Persatuan Alumni USIM

Persatuan Alumni USIM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Alumni USIM, Rumah Alumni, Universiti Sains Islam.

Persatuan Alumni USIM ditubuhkan pada tahun 2016 dengan tiga teras iaitu: (i) memupuk sinergi antara Alumni; (ii) meyediakan platform di antara Alumni dan alma mater (USIM); dan (iii) menyediakan manfaat dan kebajikan kepada ahli Alumni.

ALUMNI SUMBANG GOOGLE TV SEMPENA SAMBUTAN HARI ALUMNI USIM 9 OGOS.Persatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi pengh...
13/08/2026

ALUMNI SUMBANG GOOGLE TV SEMPENA SAMBUTAN HARI ALUMNI USIM 9 OGOS.

Persatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi USIM dan Pusat Kerjaya dan Alumni USIM (PUSAKA) dalam menjayakan Majlis Jalinan Alumni USIM yang telah diadakan pada 11 Ogos 2026 bersempena Hari Alumni USIM pada 9 Ogos. Program ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara alumni dan universiti serta mengeratkan jalinan silaturahim dalam kalangan warga USIM.

Majlis turut diserikan dengan Pelancaran Barangan Eksklusif Persatuan Alumni USIM yang menampilkan pelbagai produk istimewa seperti kopiah, tempat kad dan beberapa barangan eksklusif lain yang boleh diperoleh melalui Persatuan Alumni USIM. Pelancaran ini merupakan salah satu inisiatif dalam memupuk semangat kebersamaan dan rasa bangga sebagai sebahagian daripada komuniti Alumni USIM.

Selain itu, program turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebuah televisyen daripada Persatuan Alumni USIM kepada wakil Perpustakaan USIM sebagai tanda sokongan berterusan alumni terhadap usaha memperkasa kemudahan dan persekitaran pembelajaran universiti. Sumbangan ini mencerminkan komitmen Persatuan Alumni USIM dalam menyumbang kembali kepada universiti demi manfaat seluruh warga kampus.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan menjadi asas kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan

Memperkasa Alumni, Membina Masa Hadapan. πŸ’™

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN ALUMNI USIM KE YAYASAN TAQWAPersatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas...
11/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN ALUMNI USIM KE YAYASAN TAQWA

Persatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat yang julung kali diadakan pada 10 Ogos 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik serta inisiatif pembangunan dan kebajikan yang melibatkan alumni dan mahasiswa USIM.

Dalam pertemuan tersebut beberapa keputusan telah dimuktamadkan terkaitan saluran bantuan kebajikan alumni dan program-program melibatkan pelajar USIM dalam kalangan asnaf.

Semoga jalinan strategik yang terjalin dapat diperkukuh melalui kerjasama berimpak yang memberi manfaat kepada universiti, alumni dan masyarakat.


https://www.instagram.com/p/Db4QSzEk_Tr/?igsh=MmNrcXV5Z2oyZ3Z6

10/08/2026

πŸ‘‹ CUTI SEMESTER, MASA UNTUK PELAJAR BINA PENGALAMAN MENERUSI JoC

Cuti semester ini anda boleh mengisi masa menerusi JoC pada had bertugas sehingga 40 jam seminggu, kadar sebanyak RM 6/jam πŸ’«

Hanya dapatkan borang permohonan dan hantarkan kepada PTj pilihan anda di sini πŸ‘‡

πŸ”— https://shorturl.at/QXPgn

Antara Skop Kerja Yang Ditawarkan🎯
🎨 Pereka Grafik
πŸ“Έ Jurufoto
πŸ’» Multimedia & Pentadbir Laman Web
πŸ“ Pemfailan dan Pentadbiran
πŸ“– Editor
🏒 Pengurusan Program, Fasiliti & Kemudahan
πŸš€ Keusahawanan dan banyak lagi!

Teroka pengalaman sebenar dunia pekerjaan, bina kemahiran dan jana pendapatan di dalam kampus! πŸ’Όβœ¨






joboncampus

Selamat Hari Alumni USIM!
10/08/2026

Selamat Hari Alumni USIM!




06/08/2026

Pusat Kerjaya dan Alumni merakamkan ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Abdul Nasir Hj Abdul Rani, Alumni 2011-Fakulti Ekonomi dan Muamalat, di atas pelantikan sebagai Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.

Syabas dan Tahniah diucapkan πŸ‘πŸΌ.





🎳 *SANTAI BOWLING BERSAMA ALUMNI USIM VOL. 2* 🎳Jom luangkan petang yang penuh bertenaga, semangat berpasukan dan ukhuwah...
28/07/2026

🎳 *SANTAI BOWLING BERSAMA ALUMNI USIM VOL. 2* 🎳

Jom luangkan petang yang penuh bertenaga, semangat berpasukan dan ukhuwah bersama keluarga besar Alumni USIM. Sama ada anda pemain profesional atau sekadar ingin bersantai, inilah masanya untuk berkumpul dan beriadah.

πŸ“… Tarikh: 20 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ•’ Masa: 3.00 pm - 6.00 pm
πŸ“ Tempat: The Bowlers @ MesaMall, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
πŸ“ Pendaftaran: https://bit.ly/bowlingalumni26

🎯 Maklumat Penyertaan :

πŸ”Ή TERHAD kepada 25 pasukan sahaja!
πŸ”Ή 1 pasukan = 4 orang
πŸ”Ή Yuran Penyertaan: RM30.00 seorang
πŸ”Ή Format Permainan: 2 games
πŸ”Ή Stokin tidak disediakan _(Sila bawa stokin sendiri)_
⏳ Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Ogos 2026

πŸ† Hadiah Menarik Menanti!

Siapa yang boleh sertai? :-
πŸŽ“ Alumni/Pasangan Alumni/Keluarga Alumni _(18 tahun dan ke atas)_
πŸ‘€ Kakitangan USIM
πŸ‘₯ Pelajar USIM

πŸ“ž Maklumat Lanjut
☎️ Telefon Pejabat: 06-798 6173 / 06-798 6148
πŸ’¬ WhatsApp: https://wasap.my/6067986148

🎳 Tempat adalah terhad! Daftar sekarang sebelum penyertaan penuh!

22/07/2026

πŸŽ“ ALUMNI USIM, INILAH MASANYA! πŸŽ“

Sempena Sambutan Hari Alumni Universiti Awam pada 9 Ogos, kami menjemput seluruh Alumni USIM di mana jua berada untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini.

πŸ“Ή Rakam video ucapan Hari Alumni anda.
❀️ Kongsikan kenangan, penghargaan atau doa buat alma mater tercinta.
πŸ“² Muat naik di media sosial anda dan gunakan hasgtag rasmu kempen.

Walau sejauh mana kita melangkah, USIM tetap tempat kita bermula. Mari tunjukkan semangat kekitaan dan kebanggaan sebagai Alumni USIM!

βœ… Muat naik video ucapan anda.
βœ… Tag rakan-rakan alumni.
βœ… Gunakan hashtag kempen.
βœ… Sebarkan semangat


Bersama-sama kita meriahkan Hari Alumni Universiti Awam 2026!

Pusat Kerjaya dan Alumni USIM bersama Persatuan Alumni USIM telah mengadakan perbincangan bagi membincangkan hala tuju, ...
14/07/2026

Pusat Kerjaya dan Alumni USIM bersama Persatuan Alumni USIM telah mengadakan perbincangan bagi membincangkan hala tuju, perancangan strategik serta usaha memperkukuh jaringan dan penglibatan alumni bersama universiti.

Semoga kerjasama erat ini terus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan inisiatif yang lebih berimpak demi manfaat seluruh Alumni USIM.

14/07/2026

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, selaku Tuanku Canselor USIM, telah memperkenankan tarikh Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM pada:

3 – 6 November 2026
bersamaan 23 – 26 Jamadilawal 1448H.

Tahniah kepada semua bakal graduan. Nantikan maklumat lanjut berkaitan konvokesyen melalui saluran rasmi USIM.

β€œIntegrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan.”

Address

Rumah Alumni
Universiti Sains Islam
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share