Terengganu State Parks

Terengganu State Parks Terengganu State Parks Management Council

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 diucapkan kepada seluruh umat Islam.Aidiladha terus mengingatkan kita bahawa ni...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha terus mengingatkan kita bahawa nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat memberi adalah asas kepada kesejahteraan ummah. Dalam setiap ibadah korban yang dilaksanakan, tersirat makna kepatuhan, solidariti dan kasih sayang sesama insan.

Semoga segala amal ibadah korban kita pada tahun ini diterima, diberkati dan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan. Aamiin


Selamat Menyambut Hari Arafah 2026.Semoga kita semua dikurniakan keampunan, kesejahteraan dan rahmat yang berpanjangan. ...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Arafah 2026.

Semoga kita semua dikurniakan keampunan, kesejahteraan dan rahmat yang berpanjangan.

🌿🎨 PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KENYIR RANGERS 🎨🌿Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin mempelawa se...
25/05/2026

🌿🎨 PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KENYIR RANGERS 🎨🌿

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang kreatif dan berbakat untuk menyertai pertandingan mencipta Logo Rasmi Kenyir Rangers!

📌 Tema:
Pasukan Penguatkuasa di landskap Tasik Kenyir

🏆 Hadiah Menarik Menanti Anda!
🥇 Tempat Pertama — RM2,500
🥈 Tempat Kedua — RM1,000
🥉 Tempat Ketiga — RM500
🎖️ Hadiah Saguhati — RM100 seorang (Tempat ke-4 hingga ke-8)

📅 Tempoh Pertandingan:
25 Mei 2026 – 3 Jun 2026

📥 Penyertaan hendaklah dihantar dalam format:
✅ .PNG / .JPEG
✅ Berserta fail asal (.PSD / .AI)

📧 Hantarkan pautan Google Drive penyertaan anda ke:
[email protected]

⚠️ Pastikan logo yang dihasilkan adalah asli, kreatif dan menepati identiti pasukan penguatkuasa di landskap Tasik Kenyir.

✨ Tunjukkan kreativiti anda dan jadilah sebahagian daripada identiti rasmi Kenyir Rangers!

Tertakluk kepada Syarat & Terma Penyertaan.

❗️❗️Notis Penutupan Operasi❗️❗️Pihak Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin memaklumkan berkaitan penutu...
23/05/2026

❗️❗️Notis Penutupan Operasi❗️❗️
Pihak Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin memaklumkan berkaitan penutupan operasi di Taman Negeri Setiu Wetlands (Boardwalk Setiu), Taman Negeri Kenyir, Taman Negeri Pulau Tenggol dan Pulau Bidong bermula pada 26 hingga 28 Mei Mei 2026 bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) telah melaksanakan Kerja-kerja Pemuliharaan di Taman Negeri Setiu Wetla...
23/05/2026

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) telah melaksanakan Kerja-kerja Pemuliharaan di Taman Negeri Setiu Wetlands sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh pemuliharaan ekosistem pesisir dan biodiversiti kawasan tanah lembap.

Aktiviti yang dilaksanakan secara mingguan telah ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir MPTN (Biodiversiti & Penyelidikan) dengan penglibatan kakitangan MPTN, Pembantu Penguatkuasa TNSW serta Renjer Komuniti TNSW.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk penyemaian anak benih bakau, penanaman pokok di kawasan terosot, penyemaian anak pokok rhu, penggantian tali plot yang rosak, penyulaman semula pokok bakau, penanaman rumput di laluan pejalan kaki, penyiraman pokok, penandaan spesies serta pemantauan kawasan yang bersesuaian untuk aktiviti penanaman akan datang.

Usaha pemuliharaan ini akan diteruskan secara berkala sebagai langkah memperkukuh pemuliharaan habitat pesisir serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk bersama-sama memelihara dan melindungi ekosistem pantai melalui penglibatan aktif dalam aktiviti pemuliharaan demi mewujudkan persekitaran yang lestari untuk generasi akan datang.

19 Mei 2026 - YM Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang turu...
20/05/2026

19 Mei 2026 - YM Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang turut menjalankan tugas sebagai Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Madya Dr. Muhamad Fazil Bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Bakat), Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Bilik Mesyuarat MPTN.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara dua pihak dalam mengetengahkan usaha pemuliharaan biodiversiti, pengurusan kawasan perlindungan dan inisiatif kelestarian alam sekitar yang dilaksanakan di negeri Terengganu.

Sesi ini turut membincangkan berkaitan pencalonan Anugerah Langkawi Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) bagi sesi 2025/2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha berterusan pelbagai pihak dalam memelihara khazanah alam semula jadi serta memperkasa agenda pembangunan lestari di peringkat nasional dan global.

Turut hadir sama adalah Encik Mohamad Bin Hussin, Penolong Pendaftar, Kampus Besut, UniSZA dan Dr. Nadiawati binti Alias, Ketua Bahagian Akademik, Kampus Besut, UniSZA.

Dalam usaha memperkukuh pemuliharaan khazanah alam semula jadi Pulau Bidong, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (...
19/05/2026

Dalam usaha memperkukuh pemuliharaan khazanah alam semula jadi Pulau Bidong, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) telah menganjurkan satu Bengkel Pelan Pengurusan Biodiversiti Pulau Bidong yang diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu.

Bengkel tersebut yang dirasmikan oleh YM Dato’ Tengku Mohd Arifin Bin Tengku A. Rahman, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (yang juga turut menjalankan tugas sebagai Pengarah MPTN) ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Reef Check Malaysia serta melibatkan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.

Bengkel ini bertujuan merangka pelan pengurusan biodiversiti yang komprehensif, inklusif dan berimpak tinggi bagi memastikan kelestarian ekosistem daratan dan marin di Pulau Bidong terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Pendekatan kolaboratif ini mencerminkan komitmen berterusan MPTN dalam memperkukuh tadbir urus kawasan perlindungan melalui penglibatan pelbagai pihak, selaras dengan aspirasi konservasi biodiversiti negeri Terengganu.

🌱 Bersama kita pelihara warisan alam untuk masa depan - Think Future Go Green





18/05/2026

‼️‼️ HEBAHAN ‼️‼️

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Panggilan TEMUDUGA BAGI PENGAMBILAN BAHARU RENJER KOMUNITI MAJLIS PENGURUSAN TAMAN NEGERI TERENGGANU (MPTN) SESI KEDUA TAHUN 2026 boleh mula disemak melalui e-mail pemohon-pemohon.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi pihak MPTN di talian 09-6263062.

Harap maklum.

‼️ IKLAN JAWATAN KOSONG PERSONEL MYSTEP RENJER KOMUNITI MPTN SESI KEDUA TAHUN 2026 ‼️Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
12/05/2026

‼️ IKLAN JAWATAN KOSONG PERSONEL MYSTEP RENJER KOMUNITI MPTN SESI KEDUA TAHUN 2026 ‼️

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia akan mengadakan pengambilan Personel MySTEP Renjer Komuniti Bagi Sesi Kedua Tahun 2026 di Taman Negeri Setiu Wetlands, Taman Negeri Kenyir, Taman Negeri Pulau Tenggol dan Pulau Bidong.

Tarikh kemasukan adalah bermula Jun 2026.

Sehubungan itu, pihak MPTN ingin mempelawa mana-mana individu yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan Personel MySTEP Renjer Komuniti dibawah MPTN.

Resume boleh dihantar ke emel MPTN - [email protected]

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mei 2026.

Address

Wilayah Persekutuan

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+6096263062

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu State Parks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Terengganu State Parks:

Share