28/05/2026
此前制衡方所提出的问题,并非为了“政治化”有关课题,更不是所谓的“蓄意破坏”。相反,这些都是来自基层人民的真实声音与反馈,反映他们在领取援助过程中面对人潮拥挤、长时间等候、引发不便以及资讯混乱等问题。
KENYATAAN MEDIA
Saya menyambut baik pengumuman serta langkah penambahbaikan yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor berhubung pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4.
Langkah ini membuktikan bahawa sistem penyampaian BKJ sememangnya masih mempunyai ruang untuk ditambah baik demi memastikan proses agihan bantuan lebih teratur, cepat dan mesra rakyat, khususnya melibatkan warga emas, OKU serta golongan berpendapatan rendah.
Isu yang dibangkitkan sebelum ini bukan bertujuan untuk “mempolitikkan” bantuan ataupun melakukan sabotaj. Sebaliknya, ia merupakan suara dan maklum balas sebenar daripada rakyat di lapangan yang berdepan kesesakan, tempoh menunggu yang panjang serta kekeliruan semasa proses penyerahan bantuan.
Apabila kerajaan sendiri kini mengumumkan pelbagai langkah penambahbaikan seperti penambahan kaunter, lanjutan tempoh operasi dan penyusunan semula proses agihan, ia jelas menunjukkan bahawa teguran serta cadangan yang dikemukakan oleh Pihak Pengimbang sebelum ini memang berasas dan wajar diberi perhatian.
Yang paling penting, kebajikan rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan. Segala kelemahan dalam sistem penyampaian perlu diperbaiki secara terbuka dan matang, bukannya menuding jari atau menyalahkan pihak lain semata-mata.
Di sini, saya sekali lagi mengulangi dua cadangan penambahbaikan mekanisme pengagihan BKJ secara mampan dan sistematik seperti yang pernah dibangkitkan dalam sidang Dewan Negeri:
1. Menggunakan laman portal rasmi BKJ sebagai pusat sehenti bagi urusan pendaftaran, pengemaskinian maklumat, semakan status permohonan serta hebahan informasi rasmi.
2. Melaksanakan pembayaran BKJ secara pengkreditan terus ke akaun bank pemohon bagi memastikan proses agihan lebih cepat, tersusun dan mesra rakyat.
Saya berharap segala penambahbaikan yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memastikan rakyat menerima bantuan dalam keadaan yang lebih selesa, mudah dan tidak menyusahkan rakyat.
YB Wong Bor Yang
ADUN Senai
28 Mei 2026
中文版:
我欢迎柔佛州务大臣拿督翁哈菲兹,针对第四阶段“柔佛关爱援助金”(BKJ)所宣布的各项改善措施与调整。
这也证明,BKJ的发放机制确实仍有改善空间,以确保援助金发放过程更加有秩序、更快捷及更亲民,尤其是涉及乐龄人士、残障人士(OKU)及低收入群体。
此前制衡方所提出的问题,并非为了“政治化”有关课题,更不是所谓的“蓄意破坏”。相反,这些都是来自基层人民的真实声音与反馈,反映他们在领取援助过程中面对人潮拥挤、长时间等候、引发不便以及资讯混乱等问题。
如今,州政府宣布增加柜台、延长运作时间以及重新调整发放流程等改善措施,也清楚显示此前所提出的意见与建议,确实有其依据,和需要获得重视。
最重要的是,州政府人民福祉必须永远摆在首位。任何制度上的不足,执政方都应以开放及成熟的态度进行改善,而不是一味指责或将责任推卸给他人。
在此,我再次重申此前曾在州议会提出的两项改善建议,希望州政府能以一劳永逸方式,建立可持续性的援助发放机制:
1. 将BKJ官方网站,作为申请、资料更新、申请状态查询及官方资讯发布的统一平台。
2. 通过直接汇款方式,将BKJ援助金直接汇入申请者银行户头,以确保发放过程更加快捷、有序及方便人民。
我希望州政府所宣布的各项改善措施能够有效落实,让人民能够在更舒适、更便利及不再折腾人民的情况下领取援助。
黄勃扬
士乃州议员
2026年5月28日
#为民请命