Sprm Terengganu

Sprm Terengganu No Siri 2019/FB/TGANU/06

Penafian:SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau

31/05/2026
Hari ini SPRM Terengganu kehilangan seorang Pegawai Wanita yang amat berdedikasi iaitu Pemangku Penguasa Kanan Nur Athik...
25/05/2026

Hari ini SPRM Terengganu kehilangan seorang Pegawai Wanita yang amat berdedikasi iaitu Pemangku Penguasa Kanan Nur Athikah bt Aziz yang telah dinaikkan Pangkat serta bertukar ke SPRM Kedah.Tahniah diucapkan Dari kami warga SPRM Terengganu,Semoga Puan Athikah maju jaya Dan tidak lupakan kami disini.

KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) NEGERI TERENGGANU KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) ...
21/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) NEGERI TERENGGANU KE SURUHANJAYA
PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 21 MEI 2026 – SSM Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Terengganu hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah SSM Negeri Terengganu, Md Rafiza Ab Derani telah disambut oleh Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara SSM dengan SPRM bagi merancang aktiviti penguatkuasaan bersama dan 'data matching' bagi tahun 2026. Antara intipati lain yang turut dibincangkan adalah Akta yang dikawalselia SSM, produk dan perkhidmatan, program untuk meningkatkan integriti dan bebas rasuah oleh pekerja melalui ceramah dalaman dan ikrar bebas rasuah.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu, PKPj Geoffrey Tawayan, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, PKPj Suryani binti Ali, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu, Ps Nur Mahirah binti Mohd Pauzi, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Terengganu, Hj Adam bin Mamat dan Ketua Unit Sumber Korporat SSM Terengganu, Puan Hanim Abdul Hamid.

20/05/2026

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah...

20/05/2026

Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah hampir RM3,000, tahun lalu....

Address

Wilayah Persekutuan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sprm Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sprm Terengganu:

Share