Pemuda Amanah Gombak

Pemuda Amanah Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pemuda Amanah Gombak, Political organisation, Ulu Kelang.

14/07/2025
14/07/2025
14/07/2025
🤱 Bantuan Ibu Bersalin baru saja di-approved! Alhamdulillah rezeki duit bantuan ibu bersalin sudah masukBagi ibu-ibu yan...
28/06/2025

🤱 Bantuan Ibu Bersalin baru saja di-approved!

Alhamdulillah rezeki duit bantuan ibu bersalin sudah masuk
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin atau bakal menimang cahaya mata, jangan lupa Mohon Bantuan Ibu Bersalin RM450

✅ Terbuka kepada warganegara Malaysia
✅ Boleh mohon start kandungan 22minggu
✅ Ibu-Ibu akan terima bantuan RM450 semasa berpantang

🇲🇾



MOHON SEKARANG: SILA DAFTAR & APPLY SEKARANG👇

Semoga kita menjadi seorang insan yang lebih baik di tahun baru ini.Selamat Tahun Baru 2025!!
01/01/2025

Semoga kita menjadi seorang insan yang lebih baik di tahun baru ini.

Selamat Tahun Baru 2025!!

PEMUDA AMANAH GOMBAK JUNJUNG TITAH TENGKU MAHKOTA PAHANG BERHUBUNG KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSINPilihan Raya Kec...
19/08/2024

PEMUDA AMANAH GOMBAK JUNJUNG TITAH TENGKU MAHKOTA PAHANG BERHUBUNG KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kemenangan selesa calon Kerajaan Perpaduan, YB Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Namun, sepanjang tempoh dua minggu tempoh berkempen, pesta demokrasi itu telah tercemar dengan kenyataan daripada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah ceramah yang seolah-olah mempertikaikan keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam melantik YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pasca PRU-15.

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh KDPM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, yang menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan terhadap kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri tersebut.

Pemuda Amanah Gombak menjunjung titah Baginda yang menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai sangat berbahaya dan boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Kami juga ingin menyatakan sokongan penuh agar pihak PDRM mengambil tindakan tegas dan sewajarnya supaya dapat memberi pengajaran kepada mana-mana pihak agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sentimen 3R (Perkauman, Agama, dan Raja-Raja).

Tindakan sebegini bukan sahaja akan menggugat kestabilan politik dan negara bahkan akan mewujudkan rasa jemu dan ketidakpercayaan dalam kalangan rakyat terhadap sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang ada dalam negara kita.



AHMAD USAMAH BIN ZULKIFLI
Ketua Pemuda Amanah Gombak

09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Kemenangan Disyukuri | Persaudaraan Dihargai.
Pimpinan Pemuda AMANAH Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam diseluruh dunia khususnya warga Negeri Selangor.

Mari kita saling bermaafan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sempena bulan mulia ini. Berhati-hati di jalan raya dan semoga sampai ke destinasi dengan selamat.
AMANAH.PROGRESIF.PEDULI

27/01/2024

Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Majlis PBT Selangor 2024/2025. Terima kasih pimpinan kawasan dan negeri kerana memberikan kepercayaan kepada anak muda memimpin masyarakat.

Selamat maju jaya kepada semua Ahli Majlis yang dilantik. Semoga diberi kekuatan, dipermudahkan urusan. Seeru ala Barakatillah.

26/12/2023
25/12/2023

Tahniah! Empat sayap pimpinan Amanah Selangor dipilih memimpin Sayap Amanah Nasional. kebetulan ketiga mereka dipilih sebagai Timbalan di setiap Sayap Nasional. Pemuda Amanah Selangor merakamkan segulung tahniah dan syabas diatas pelantikan tersebut. semoga Allah memberkati perjuangan ini.

Patah atap kerana buluh,
Atap dijalin dengan tali,
Patah sayap bertongkat paruh,
namun undur tidak sekali!

25/12/2023

Terima kasih kepada perwakilan Amanah Nasional yang memilih 6 orang dari kalangan pimpinan Amanah Selangor sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional sesi 2023-2026.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih, semoga Allah berkati perjuangan dan pengorbanan kalian.

Address

Ulu Kelang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Amanah Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share