Markas Stesen Staf JB

Markas Stesen Staf JB Markas Stesen Staf Johor Bahru, Naungan 7 Bgd

PERBARISAN PEGAWAI STAF STESEN, MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU.ULU TIRAM, 17 Apr 26 - MSS Johor Bahru telah melaksanakan...
17/04/2026

PERBARISAN PEGAWAI STAF STESEN, MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU.

ULU TIRAM, 17 Apr 26 - MSS Johor Bahru telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Staf Stesen bertempat di Dataran Garaj Kenderaan Pasukan. Seramai 3 pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dengan perbarisan ini.

Dalam ucapan Peg Staf Stesen, beliau menyeru kepada seluruh warga MSSJB supaya menitikberatkan berkaitan 3 perkara iaitu imej, integriti dan ikhlas dalam setiap penugasan supaya menghasilkan kualiti kerja yang akan memberikan kepuasan serta menegaskan sebarang pencemaran disiplin dan perlakuan negatif seperti 𝘳𝘒𝘨𝘨π˜ͺ𝘯𝘨 tidak harus wujud dalam organisasi ini. Sebaliknya, semua diseru untuk terus memupuk budaya profesionalisme dan memperkukuh π’†π’”π’‘π’“π’Šπ’• 𝒅𝒆 𝒄𝒐𝒓𝒑𝒔 dalam memperkasa pasukan.

Perbarisan diakhiri dengan acara bergambar bersama seluruh Warga MSS Johor Bahru.

LAWATAN KEBAJIKAN BAKAT MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRUJOHOR BAHRU, 12 April 2026 – Satu lagi lawatan Kebajikan BAKAT Mar...
13/04/2026

LAWATAN KEBAJIKAN BAKAT MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 12 April 2026 – Satu lagi lawatan Kebajikan BAKAT Markas Stesen Staf Johor Bahru (MSS JB) telah dilaksanakan dan disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT Pasukan, Puan Nor Ena binti Ismail. Turut bersama-sama beliau ialah Puan Nur Ainaa binti Ahmad, Puan Nur Farah Adila binti Mohamad, Puan Norqurratu'aini binti Mohamad Mastor serta PKB Pasukan.

Lawatan kali ini adalah kepada Puan Nurmaisarah Hanun binti Ab Wahid, ahli BAKAT Pasukan yang baru menimang cahaya mata kedua di kediamannya di Taman Daya serta Puan Tengku Darwina Irfani binti Tengku Kamarul Zaman di Taman Pelangi.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan BAKAT MSS JB dalam perkara kebajikan ahli serta keluarga, di samping menyemai nilai keprihatinan dan kasih sayang.

PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU27 Februari 2026 - Seramai 21 anggota Lain-Lain Pang...
27/02/2026

PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU

27 Februari 2026 - Seramai 21 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Kompeni Sarjan Mejar (KSM) Markas Stesen Staf Johor Bahru.

Acara dimulakan dengan Ketua Perbarisan iaitu Staf Sarjan Mohd Ridzuan bin Md Razak telah melapor kekuatan anggota perbarisan yang hadir. Acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh KSM PW II Mohd Izraa'i bin Abdullah. Dalam ucapan beliau berpesan kepada warga pasukan agar sentiasa mengekalkan disiplin pada tahap yang tinggi, mengutamakan aspek keselamatan semasa bertugas, mengekalkan prestasi, dan sentiasa fokus kepada peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing demi kecemerlangan pasukan.

- Markas Stesen Staf Johor Bahru -

13/02/2026
PERBARISAN PEGAWAI STAF STESEN, MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU.ULU TIRAM, 12 Dis 25 - MSS Johor Bahru telah melaksanakan...
13/12/2025

PERBARISAN PEGAWAI STAF STESEN, MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU.

ULU TIRAM, 12 Dis 25 - MSS Johor Bahru telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Staf Stesen bertempat di Dataran Garaj Kenderaan Pasukan. Seramai 5 pegawai dan 21 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dengan perbarisan ini.

Turut dilaksanakan acara Serah Menyerah KuaterMaster di antara Mej (KM) Zulkefli bin Kamaruddin dan Mej Shahrul Azri bin Rahmat selaku Pegawai Logistik Pasukan yang baru. Majlis turut meraikan pemakaian pangkat yang melibatkan seramai 1 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang dinaikkan dari Koperal ke Pemangku Sarjan.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menyeru kepada seluruh warga MSSJB supaya menitikberatkan berkaitan 3 perkara iaitu imej, integriti dan ikhlas dalam setiap penugasan supaya menghasilkan kualiti kerja yang akan memberikan kepuasan serta menegaskan agar setiap anggota tidak melibatkan gejala dadah dan maksiat yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan.

Selain itu, beliau mengucapkan selamat datang kepada Peg Logistik yang baru serta setinggi-tinggi tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Beliau menegaskan bahawa pangkat yang diberi datang bersama tanggungjawab dan amanah bukan untuk dibanggakan.

Pelaksanaan perbarisan seperti ini sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu β€˜Sumber Manusia, Cakna Etos dan Kepahlawanan’ bagi melahirkan warga Tentera Darat yang memiliki jati diri yang unggul dan profesional berlandaskan nilai-nilai murni.






PERBARISAN AJUTAN PASUKAN MSS JOHOR BAHRUKEM ULU TIRAM 10 DISEMBER 2025: Perbarisan Ajutan Markas Stesen Staf Johor Bahr...
12/12/2025

PERBARISAN AJUTAN PASUKAN MSS JOHOR BAHRU

KEM ULU TIRAM 10 DISEMBER 2025: Perbarisan Ajutan Markas Stesen Staf Johor Bahru telah dilaksanakan di Dataran Parking Kenderaan pasukan. Perbarisan Rejimental ini telah disempurnakan oleh Ajutan, Kapt Azwanizam bin Mohammad dengan penglibatan seramai 1 Pegawai dan 18 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Acara dimulakan dengan KSM PW II Mohd Izraa'i bin Abdullah Melapor diikuti pemeriksaan perbarisan terhadap anggota LLP. Acara juga diselitkan dengan ucapan daripada Ajutan Pasukan.

Dalam ucapannya, semua peringkat anggota perlu memainkan peranan dalam memastikan kesiagaan pasukan berada di tahap optimum selaras dengan Teras Pertama Perintah Ulung Pegawai Memerintah ke-27 iaitu Kesiapsiagaan. Aspek fizikal, mental, moral dan integriti perlu dititikberatkan oleh semua anggota dalam memastikan kesiagaan pasukan terjamin.

Selain itu, keutamaan dalam pengurusan dokumentasi kendiri dan peringatan keras supaya menjauhi kelakuan yang boleh mencemarkan maruah serta disiplin perkhidmatan juga merupakan intipati di dalam ucapan beliau. Perbarisan Rejimental ini dilaksanakan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan anggota.

- Markas Stesen Staf Johor Bahru -

PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU8 Disember 2025 - Seramai 17 anggota Lain-Lain Pangk...
12/12/2025

PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) MARKAS STESEN STAF JOHOR BAHRU

8 Disember 2025 - Seramai 17 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Kompeni Sarjan Mejar (KSM) Markas Stesen Staf Johor Bahru.

Acara dimulakan dengan Ketua Perbarisan iaitu Staf Sarjan Mohd Ridzuan bin Md Razak telah melapor kekuatan anggota perbarisan yang hadir sebelum nyanyian lagu Tentera Darat dimulakan. Acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh KSM PW II Mohd Izraa'i bin Abdullah. Dalam ucapan beliau berpesan kepada warga pasukan agar sentiasa mengekalkan disiplin pada tahap yang tinggi, mengutamakan aspek keselamatan semasa bertugas, mengekalkan prestasi, dan sentiasa fokus kepada peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing demi kecemerlangan pasukan.

Penganjuran perbarisan seumpama ini adalah selaras dengan hasrat Panglima Angkatan Tentera dalam Teras Kedua Perintah Ulung beliau iaitu memperkasa warga ATM yang cemerlang dalam segenap aspek termasuk profesionalisme, siasah warganya dan pembangunan nilai-nilai murni yang bersendikan kekuatan semangat berpasukan.

- Markas Stesen Staf Johor Bahru -

12/12/2025
π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ• 𝐁𝐆𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ (π™πŽπ 𝐔𝐋𝐔 π“πˆπ‘π€πŒ)ULU TIRAM, 10 Oktober 2025 – Markas Staf Stesen Johor Bahru ...
12/10/2025

π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ• 𝐁𝐆𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ (π™πŽπ 𝐔𝐋𝐔 π“πˆπ‘π€πŒ)

ULU TIRAM, 10 Oktober 2025 – Markas Staf Stesen Johor Bahru telah melaksanakan Karnival Sukan sempena Hari Sukan Negara Peringkat 7 Bgd Tahun 2025 (Zon Ulu Tiram) bertempat di Padang Kawad Mini, Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Kem Ulu Tiram.

Pasukan 6 RRD Selaku Penganjur bagi Zon Ulu Tiram yang mana menggabungkan Pl Bkln JB serta MSS Johor Bahru. Karnival Sukan ini dilaksanakan bagi menyahut dan merealisasikan seruan kerajaan Sempena Hari Sukan Negara 2025 yang bertemakan 'Malaysia Aktif'.

- Markas Stesen Staf Johor Bahru -

π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π‘πˆπ€πƒπ€π‡ 𝐉𝐔𝐍𝐆𝐋𝐄 π“π‘π„πŠπŠπˆππ† MSS JOHOR BAHRUBUKIT LUNCHU, 8 Okt 25- Warga MSS Johor Bahru telah melaksanakan aktiviti...
08/10/2025

π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π‘πˆπ€πƒπ€π‡ 𝐉𝐔𝐍𝐆𝐋𝐄 π“π‘π„πŠπŠπˆππ† MSS JOHOR BAHRU

BUKIT LUNCHU, 8 Okt 25- Warga MSS Johor Bahru telah melaksanakan aktiviti riadah 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘭𝘦 𝘡𝘳𝘦𝘬𝘬π˜ͺ𝘯𝘨 bertempat di Bukit Lunchu 𝘏π˜ͺ𝘬𝘦 π˜›π˜³π˜’π˜ͺ𝘭𝘴, Bandar Seri Alam.

Aktiviti riadah menyusuri laluan denai di Bukit Lunchu 𝘏π˜ͺ𝘬𝘦 π˜›π˜³π˜’π˜ͺ𝘭𝘴 ini merupakan langkah bagi menerapkan nilai cintakan alam disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan sepanjang perjalanan sejauh lebih kurang 5 kilometer. Aktiviti riadah ini bukan hanya medan kecergasan fizikal tetapi juga ruang untuk menyemarakkan ukhuwah, membina daya tahan mental, serta memupuk rasa kebersamaan dalam satu pasukan.

Program sebegini memperlihatkan keseimbangan antara aspek patriotisme, spiritual dan fizikal, seiring dengan tuntutan warga Tentera Darat yang bukan sahaja cekap melaksanakan tugas, tetapi juga peka terhadap alam sekitar dan sejarah, prihatin terhadap kesihatan, dan sentiasa mendahulukan semangat kebersamaan.

- Markas Stesen Staf Johor Bahru -

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MSS JOHOR BAHRU.KEM ULU TIRAM, 6 Oktober 2025 : Mej Saiful Masri bin Md Sobry, sela...
08/10/2025

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MSS JOHOR BAHRU.

KEM ULU TIRAM, 6 Oktober 2025 : Mej Saiful Masri bin Md Sobry, selaku Pegawai Staf Stesen MSS Johor Bahru telah menyempurnakan Perbarisan Pemakaian Pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang berlangsung dengan jayanya di padang kawad pasukan.

Perbarisan ini telah dianggotai oleh 3 Peg dan 20 anggota LLP serta 15 PEKAWAM naungan MSSJB. Acara telah dimulakan dengan pemakaian pangkat kepada 3 anggota yang layak dipakaikan pangkat, seterusnya jamuan makan dan penyampaian cendera kenangan kepada anggota yang bertukar keluar serta kepada ahli BAKAT psk yang telah memberi komitmen dalam aktiviti BAKAT baru-baru ini.

Di dalam ucapan Peg Staf Stesen, beliau telah mengingatkan kepada semua peringkat pemimpin dan anggota untuk sama-sama produktif meningkatkan kecemerlangan pasukan dan menitikberatkan tahap disiplin yang tertinggi dalam apa jua tugasan. Pada masa yang sama beliau menegaskan agar semua anggota tidak terlibat dengan gejala dadah dan judi siber yang mana perkara tersebut akan menjejaskan imej dan prestasi perkhidmatan di dalam Tentera Darat.

- Markas Stesen Staf Johor Bahru -

Address

Markas Stesen Staf Johor Bahru
Ulu Tiram
81800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Stesen Staf JB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category