06/03/2026
NOTIS KESELAMATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari rantau Asia Barat yang telah terjejas akibat ancaman keselamatan semasa.
Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sedang menyelaras usaha bersama Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara yang terlibat bagi memastikan rakyat Malaysia dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.
Pada masa yang sama, kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di Arab Saudi turut menjadi keutamaan Kerajaan Malaysia. Dalam hal ini, Kerajaan turut memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi atas pilihan sendiri (voluntary evacuation).
Proses evakuasi ini adalah bersifat sehala (one-way) dari Riyadh ke Kuala Lumpur dan disediakan khusus bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air berikutan situasi semasa.
Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengambil kira keutamaan bagi rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung akibat ancaman keselamatan semasa.
Oleh itu, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh memohon agar rakyat Malaysia di Arab Saudi kekal tenang, tidak panik dan sentiasa peka kepada sebarang komunikasi yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan dan pihak berkuasa tempatan dari masa ke semasa.
Untuk rakyat Malaysia di Arab Saudi yang menetap di Riyadh dan Wilayah Timur Arab Saudi dan memilih untuk menyertai evakuasi ini, mohon ambil tindakan berikut:
1. Semakan dengan Majikan
Bagi Rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dan pemegang “Iqamah” (Residen ID), anda dinasihatkan untuk menyemak terma kontrak pekerjaan terlebih dahulu dan mendapat kebenaran dari majikan sebelum membuat keputusan untuk menyertai evakuasi ini.
2. Pendaftaran
Sila maklumkan kesediaan anda untuk pulang kepada pihak Kedutaan. Pemakluman hendaklah dibuat melalui pautan yang disediakan oleh pihak Kedutaan seperti berikut: (https://forms.gle/kAXxeQHE94gCsjsD8)
3. Dokumen Perjalanan
Sila pastikan pasport anda masih sah dan semua urusan dokumentasi yang lain seperti visa exit/re-entry adalah lengkap.
Maklumat lanjut berhubung proses evakuasi ini akan dimaklumkan oleh pihak Kedutaan dalam masa terdekat.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: +966 56 300 6319 (kecemasan sahaja)
Emel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI RIYADH
6 MAC 2026