentar di dahan jati;Terima kasih pekerja padu,Jasamu...
30/04/2026

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™‹๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– 2026

"Terbang rendah si burung hantu,Hinggap sebentar di dahan jati;Terima kasih pekerja padu,Jasamu besar, tulus berbakti."

Tulus Ikhlas:
Pengarah
Warga Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM


โœจ BICARA MADANI KALI KE-16: โ€œMENYULAM IMANโ€ โœจPada 24 April 2026, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, JA...
29/04/2026

โœจ BICARA MADANI KALI KE-16: โ€œMENYULAM IMANโ€ โœจ

Pada 24 April 2026, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, JAKIM telah menganjurkan program Bicara Madani Kali Ke-16: โ€œMenyulam Imanโ€ yang berlangsung di ILIM Kampus Lawas, Sarawak.
Program ini berjaya menghimpunkan seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada warga ILIM Kampus Lawas, kader JAKIM serta kakitangan syarikat swasta. Dalam suasana yang kondusif dan interaktif, para peserta didedahkan dengan pengisian yang menyentuh dimensi rohani dan praktikal, ke arah memperkukuh penghayatan iman dalam kehidupan seharian. Antara pengisian program ini ialah
slot ceramah yang telah disampaikan dengan penuh inspirasi oleh Ustaz Haji Mohammad Ikram bin Jamil, Pegawai Agama Islam Daerah Lawas, yang mengupas kepentingan membina kekuatan dalaman berasaskan keimanan serta meneladani daya tahan para Nabi dan Rasul dalam mendepani cabaran masa kini. Program turut diperkaya dengan sesi Bedah Buku oleh Ustaz Mohamad Syahir bin Mohamad yang membuka ruang refleksi intelektual dan penghayatan ilmu secara lebih mendalam.
Pada akhir majlis, amanat penuh makna telah disampaikan oleh YBhg Pengarah Kampus, En. Sheikh Hadzrei Adam Seberi dengan penegasan terhadap kepentingan kesinambungan ilmu, pengukuhan integriti serta pembinaan sahsiah Muslim yang seimbang dan holistik. Pada masa yang sama juga, seluruh warga Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM telah berganding bahu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban Ibu Puan Rohayu yang menjalani rawatan mata di Kota Kinabalu dan disampaikan oleh YBhg Pengarah Kampus IKL..Semoga usaha kecil ini mengukuhkan lagi nilai kekeluargaan dalam erti kata pepatah melayu "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat" selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM (HIBAH DAN WASIAT)๐Ÿ“… 15 April 2026๐Ÿ“ ILIM Kampus Lawas, JAKIMInstitut Latihan Islam Malay...
21/04/2026

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM (HIBAH DAN WASIAT)

๐Ÿ“… 15 April 2026
๐Ÿ“ ILIM Kampus Lawas, JAKIM
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas JAKIM terus komited memperkasa kompetensi penjawat awam melalui penganjuran Kursus Pengurusan Kewangan Islam (Hibah dan Wasiat) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 15 April 2026. Kursus ini telah menghimpunkan seramai 45 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) serta kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan konsep hibah dan wasiat di samping menganalisis isu-isu semasa dalam pengurusan harta orang Islam serta kaedah penyelesaian yang berkesan menurut perspektif syariah dan perundangan.
Penceramah bertauliah dalam pengurusan kewangan iaitu Tuan Haji Musapir bin Abdullah, Pengurus Lembaga Tabung Haji Cawangan Limbang, yang telah menyampaikan perkongsian meliputi:
๐Ÿ”น Konsep Pengurusan Kewangan Islam
๐Ÿ”น Pengenalan rukun, syarat serta prosedur hibah dan wasiat
๐Ÿ”น Undang-undang dan institusi berkaitan pengurusan harta orang Islam.

Majlis penutup kursus turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah oleh Puan Melaini binti Untong, Penolong Ketua Unit Latihan.
Adalah diharapkan agar program seumpama ini dapat melahirkan pegawai yang lebih kompeten, berintegriti serta berupaya menguruskan hal ehwal kewangan Islam dengan lebih sistematik dan berkesan demi kesejahteraan ummah.

SELAMAT DATANG KE Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM  Kampus Lawas, JAKIM. Pengarah & Seluruh Kakitangan merakamkan ...
17/04/2026

SELAMAT DATANG KE Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM.

Pengarah & Seluruh Kakitangan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada En. Mohammad Shahtella bin Montel, Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S10 (M) atas penempatan baharu di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lawas JAKIM berkuat kuasa 16 April 2026. Semoga terus suksess dan bersemangat untuk menabur bakti kepada Ummah.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga
ILIM Kampus Lawas, JAKIM.

โ€œMEMACU INOVASI PENDIDIKAN MELALUI AIโ€Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, JAKIM terus melangkah ke hada...
14/04/2026

โ€œMEMACU INOVASI PENDIDIKAN MELALUI AIโ€

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, JAKIM terus melangkah ke hadapan dengan penganjuran Kursus Artificial Intelligence (AI) โ€“ High Tech and High Touch PdP pada 11 hingga 12 April 2026 (Sabtu hingga Ahad) di Auditorium Pusat Kecemerlangan Pendidikan Daerah Limbang.
Selari dengan keperluan pendidikan digital masa kini, seramai 50 orang Guru KAFA Daerah Limbang telah menyertai kursus ini yang menjadi platform pemerkasaan kemahiran abad ke-21.
Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada konsep asas AI Generatif, malah berpeluang meneroka penggunaan teknologi terkini seperti Gemini AI, NotebookLM dan pelbagai alat inovatif lain dalam menghasilkan bahan PdP yang lebih kreatif, interaktif dan berimpak tinggi.
Melalui pendekatan high tech and high touch, peserta turut menguasai teknik pembinaan prompt yang berkesan serta kaedah mengintegrasikan platform seperti Gemini AI ke dalam bilik darjah. Hasilnya, pengajaran bukan sahaja menjadi lebih efisien, malah mampu menarik minat dan meningkatkan kefahaman murid secara menyeluruh.
Kursus ini telah dikendalikan dengan penuh berkesan oleh penceramah berpengalaman, iaitu Encik Mohd Shahrol bin Matrimau dari Pejabat Pendidikan Daerah Limbang yang berjaya menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada para peserta untuk meneroka dunia AI dalam pendidikan.
Diharapkan agar para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh bagi mentransformasikan kaedah pengajaran ke arah lebih inovatif, kreatif dan relevan. Pengintegrasian AI dalam PdP diyakini mampu melahirkan generasi pendidik yang progresif serta berdaya saing dalam era digital, seterusnya memperkukuh kualiti pendidikan KAFA secara holistik.

Address

Lot 1488, Lawas Land District

98850

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share