28/04/2026
28 April 2026, Selasa - Telah berlangsung e-Perkhidmatan Terapi Kelompok Kaunseling bertemakan 'Seni Komunikasi Dalam Perkahwinan' bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari secara dalam talian melalui platform google meet bersama 46 orang peserta dari pelbagai jabatan dan agensi. Kelompok ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Ajar Ahmad, Kaunselor Panel LPPKN Negeri Terengganu.
Program ini merupakan antara peluang terbaik LPPKN dalam mengaplikasikan elemen terapi dan kelompok interaktif untuk membantu masyarakat terutama golongan yang bekerjaya dalam mengimbangi tanggungjawab kehidupan seharian.
Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai program ini. Semoga mendapat manfaat. 💚💜