05/05/2026
PROGRAM RAKAN PRIHATIN 2026 GERAK MOBILISASI SUKARELAWAN DI HULU TERENGGANU
HULU TERENGGANU, 4 Mei 2026 (Isnin) – Satu program berteraskan kesukarelawanan dan kebajikan, Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana) telah berlangsung pada 4 Mei 2026.
Inisiatif ini bertujuan menggerakkan belia sebagai sukarelawan dalam membantu komuniti setempat, khususnya dalam aspek sosial serta kesiapsiagaan menghadapi situasi pasca bencana. Ia juga menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, empati dan keprihatinan dalam kalangan peserta.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk sukaneka kanak-kanak, program penjagaan kendiri kanak-kanak, serta aktiviti kemahiran asas yang memberi manfaat kepada perkembangan fizikal dan sosial golongan muda.
Penganjuran Program Rakan Prihatin ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat selain melahirkan sukarelawan muda yang berdaya saing, berjiwa prihatin dan bersedia menyumbang kepada negara.
Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Suriani binti Abdullah @ Dollah, Pegawai KEMAS Daerah Hulu Terengganu, Turut Hadir Puan Nurqalina binti Nani, Pegawai Pembangunan Sukarelawan Rakan Muda, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut serta Encik Zakaria bin Talib, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Desa DUN Ajil.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kemas Daerah Hulu Terengganu, Kolej Vokasional Kuala Berang, Tabika KEMAS, Kelab Rakan Muda Hulu Terengganu seterusnya para sukarelawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Rakan Muda