Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan Ikuti Aktiviti - Aktiviti Terkini Jabatan Ini. Dialu - alukan untuk ikuti http://www.facebook.com/mswpkl "SYARIAH ASAS KEADILAN"

12/05/2026

SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS.
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025
bagi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima APC Tahun 2025 atas segala usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Pengiktirafan ini bukan sekadar penghargaan terhadap prestasi kerja, malah menjadi simbol keikhlasan, disiplin dan semangat berpasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan institusi.

Senarai Penerima APC MSWP Tahun 2025:

1. Dr. Ahmad Mukhlis bin Mansor (Pegawai Syariah Gred LS10)
2. Tuan Mohd Fairuz bin Rozlan (Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M10)
3. Tuan Muhd Adil Bin Yahaya (Pegawai Syariah Gred LS10)
4. En. Ahmad Syafiq bin Awalludin (Penolong Pegawai Syariah Gred LS5)
5. En. Mohd Hosni Bin Ismail (Pembantu Syariah Gred LS2 (TBK1))
6. En. Mohd Amirul Hafiz Bin Shamsuddin (Pembantu Tabdir (P/O) Gred N1)
7. En. Mohd Aliff Bin Mohamad Fauzi (Pembantu Syariah Gred LS1)
8. En. Faiz Bin Shaari (Pembantu Khidmat Am Gred H1)
9. En. Zaini Bin Samsudin (Pembantu Khidmat Am Gred H1)
10. En. Henri Bin Agustinus (Pembantu Keselamatan Gred KP1)
11. En. Muhammad Sharul Bin Shuhairy (Pembantu Keselamatan Gred KP1)
12. Puan Tuan Sara Waheeda Binti Tuan Dir (Pegawai Syariah Gred LS10)
13. Puan Mustasyar Khalesa binti Anuar (Pegawai Syariah Gred LS9)
14. Puan Seri Ariful Asyikin binti Mohamad Yusof (Penolong Pegawai Syariah Gred LS5)
15. Puan Azira binti Che Yusoff (Pembantu Syariah Gred LS2 (TBK1))

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh integriti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi memartabatkan institusi kehakiman syariah negara.

Tulus ikhlas daripada
YAA Tuan Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir
Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
dan seluruh warga MSWP.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANGWilayah Persekutuan Labuan, 12 Mei 2026 - Usai berlangsung Mesyuara...
12/05/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANG

Wilayah Persekutuan Labuan, 12 Mei 2026 - Usai berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Literasi Undang-Undang anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JaPenSWP) bersama Ketua-Ketua Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Persidangan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) cawangan Labuan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Ali Najmi bin Mohd Noordin. Turut hadir Puan Noor Sheha binti Radzuan, wakil JaPenSWP cawangan Labuan serta Tuan Tawfik bin Ali, wakil MSWP cawangan Labuan.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program Literasi Undang-Undang dengan memberi fokus kepada isu perkahwinan tidak berdaftar yang dilihat semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Perbincangan turut menyentuh mengenai implikasi perkahwinan tidak didaftarkan dari sudut perundangan syariah, hak pasangan, status anak, tuntutan nafkah serta kesan terhadap urusan dokumentasi rasmi.

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan penerangan kepada wakil-wakil komuniti mengenai prosedur pernikahan yang sah di sisi undang-undang serta kepentingan pendaftaran perkahwinan bagi melindungi hak semua pihak. Ketua-ketua zon dan sub zon juga memainkan peranan penting sebagai penghubung masyarakat dalam menyampaikan kesedaran serta membantu menyalurkan maklumat kepada penduduk setempat.

Seramai 20 orang wakil Ketua Zon dan Sub Zon Wilayah Persekutuan Labuan telah hadir dalam mesyuarat ini sebagai usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi dan komuniti demi meningkatkan kesedaran undang-undang syariah dalam masyarakat.

Kongsi & S**a











11/05/2026
02/05/2026
01/05/2026

๐•พ๐–Š๐–‘๐–†๐–’๐–†๐–™ ๐•ณ๐–†๐–—๐–Ž ๐•ป๐–Š๐–๐–Š๐–—๐–๐–† 2026

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja atas dedikasi dan pengorbanan dalam memacu pembangunan negara.

Semoga segala usaha ini terus diperkukuh demi kesejahteraan tenaga kerja dan kelestarian organisasi.

Marilah kita bersama-sama membina masa depan yang lebih sejahtera, produktif dan mampan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

โ€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsaโ€

๐Ÿคฒ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




๐ŸŽจ Hakim (Media YBM HEA)

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026. 1 Mei 2026.
โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat kekuatan dan kesempatan untuk terus berkhidmat.

Sempena Hari Pekerja tahun ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan semua pekerja di Malaysia yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam memartabatkan institusi serta memacu kesejahteraan negara.

Sesungguhnya, setiap usaha yang dilaksanakan dengan penuh amanah, integriti dan ihsan adalah satu ibadah di sisi Allah SWT. Dalam kita melaksanakan tugas, marilah kita terus memperkukuhkan nilai MADANIโ€”berteraskan keilmuan, keadilan dan kemanusiaanโ€”agar setiap peranan yang digalas menjadi kesuma yang mewarnai kemajuan bangsa.

Semoga kita semua terus istiqamah dalam memberikan perkhidmatan terbaik, dipermudahkan urusan, serta dikurniakan keberkatan dalam setiap langkah.

Selamat Hari Pekerja. Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

โ€œKerja yang ikhlas, lahir daripada amanah yang dijaga.โ€

Tulus ikhlas daripada
YAA Tuan Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir
Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

MEMPERKUKUH HUBUNGAN KERJASAMA MELALUI KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PARLIMEN LABUANWilayah Persekutuan Labuan, 27 April 2026...
29/04/2026

MEMPERKUKUH HUBUNGAN KERJASAMA MELALUI KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PARLIMEN LABUAN

Wilayah Persekutuan Labuan, 27 April 2026 - YB Datoโ€™ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan telah menerima kunjungan hormat daripada Wakil Ketua Pendakwa Syarie Wilayah bersama Wakil Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna.

Pertemuan ini menjadi platform penting bagi membincangkan usaha memperkukuh institusi perundangan syariah, di samping mempererat hubungan serta kerjasama strategik antara pihak-pihak berkepentingan demi kesejahteraan masyarakat.

Diharapkan jalinan yang terhasil melalui pertemuan ini akan terus diperkasa dalam memastikan keadilan dan keharmonian sentiasa terpelihara.

Kongsi & S**a







27/04/2026
26/04/2026

Perhimpunan Agensi JPM (Hal Ehwal Agama) ๐Ÿค

Bukan sekadar berkumpul, tapi satu perhimpunan penuh makna -simbol tekad, penyatu semangat, dan bukti kuatnya kesatuan kita. ๐Ÿ’ชโœจ

Bila kita bersama, kita lebih kuat untuk terus bergerak memacu organisasi maju ke hadapan ๐Ÿค

๐Ÿ—“ 27 April 2026 (Isnin)
๐Ÿ•ค 9.30 pagi
๐Ÿ“ Auditorium Kompleks Islam Putrajaya

Jumpa di sana!


Address

Jalan Tun Mustapha Peti Surat 81843
Victoria
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Friday 08:00 - 11:00
14:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share