JKR Daerah Yan Kedah

JKR Daerah Yan Kedah Facebook Rasmi JKR Daerah Yan.Kami bersedia memberikan khidmat TERBAIK kepada anda. Jabatan Kerja Raya Daerah Yan

PELAWAAN SEBUT HARGA BAGI SESI – 2 (2026) JKR DAERAH YAN,KEDAH (PERUNTUKAN PERSEKUTUAN) KEPADA KONTRAKTOR YANG BERKELAYA...
10/05/2026

PELAWAAN SEBUT HARGA BAGI SESI – 2 (2026) JKR DAERAH YAN,
KEDAH (PERUNTUKAN PERSEKUTUAN) KEPADA KONTRAKTOR YANG BERKELAYAKAN DI NEGERI KEDAH (G3 DAN G4)

TARIKH IKLAN : 10.05.2025 (AHAD)
TEMPOH JUAL : 17.05.2026 (AHAD) HINGGA 24.05.2025 (AHAD)
TUTUP IKLAN : 25.05.2026 (ISNIN)

TARIKH TAKLIMAT TAPAK : 17.05.2026 (AHAD)
LOKASI TAKLIMAT : PEJABAT JKR DAERAH YAN,
MASA TAKLIMAT : 8:30 PAGI

LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. HANYA PEMILIK DAN PENAMA LESEN SAHAJA DIBENARKAN MENGHADIRI TAKLIMAT. WAKIL SYARIKAT TIDAK DIBENARKAN. KONTRAKTOR DIKEHENDAKI MEMBAWA PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK), KAD PENGENALAN, SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TCC) BESERTA COP SYARIKAT UNTUK PROSES PENDAFTARAN.

SELEPAS TAKLIMAT, KONTRAKTOR HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN PEMBAYARAN SEPERTI DI LINK YANG BERIKUT:-

1. PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 :
PEMBINAAN 2 BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA, YAN, KEDAH DARUL AMAN - JKR(Y)SH/P/02/2026
https://forms.gle/EFujNPfmAbFWH3F26
G3

2. PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN SATU SESI 2027: PEMBINAAN 2 BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JERAI, YAN, KEDAH -
JKR(Y)SH/P/03/2026
https://forms.gle/GMuX23e2kn7Hx1t56
G3

3. PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 6 BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 4, GURUN, KEDAH DARUL AMAN -
JKR(Y)SH/P/04/2026
https://forms.gle/Jrfk7ixUoYKgH3CL9
G4

CARA BAYARAN JOMPAY:
• Harga Dokumen : RM 50.00
• Biller Code : 435784
• Reference 1 : JKR(Y)SH/P/01/2026 atau JKR(Y)SH/P/03/2026 atau JKR(Y)SH/P/04/2026
• Reference 2 : Nama Syarikat untuk diisi oleh penyebut harga. (Contoh : Syarikat ABC Sdn. Bhd.)

SUMBER : ICT JKR Daerah Yan

# Kementerian Kerja Raya Malaysia
# JKR Kedah
# Cidb Kedah
# PKK KEDAH






UCAPAN SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2026Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan...
01/05/2026

UCAPAN SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2026

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pekerja atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen berterusan dalam memacu pembangunan serta kesejahteraan negara.

Semoga dedikasi dan usaha murni yang dicurahkan terus diberkati dan menjadi pemangkin kecemerlangan perkhidmatan awam.

“Pekerja Tonggak Kemajuan Negara”

Ikhlas daripada
Jabatan Kerja Raya Daerah Yan

Sumber: ICT JKR Daerah Yan








26 April 2026 (Ahad) – PROGRAM BRISKWALK KE ARAH MELAHIRKAN WARGA JKR YAN YANG SIHAT DAN CERGASProgram ini telah berlang...
26/04/2026

26 April 2026 (Ahad) – PROGRAM BRISKWALK KE ARAH MELAHIRKAN WARGA JKR YAN YANG SIHAT DAN CERGAS

Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi, bermula dari Perkarangan JKR Daerah Yan menuju ke Jalan Pantai Murni, Yan, Kedah. Laluan yang dipilih menawarkan suasana persekitaran yang nyaman dan kondusif, sekali gus sesuai untuk aktiviti riadah.

Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JKR Daerah Yan, di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Selain itu, ia turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan kakitangan. Aktiviti briskwalk seperti ini diharapkan dapat membudayakan amalan riadah secara konsisten dalam kehidupan seharian.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf atas komitmen serta penglibatan yang amat memberangsangkan dalam menjayakan program ini. Diharapkan semangat positif ini akan terus dikekalkan dan diperkukuh dalam penganjuran aktiviti-aktiviti akan datang.

Sumber: https://jkr.kedah.gov.my/yan/2026/04/26/program-briskwalk-ke-arah-melahirkan-warga-jkr-yan-yang-sihat-dan-cergas-2/








19 April 2026 (Ahad) – PROGRAM BRISKWALK KE ARAH MELAHIRKAN WARGA JKR YAN YANG SIHAT DAN CERGASProgram ini telah berlang...
20/04/2026

19 April 2026 (Ahad) – PROGRAM BRISKWALK KE ARAH MELAHIRKAN WARGA JKR YAN YANG SIHAT DAN CERGAS

Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Pantai Murni, Yan, Kedah yang menawarkan suasana persekitaran yang nyaman dan sesuai untuk aktiviti riadah.

Program ini diadakan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JKR Daerah Yan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kekitaan antara kakitangan. Aktiviti seperti briskwalk ini diharapkan dapat menjadi platform untuk membudayakan aktiviti riadah secara berterusan dalam kehidupan seharian.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf yang telah memberikan komitmen serta penglibatan yang amat baik dalam menjayakan program ini. Semoga semangat positif ini dapat diteruskan dalam aktiviti-aktiviti akan datang.

Sumber : https://jkr.kedah.gov.my/yan/2026/04/20/program-briskwalk-ke-arah-melahirkan-warga-jkr-yan-yang-sihat-dan-cergas/








27/03/2026

LAWATAN KERJA OLEH TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA YB DATUK SERI DR. AHMAD MASLAN KE PROJEK MASJID TERAPUNG DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN

27/03/2026
27/03/2026
LAWATAN KERJA OLEH TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA YB DATUK SERI DR. AHMAD MASLAN KE PROJEK MASJID TERAPUNG DAERAH YAN, KEDA...
27/03/2026

LAWATAN KERJA OLEH TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA YB DATUK SERI DR. AHMAD MASLAN KE PROJEK MASJID TERAPUNG DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN

YAN, 27 MAC 2026 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Masjid Terapung di Daerah Yan bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek tersebut.

Projek ini kini berada pada peringkat akhir pelaksanaan dengan kemajuan fizikal mencapai 98.6%, sekali gus menunjukkan pembinaan ini hampir siap sepenuhnya.

Projek yang dilaksanakan di bawah seliaan Pegawai Penguasa, Jurutera Daerah JKR Daerah Yan ini melibatkan kos anggaran sebanyak RM12.9 juta. Pembinaannya bertujuan menyediakan kemudahan ibadah yang selesa, selamat dan berkualiti kepada masyarakat setempat dengan kapasiti kira-kira 1,200 jemaah pada satu-satu masa. Selain itu, masjid ini juga berpotensi menjadi tarikan baharu serta lokasi persinggahan bagi para pelancong untuk menunaikan ibadah di Daerah Yan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah Kerja Raya Negeri Kedah, YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail; Jurutera Daerah Yan, YBrs. Ir. Norashikin binti Haron; serta pegawai-pegawai kanan JKR Malaysia, JKR Negeri Kedah dan wakil agensi berkaitan.

Untuk makluman, projek ini sebelum ini telah melalui fasa penamatan kontrak pada tahun 2021 berikutan isu pelaksanaan. Walau bagaimanapun, kesinambungan projek berjaya diteruskan melalui pelantikan kontraktor penyiap, Maju Merge Resources Sdn. Bhd. pada tahun 2023. Sehingga kini, kerja-kerja pembinaan dipantau secara rapi bagi memastikan pematuhan terhadap spesifikasi serta standard kualiti yang ditetapkan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga JKR Daerah Yan serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan teratur dan lancar.

Sumber: https://jkr.kedah.gov.my/yan/2026/03/27/lawatan-kerja-oleh-timbalan-menteri-kerja-raya-tmkr-ke-projek-masjid-terapung-daerah-yan-kedah-darul-aman/








Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙✨Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam dan semua yang men...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam dan semua yang mengenali warga JKR Daerah Yan.

Selamat pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhemah dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai integriti dalam setiap amanah.

Ikhlas daripada
Jurutera Daerah dan
Warga JKR Daerah Yan

Maaf Zahir & Batin 🤍

Sumber : https://jkr.kedah.gov.my/yan/2026/03/19/selamat-hari-raya-aidilfitri-1447h-%f0%9f%8c%99%e2%9c%a8/









12 Mac 2026 (Khamis)-Program Bubur Lambuk Peringkat JKR Daerah Yan Tahun 2026Masa    : 10.00 pagiTempat : Stor Guar Chem...
16/03/2026

12 Mac 2026 (Khamis)-
Program Bubur Lambuk Peringkat JKR Daerah Yan Tahun 2026
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Stor Guar Chempedak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan

Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga JKR Daerah Yan serta memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan melalui aktiviti penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada kakitangan serta masyarakat setempat.

SUMBER : Kelab Sukan JKR Daerah Yan








Address

Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Yan
Yan
06900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044657313

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Daerah Yan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Daerah Yan Kedah:

Share