Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja

Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja, Kem Ulu Tiram.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ (π‡π€π‹πˆπ€ ππ„ππ“πŽππ†) πŸ” 𝐑𝐑𝐃ULU TIRAM, 11 Apr 26. Program Bengkel Keusahawanan Halia Bentong dan Sayur-s...
14/04/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ (π‡π€π‹πˆπ€ ππ„ππ“πŽππ†) πŸ” 𝐑𝐑𝐃

ULU TIRAM, 11 Apr 26. Program Bengkel Keusahawanan Halia Bentong dan Sayur-sayuran di bawah inisiatif Ekonomi MADANI telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan warga 6 RRD dan Rej 501 (AW) merangkumi Ahli BAKAT serta anggota tentera.

Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah jemputan dari UPM yang memberi pendedahan menyeluruh meliputi pengurusan kesuburan tanah dan baja, teknik semaian serta pengurusan nurseri, sistem penanaman halia dan penggunaan sistem pengairan automatik.

Pelaksanaan secara praktikal di lapangan memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik pemilihan rizom berkualiti, penyediaan tanah, kaedah penanaman yang betul serta penjagaan tanaman termasuk kawalan penyakit dan perosak.

Program ini bukan sahaja memperkasa kemahiran keusahawanan warga pasukan, malah menyokong usaha penjanaan ekonomi selaras dengan aspirasi MADANI.

Bengkel seterusnya dijadualkan pada 25 Julai 2026 dengan fokus kepada pengurusan hasil dan kawalan penyakit.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

07/04/2026
π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€Tahniah diucapkan kepada Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Hj Jaafar atas...
30/03/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€

Tahniah diucapkan kepada Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Hj Jaafar atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam kepimpinan, memperteguh integriti dan komitmen, serta memperkukuh khidmat bakti yang berterusan kepada agama, bangsa dan negara.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π„πŒππ€π“ π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŠπ„-πŸ”πŸŽPegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer D...
28/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π„πŒππ€π“ π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŠπ„-πŸ”πŸŽ

Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulkifly bin Che Hassan dan seluruh warga Serigala Negara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun 4 RRD Ke-60 kepada seluruh warga Northern Ranger.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒPegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulki...
20/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulkifly bin Che Hassan serta seluruh warga Serigala Negara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikannya.

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan yang menyinari setiap hati, serta menjadi titik penyatuan yang mengeratkan kembali hubungan yang mungkin pernah terjarak. Moga ukhuwah yang terbina terus diperkukuh, dan silaturahim yang terjalin kekal utuh tanpa mengira latar belakang, darjat mahupun perbezaan.

Di sebalik kemeriahan yang dirai, marilah kita bersama-sama menginsafi makna sebenar kemenanganβ€”dengan menyemai nilai kebersamaan, menyuburkan rasa hormat, serta memperkukuh kasih sayang sesama insan. Semoga semangat Syawal ini menjadi pemangkin dalam membina masyarakat yang lebih harmoni, bersatu padu dan penuh keberkatan.








π„ππ†π‹πˆπ’π‡ π’ππ„π€πŠπˆππ† πƒπ€π˜ πŸ” 𝐑𝐑𝐃ULU TIRAM, 11 Mac 2026. Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja telah melaksanakan program Engli...
13/03/2026

π„ππ†π‹πˆπ’π‡ π’ππ„π€πŠπˆππ† πƒπ€π˜ πŸ” 𝐑𝐑𝐃

ULU TIRAM, 11 Mac 2026. Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja telah melaksanakan program English Speaking Day bertempat di Dewan Serigala dengan penglibatan seramai 7 Pegawai dan 56 LLP.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah β€œIntroduce Yourself”, di mana anggota memperkenalkan diri menggunakan ayat mudah dalam Bahasa Inggeris, serta β€œWord of the Day” di mana ketua kumpulan memperkenalkan beberapa perkataan baharu dan anggota membina ayat ringkas menggunakan perkataan tersebut.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Perintah Ulung Tentera Darat ke-31 yang menekankan aspek pembangunan modal insan, peningkatan profesionalisme serta penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan anggota bagi melahirkan warga Tentera Darat yang lebih kompeten, berpengetahuan dan berkeyakinan tinggi.

Sebagai usaha berterusan, setiap hari Rabu akan dijadikan sebagai English Speaking Day dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Di samping itu, sesi perjumpaan atau aktiviti Bahasa Inggeris akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan bagi memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa dalam kalangan warga pasukan.

Program seumpama ini diharap dapat meningkatkan keyakinan serta kemahiran komunikasi anggota, selari dengan aspirasi Tentera Darat dalam membentuk anggota yang profesional, berdaya saing dan berpengetahuan.








π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πƒπˆπ”π‚π€ππŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ-ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π πƒπˆππ€πˆπŠπŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renj...
13/03/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πƒπˆπ”π‚π€ππŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ-ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π πƒπˆππ€πˆπŠπŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“

Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulkifly bin Che Hassan dan seluruh warga Serigala Negara menzahirkan sekalung tahniah kepada Pegawai-Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai:

1. Mej Jen Zamsari bin Abu Hasan - Panglima 2 Div

2. Mej Jen Hashim bin Osman - Ketua Pengarah Sekretariat Tim Nukleus AMH

3. Brig Jen Megat Maz Ardi bin Nohuddin - Komander ATB 2

4. Brig Jen Mohd Rashid bin Anang - Ketua Pengarah Perancangan, MK TD G5

5. Kol Mohd Syukri bin Mat - Pengarah Sel Pengurusan Kerjaya Kor, MK TD G1

6. Kol Mohd Fua'at bin Mohd Yatim - Pengarah POP TD

7. Lt Kol Mohd Shahril bin Miskan - PS 1 Tim Projek SASaR, MK TD G5

8. Lt Kol Kassim anak Brandi - Penolong Pegawai Memerintah, Bn 2, Rej 516 (AW)

9. Lt Kol Mohd Amizon bin Che Omar - Pegawai Staf Stesen, MSS Taiping

10. Lt Kol Wan Mohd Hafizul Yusra bin Wan Yusuf - PS 1 Sel Kesiagaan Operasi, MK TD, Jab PUTD

11. Lt Kol Muhamad Nazmi bin Hj Abu Bakar - PS 1 Risik, MK 1 Div

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π˜π€ππ€π’ ππ„ππ˜π€πŒππ”ππ† π‹π„π†π€π’πˆ πŸ” 𝐑𝐑𝐃Pegawai Memerintah serta seluruh warga Serigala Negara menzahirkan Ucapan Sekalu...
13/03/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π˜π€ππ€π’ ππ„ππ˜π€πŒππ”ππ† π‹π„π†π€π’πˆ πŸ” 𝐑𝐑𝐃

Pegawai Memerintah serta seluruh warga Serigala Negara menzahirkan Ucapan Sekalung Tahniah & Syabas kepada Kpl Abdul Rahman bin Tajuddin atas Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Kerani Ketenteraan Kelas 2 (Decentralised) Siri 1/2026 bertempat di Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja, Kem Desa Pahlawan.

Pasukan sentiasa menghargai usaha dan kesungguhan anggota membawa nama baik pasukan terutamanya semasa menghadiri kursus atau mewakili pasukan dalam mana-mana pertandingan.

Semoga ianya terus menjadi inspirasi kepada anggota yang lain utk berjaya.








π’π€π‹π€πŒ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡Pegawai Memerintah dan seluruh warga Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengucapkan Salam N...
06/03/2026

π’π€π‹π€πŒ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Pegawai Memerintah dan seluruh warga Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengucapkan Salam Nuzul al-Quran 1447H kepada semua muslimin dan muslimat.

Sempena memperingati peristiwa Nuzul al-Quran, marilah kita mengambil kesempatan untuk bermuhasabah tentang hubungan kita dengan al-Quran. Kitab suci ini diturunkan sebagai petunjuk kehidupan, bukan sekadar untuk dibaca tetapi untuk difahami dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadikan Ramadan dan peringatan Nuzul Al-Quran ini sebagai dorongan untuk lebih mendekatkan diri dengan Al-Quran melalui tilawah, tadabbur dan pengamalan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan Al-Quran menjadi sumber kekuatan iman serta panduan dalam setiap tugas dan pengabdian kita kepada Allah SWT.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π‹π€ππ€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€ (𝐏𝐀𝐑𝐀) πŠπ„-πŸ“πŸ‘Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen R...
01/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π‹π€ππ€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€ (𝐏𝐀𝐑𝐀) πŠπ„-πŸ“πŸ‘

Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulkifly bin Che Hassan dan seluruh warga Serigala Negara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun 8 RRD (PARA) Ke-53 kepada seluruh warga 8 RRD (PARA).

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π’π„πŒππˆπ‹π€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŠπ„-πŸ’πŸ•Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renje...
01/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπ„π’π„πŒππˆπ‹π€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π 𝐑𝐄𝐍𝐉𝐄𝐑 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŠπ„-πŸ’πŸ•

Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulkifly bin Che Hassan dan seluruh warga Serigala Negara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun 9 RRD Ke-47 kepada seluruh warga Sian Bani Manang.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŠπ„ - πŸ—πŸ‘Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulkifly bi...
01/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŠπ„ - πŸ—πŸ‘

Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Zulkifly bin Che Hassan dan seluruh warga Serigala Negara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke - 93 kepada seluruh warga Tentera Darat.

Address

Ulu Tiram

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja:

Share