19/05/2026
PROGRAM BRISK WALK YAN LESTARI 2026
Pada 17 Mei 2026 (Ahad), telah berlangsung Program Brisk Walk Yan Lestari 2026 bertempat di Pelantaq, Kedah Sungai Udang bermula jam 7.30 pagi. Program ini dianjurkan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang turut disediakan jamuan ringan berupa mineral dan roti. Seterusnya, bacaan doa telah dipimpin oleh Penghulu Mokhairudin Mohamad sebelum ucapan alu-aluan disampaikan oleh YBhg. Tuan Ahmad Fuad Bin Che Ani @ Abd Ghani, Pegawai Daerah Yan. Program diteruskan dengan sesi warming up yang dikendalikan oleh En. Rabbani Mohtar dari MSD Yan sebelum acara brisk walk dimulakan. Para peserta menunjukkan semangat dan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti berlangsung. Turut hadir bersama Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan Puan Adila binti Ahmad dan ahli-ahli PUSPANITA yang sama-sama memeriahkan program tersebut.
Selain itu, turut diadakan Program Lawatan Khas yang melibatkan beberapa agensi antaranya Pejabat Daerah, Penghulu, PUSPANITA, AADK, BSMM dan pihak pemadam. Lawatan ini melibatkan penyerahan bantuan kepada penduduk yang memerlukan, lawatan ke rumah mangsa ribut, ziarah kebajikan serta kunjungan ke beberapa perusahaan kecil tempatan seperti pengusaha laksa, ikan kering dan bahulu.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif penganjuran iaitu memupuk semangat kebersamaan komuniti, mendekati masyarakat melalui aktiviti kebajikan serta mempromosikan perusahaan kecil tempatan bagi meningkatkan ekonomi komuniti daerah Yan. Program berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta dan penduduk setempat.