Pejabat Tenaga Kerja Sandakan

  • Home
  • Pejabat Tenaga Kerja Sandakan

Pejabat Tenaga Kerja Sandakan Pejabat Tenaga Kerja Sandakan, Wisma Persekutuan, Tingkat 4, WDT 26, Jalan Labuk, 90500 Sandakan. Tel : 089 668 340 Fax : 089 671 030

HEBAHAN: 📢 JOM SERTAI FORUM "MELESTARI SUARA PEKERJA" SEMPENA HARI PEKERJA 2026! 🛠️Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (J...
14/04/2026

HEBAHAN: 📢 JOM SERTAI FORUM "MELESTARI SUARA PEKERJA" SEMPENA HARI PEKERJA 2026! 🛠️

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah menjemput para majikan, pekerja dan kesatuan sekerja untuk bersama-sama dalam forum strategik yang akan mengupas peranan dan kelestarian suara pekerja dalam landskap pekerjaan masa kini.

Majlis akan disempurnakan oleh:
🎤 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
(Timbalan Menteri Sumber Manusia)

📌 BUTIRAN PROGRAM:
🗓 Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8:30 Pagi - 1:00 Petang
📍 Tempat: Livingston Hotel Sandakan, Sabah
🎟 Kemasukan: PERCUMA!

Jadikan forum ini platform untuk memperkasa representasi pekerja dan mengukuhkan hubungan perusahaan. 🤝

🔗 Daftar Segera di: https://s3p.mohr.gov.my/programprapendaftaran/485
(Pendaftaran ditutup pada 24 April 2026)

HEBAHAN PENTING: *PERUBAHAN WAKTU PROGRAM* KONVENSYEN REVOLUSI PERBURUHAN 2026(SEMPENA JELAJAH PENDIDIKAN PERBURUHAN 202...
09/04/2026

HEBAHAN PENTING: *PERUBAHAN WAKTU PROGRAM* KONVENSYEN REVOLUSI PERBURUHAN 2026
(SEMPENA JELAJAH PENDIDIKAN PERBURUHAN 2026 - PANTAI TIMUR: SANDAKAN)

Kepada para peserta yang telah mendaftar, sila ambil maklum mengenai perubahan waktu yang asalnya dijadualkan bermula pada 7:30 pagi dan kini telah diubah kepada 9:00 pagi.

Perubahan ini dibuat untuk memastikan kelancaran program dan keselesaan semua peserta.

*BUTIRAN PENTING:*
Tarikh Program: 11 April 2026
Tempat: Dewan Masyarakat Sandakan
Waktu Baru: 9:00 AM - 3:00 PM

Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Milly/Puan Mazlinda di talian 089-668341.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Ir./Tuan/Puan,Dijemput untuk menghadiri KONVENSYEN REVOLUSI PERBURUHAN 2026 SEMPENA JELAJAH PENDID...
27/03/2026

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Ir./Tuan/Puan,

Dijemput untuk menghadiri KONVENSYEN REVOLUSI PERBURUHAN 2026 SEMPENA JELAJAH PENDIDIKAN PERBURUHAN 2026 (PANTAI TIMUR : SANDAKAN) mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)

Masa : 8:00 AM - 2:00 PM

Tempat : DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN, JALAN LEILA PUSAT BANDAR SANDAKAN

Mohon untuk membuat pengesahan kehadiran di pautan ini https://s3p.mohr.gov.my/programprapendaftaran/461 sebelum 10 April 2026 jam 6:00 PM.

20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 2026/1447H

Dengan penuh kesyukuran, marilah kita sama-sama meraikan kemenangan setelah sebulan menunaikan ibadah pada bulan Ramadan yang mulia. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Pada kesempatan ini, seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keharmonian serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Taqabbalallahu minna wa minkum, semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengampuni segala dosa-dosa kita.

Salam Aidilfitri daripada kami,
Jabatan Tenaga Kerja Sabah



20/03/2026
18/03/2026

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah melalui Warta bertarikh 17 Mac 2026 telah menetapkan hari kelepasan am tambahan kepada pekerja sektor awam dan swasta di Sabah sempena Hari Raya Aidiffitri 2026 seperti kenyataan berikut:

17/03/2026

Manis rasa kuih cincin,
Makan bersama keluarga tercinta;
Mohon maaf zahir dan batin,
Warga PTK Sandakan ucapkan selamat hari raya.....

p/s: jangan lupa mohon cuti raya.......




HEBAHAN KES MAHKAMAH: ISU LEWAT BAYAR GAJISatu tindakan undang-undang telah diambil terhadap majikan dalam Sektor Pembin...
05/03/2026

HEBAHAN KES MAHKAMAH: ISU LEWAT BAYAR GAJI

Satu tindakan undang-undang telah diambil terhadap majikan dalam Sektor Pembinaan di Sandakan, Sabah.

📍 Lokasi: Mahkamah Majistret Sandakan
⚠️ Kesalahan: Lewat bayar gaji [Seksyen 108(1), Ordinan Buruh Sabah]
👨‍⚖️ Keputusan: OKS Mengaku Bersalah
💰 Denda: RM10,500.00 di bawah Seksyen 130J(c) Ordinan yang sama.

Pihak majikan diingatkan supaya sentiasa mematuhi garis masa pembayaran gaji bagi memastikan keharmonian industri dan kebajikan pekerja sentiasa terpelihara.


Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Sandakan:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share