PD Kg Sg Udang Yan Kedah

PD Kg Sg Udang Yan Kedah “Perpustakaan Desa sebagai sumber informasi, rekreasi dan tempat masyarakat belajar sepanjang hayat”

✨ Kreativiti dan inovasi merupakan kunci penting dalam membentuk pemikiran yang progresif dan berdaya saing.Melalui krea...
20/04/2026

✨ Kreativiti dan inovasi merupakan kunci penting dalam membentuk pemikiran yang progresif dan berdaya saing.
Melalui kreativiti, kita mampu menghasilkan idea baharu, manakala inovasi p**a membantu kita menambah baik sesuatu agar lebih efektif dan bermakna. 💡
📢 KUIZ HARI KREATIF & INOVATIF
Jom uji tahap pemikiran anda! 🧠✨






17/04/2026

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia akan melancarkan Kempen Jom Baca 10 Minit pada 23 April 2026 sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Bagi tahun ini, kempen ini mengangkat tema “Membaca Membina Bangsa”, selari dengan aspirasi kerajaan dalam usaha memperkukuh pembinaan negara bangsa melalui pembudayaan ilmu dan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.




15/04/2026
14/04/2026
📚 MASIH ADA YANG MALAS MEMBACA? 📚Buku adalah kunci ilmu…tapi hari ini, ramai lebih pilih scroll daripada membaca 😐Realit...
12/04/2026

📚 MASIH ADA YANG MALAS MEMBACA? 📚
Buku adalah kunci ilmu…
tapi hari ini, ramai lebih pilih scroll daripada membaca 😐
Realitinya…
Ramai nak berjaya, tapi tak sanggup luangkan masa untuk membaca.
Persoalannya… 🤔
Bila kali terakhir anda habiskan sebuah buku?
Jom uji diri anda melalui kuiz ini 👇
Adakah anda benar-benar cintakan ilmu atau sekadar kata-kata?
📌 Jawab soalan kuiz di bawah
💬 Tulis jawapan di ruangan komen
👍 LIKE kalau anda memang kaki baca
🔁 SHARE kalau anda nak lebih ramai kembali minat membaca
‼️ Ilmu tak datang sendiri…
kalau bukan kita yang cari, kita akan terus ketinggalan.









🇲🇾 KUAT KE SEMANGAT RUKUN NEGARA KITA? 🇲🇾“Keluhuran Perlembagaan” bukan sekadar ayat untuk dihafal…tetapi undang-undang ...
12/04/2026

🇲🇾 KUAT KE SEMANGAT RUKUN NEGARA KITA? 🇲🇾
“Keluhuran Perlembagaan” bukan sekadar ayat untuk dihafal…
tetapi undang-undang tertinggi negara yang wajib dihormati.
Realitinya… 😐
Ramai yang bangga jadi rakyat Malaysia,
tapi berapa ramai benar-benar faham Perlembagaan?
Jom uji diri anda sekarang 👇
Jangan sekadar tahu sebut, tapi kosong penghayatan.
📌 Jawab soalan kuiz di bawah
💬 Tulis jawapan di ruangan komen
👍 LIKE kalau anda benar-benar faham
🔁 SHARE kalau anda nak lebih ramai celik Perlembagaan
‼️ Kalau kita sendiri tak faham asas negara…
macam mana nak pertahankan masa depan? 🇲🇾








🌍 JOM UJI PENGETAHUAN ANDA SEMPENA HARI BUMI! 🌱Bumi ini bukan sekadar tempat kita hidup…ia adalah amanah yang perlu kita...
12/04/2026

🌍 JOM UJI PENGETAHUAN ANDA SEMPENA HARI BUMI! 🌱
Bumi ini bukan sekadar tempat kita hidup…
ia adalah amanah yang perlu kita jaga bersama 💚
Namun persoalannya… 🤔
Sejauh mana kita benar-benar cakna tentang penjagaan alam sekitar?
Jom uji diri anda melalui kuiz ringkas ini!
Tengok sama ada anda seorang yang mesra bumi atau belum 😉
📌 Cuba jawab soalan kuiz di bawah
💬 Tulis jawapan anda di ruangan komen
👍 LIKE jika anda sayangkan bumi
🔁 SHARE supaya lebih ramai sedar kepentingan menjaga alam sekitar
‼️ Jangan lupa… tindakan kecil hari ini mampu selamatkan bumi kita esok 🌏✨










12/04/2026

Selamat menyambut Perayaan Songkran kepada seluruh rakyat Malaysia daripada etnik Siam. Perayaan ini merupakan lambang kegembiraan, kesyukuran dan permulaan baharu yang diraikan bersama keluarga dan komuniti.

Di Malaysia, kita berbangga kerana mempunyai kira-kira 70,000 rakyat daripada etnik Siam yang menjadi sebahagian daripada wajah kepelbagaian negara ini.

Sesungguhnya, Malaysia berdiri megah atas kekuatan kepelbagaian lebih 200 etnik dan subetnik yang wujud di negara ini. Kepelbagaian ini bukan satu cabaran, tetapi merupakan aset besar negara yang perlu dipelihara dan dimartabatkan. Setiap etnik membawa bersama sejarah, nilai, bahasa dan tradisi yang unik dan semuanya menyumbang kepada pembinaan sebuah negara yang dinamik, berwarna-warni dan berjiwa besar.

Setiap komuniti, tanpa mengira jumlah atau latar belakang, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan hinggalah kepada kebudayaan, semua etnik telah menyumbang tenaga, idea dan pengorbanan. Justeru, kita harus terus menghargai, mengiktiraf dan mengangkat martabat setiap etnik ini sebagai sebahagian daripada nadi kekuatan Malaysia. Kerana apabila satu komuniti diperkasa, seluruh negara akan turut maju ke hadapan.

Kepelbagaian etnik di Malaysia merupakan asas kepada kekuatan perpaduan nasional. Ia membuka ruang untuk kita saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Dalam perbezaan, kita belajar nilai toleransi, dalam kepelbagaian kita temui kekuatan, dan melalui kebersamaan kita bina masa depan yang lebih stabil dan harmoni.

Dalam konteks Negara Bangsa, perkongsian identiti menjadi teras utama dalam menyatukan rakyat Malaysia. Walaupun kita berbeza dari segi budaya, bahasa dan kepercayaan, kita berkongsi satu identiti yang sama sebagai rakyat Malaysia berlandaskan nilai saling hormat, semangat kebersamaan dan komitmen terhadap keamanan serta kemajuan negara. Inilah yang mengikat kita sebagai satu bangsa yang utuh, di mana kepelbagaian bukan memisahkan, tetapi menyatukan.

Selamat menyambut Perayaan Songkran.

08/04/2026

Kira Detik 1 Hari Lagi

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Timur akan diadakan mulai 9 hingga 11 April 2026 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan

Pelbagai aktiviti menarik antaranya Unity Fun Walk, Rumah Kami, Bicara Perpaduan, Food Unites, Karnival Ekonomi RT Progresif, Jualan Rahmah dan Sukan Rakyat.

Pakat mari belako wehhh adik kakok!

Masuk Percuma!!!!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
Perpaduan Kelantan
KELANTANfm





Address

Kampung Keda Sungai Udang
Yan
06900

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Sg Udang Yan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share