Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Armed forces, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, Ulu Kelang.

24/04/2026
24/04/2026
π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‘π„π‰πˆπŒπ„π π€π’πŠπ€π‘ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 πƒπˆπ‘π€π‰π€ (𝐑𝐀𝐉𝐃) πŠπ„-πŸ•πŸ‘Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. ...
22/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‘π„π‰πˆπŒπ„π π€π’πŠπ€π‘ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 πƒπˆπ‘π€π‰π€ (𝐑𝐀𝐉𝐃) πŠπ„-πŸ•πŸ‘

Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim, Ketua Pengarah serta seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) dengan penuh hormat dan bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-73.

Semoga RAJD terus unggul sebagai tonggak kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khususnya melalui pengukuhan teras keupayaan yang berpaksikan etos kepahlawanan serta ikrar kesatriaan.

Diharapkan seluruh warga RAJD sentiasa berintegriti tinggi, berdaya saing dan terus menghayati serta mengamalkan semangat β€œBerusaha Untuk Menang.”

β€œBERUSAHA UNTUK MENANG”




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πˆπ’π“π„π‘πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‡π€π†πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐁𝐏𝐊𝐏) πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, 8 April – Isteri warga...
10/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πˆπ’π“π„π‘πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‡π€π†πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐁𝐏𝐊𝐏)

πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, 8 April – Isteri warga BPKP telah melaksanakan Lawatan Kebajikan bagi menyantuni anak-anak pegawai dan anggota yang menghidap penyakit kronik.

Lawatan yang berlangsung ini telah disertai oleh Datin Khairina binti Zait, isteri kepada KP BPKP, Puan Mariah binti Hamid, isteri kepada Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) BPKP, Puan Murni binti Mohd Zain, isteri kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan) BPKP, Puan Suhaimah binti Lijas, isteri Pengarah Kejuruteraan Awam serta barisan Peg Kerja BAKAT dan Penolong Peg Kerja BAKAT.

Dalam lawatan tersebut, delegasi telah menziarahi dua buah kediaman pegawai dan anggota. Lawatan pertama adalah di Blok A RKAT Desa Tun Hussein Onn, Garison Kuala Lumpur bagi menziarahi adik Raden Naura Sumayyah binti Mohamad Mustakim anak kepada Sjn Mohamad Mustakim bin Rosli yang menghidap HFMD komplikasi dan kini masih menjalani rawatan berkala.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Subang Bestari, Shah Alam bagi menziarahi dua orang anak kepada Mej Rozli bin Ibrahim iaitu Putera Muhammad Alfateh dan Putera Muhammad Arryan yang menghidap autisme serta spina bifida dan masih dalam pemantauan rawatan berterusan.

Sepanjang sesi ziarah, delegasi telah menyampaikan sumbangan kebajikan serta meluangkan masa beramah mesra bersama keluarga sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan terhadap cabaran yang dihadapi.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan isteri warga BPKP dalam memperkukuh nilai kasih sayang, kebersamaan serta keprihatinan terhadap kebajikan keluarga warga BPKP, khususnya mereka yang diuji dengan cabaran kesihatan.

Semoga usaha murni ini dapat memberi sedikit keceriaan serta semangat kepada keluarga yang terlibat untuk terus tabah dan kuat menghadapi ujian.

Sumber : PKB BPKP


π€π”πƒπˆπ“ 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ πŸ—πŸ“ π”ππˆπ“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŸ—πŸ“ π”ππŠπ€π“) ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”πŠπ„πŒ π‹πŽπŠ πŠπ€π–...
09/04/2026

π€π”πƒπˆπ“ 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ πŸ—πŸ“ π”ππˆπ“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŸ—πŸ“ π”ππŠπ€π“) ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŠπ„πŒ π‹πŽπŠ πŠπ€π–πˆ, 8 APRIL 2026 - Markas Angkatan Tentera Malaysia – Bahagian Perancang Pertahanan (MATM–BPP) telah melaksanakan Audit Perjawatan dan Organisasi 95 UPKAT pada 8 Apr 26 selaras dengan Garis Panduan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) oleh Bahagian Perkhidmatan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelaksanaan Audit yang dikendalikan oleh Cawangan Perancang Pertahanan (CPP), Sel Struktur A telah melibatkan seramai 17 orang pengaudit yang terdiri daripada pelbagai platform strategik. Berteraskan kepada arahan-arahan dan pekeliling kerajaan yang dikeluarkan, Tim Audit telah berusaha menilai keperluan perjawatan, organisasi dan keupayaan sumber manusia serta aset sedia ada di 95 UPKAT dalam mendepani kompleksiti tugas dan peranan semasa.

Penilaian turut merangkumi aspek kecekapan pengurusan organisasi, pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan pematuhan tatakelola MyPortfolio secara bersistematik dan berintegriti.

Aktiviti Audit dwi tahunan ini mencerminkan komitmen berterusan MATM–BPP dalam memperkemas tadbir urus perjawatan secara holistik, berfokus dan berimpak tinggi selaras dengan Aspirasi Angkatan Masa Hadapan (AMH). Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh struktur organisasi, malah memperkasa pembentukan angkatan yang defensif, moden dan kredibel. Selain itu, Pembentangan Resolusi Audit di akhir sesi pemeriksaan juga telah memberikan input kepada hala tuju strategik (Way Forward) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) dalam mengekalkan kelestarian sebagai Bahagian yang memberikan perkhidmatan kejuruteraan terunggul kepada ATM menerusi disiplin Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik sebagai teras sokongan keupayaan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) serta memastikan sumber manusia BPKP amnya dan 95 UPKAT khususnya kekal relevan, adaptif dan berdaya saing seiring peredaran semasa.

Majlis Pembukaan dan Penutupan Audit telah disempurnakan oleh YBhg Mejar Jeneral Omar bin Haji Dawami TUDM selaku Ketua Pengarah Perancang Pembangunan, MATM–BPP merangkap Ketua Audit Perjawatan Tahun 2026. Sesi Taklimat Perjawatan 95 UPKAT telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah iaitu Kol Ir. Ts. Nasron bin Asaat dan turut dihadiri oleh Pegawai Staf 1 Pengurusan BPKP iaitu Lt Kol Rohaida Binti Ishak serta Puan Zubaida Binti Bohari (N8) sebagai Ketua Pegawai Tadbir Awam

Pemeriksaan Audit Perjawatan dan Organisasi 95 UPKAT telah diakhiri dengan pembentangan Resolusi Audit oleh Ketua Tim Audit, sebagai manifestasi ketelusan dan akauntabiliti, di samping menyampaikan dapatan serta syor penambahbaikan untuk tindakan susulan di peringkat MATM–BPKP dan 95 UPKAT. Pelaksanaan audit ini juga bertepatan dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera iaitu Keutuhan Angkatan dan Kesiapsiagaan Menyeluruh.

Sumber : 95 UPKAT


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ π€ππ†π†πŽπ“π€ π‹π€πˆπ-π‹π€πˆπ ππ€ππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‹π€π‡πˆπ‘ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‡π€π†πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓...
09/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ π€ππ†π†πŽπ“π€ π‹π€πˆπ-π‹π€πˆπ ππ€ππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‹π€π‡πˆπ‘ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‡π€π†πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐁𝐏𝐊𝐏)

πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, 3 Apr 2026 – Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat dan Sambutan Hari Jadi Warga BPKP telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim, Ketua Pengarah BPKP di Lounge Shaik Ahmad, BPKP.

Majlis Pemakaian Pangkat ini melibatkan Staf Sarjan Mohd Anuar Ibrahim Mohamad Noh yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran II (PW II), berkuat kuasa pada 1 Februari 2026. Beliau yang bertukangan sebagai Juru Ukur kini menjawat jawatan sebagai Penyelia Sel Koordinasi. Seluruh warga BPKP merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kenaikan pangkat tersebut dan mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sambutan Hari Lahir warga BPKP bagi bulan Januari hingga April 2026. Seramai 59 warga BPKP telah diraikan dalam majlis ini, yang diserikan dengan acara pemotongan kek. Sambutan ini bukan sahaja bertujuan meraikan warga BPKP, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga BPKP. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang turut dihadiri pegawai-pegawai kanan dan warga BPKP.

Sumber : Sel Aset/Sistem

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŸ—πŸ‘ π”ππˆπ“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŸ—πŸ‘ π”ππŠπ€π“) 𝐃𝐀𝐍 π‰π€πŒπ”π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆ...
09/04/2026

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŸ—πŸ‘ π”ππˆπ“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŸ—πŸ‘ π”ππŠπ€π“) 𝐃𝐀𝐍 π‰π€πŒπ”π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸ—πŸ‘ π”ππŠπ€π“

ππŽπ‘π“ πƒπˆπ‚πŠπ’πŽπ, 7 April 26 – 93 UPKAT telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah yang melibatkan seramai 9 Pegawai, 20 Anggota Lain-Lain Pangkat dan 3 Staf Awam. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Zahed bin Shafie dan telah dilaksanakan di perkarangan Dataran Kejat 93 UPKAT.

Perbarisan dimulakan dengan Pemeriksaan Perbarisan diikuti dengan upacara pemakaian pangkat Staf Sarjan ke Pemangku Pegawai Waran II iaitu 540387 P/PW II Firdaus bin Kamaruzaman dan pemakaian pangkat Sapper ke Pemangku Lans Koperal iaitu 1216144 P/LKpl Muhamad Asyraf Haikal bin Md Ropidi .

Yang Berbahagia Kol Ir Azharie Effenddy bin Azmi, Pegawai Memerintah 93 UPKAT, telah memulakan ucapan dengan merakamkan ucapan salam aidilfitri kepada seluruh warga 93 UPKAT serta keluarga. Beliau turut memberikan ucapan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dengan penekanan bahawa kenaikan tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Dalam amanat yang disampaikan, fokus diberikan terhadap aspek keberhasilan kerja yang berkualiti, pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan serta kepentingan kerja berpasukan. Nilai amanah, integriti, disiplin dan profesionalisme turut ditekankan sebagai asas dalam memastikan kecemerlangan pasukan.

Perbarisan diakhiri dengan acara bergambar dan seterusnya diraikan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan semua warga 93 UPKAT dalam suasana penuh kemesraan dan muhibah.

Sumber : 93 UPKAT


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŸ—πŸ π”ππˆπ“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŸ—πŸ π”ππŠπ€π“) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ...
31/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŸ—πŸ π”ππˆπ“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŸ—πŸ π”ππŠπ€π“) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”πŠπ”π‘ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽππ“π‘π€πŠ ππ€π‡π€π†πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐁𝐏𝐊𝐏)

πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, 30 Mac 26 – Majlis Serah Terima Tugas yang melibatkan perjawatan Pegawai Memerintah 91 UPKAT dan Pengarah Ukur Bahan dan Kontrak telah diadakan di Lounge Shaik Ahmad, BPKP. Majlis dimulakan dengan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 91 UPKAT yang disaksikan oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim, Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) di antara Kol Suraihan bin Md Lani dan Kol Mazlan bin Mohd Zain sebagai Pegawai Memerintah 91 UPKAT yang baharu. Acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan tongkat kuasa sebagai simbolik peralihan tanggungjawab dan amanah kepimpinan secara rasmi.

Seterusnya, Serah Terima Tugas Pengarah Ukur Bahan dan Kontrak yang disaksikan oleh YBhg Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, Brig Jen Ts. Ahmad Tarmidzi bin Yusof di antara Lt Kol Mohd Amrin bin Othman dan Kol Suraihan bin Md Lani sebagai Pengarah Ukur Bahan dan Kontrak yang baharu. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas telah dilaksanakan sebagai simbolik peralihan tanggungjawab dan amanah kepimpinan secara rasmi.

Seluruh warga BPKP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kol Suraihan bin Md Lani atas pelantikan sebagai Pengarah Ukur Bahan dan Kontrak yang baharu serta Kol Mazlan bin Mohd Zain sebagai Pegawai Memerintah 91 UPKAT yang baharu. Semoga kedua-duanya dipermudahkan urusan dalam melaksanakan tanggungjawab pada jawatan masing-masing. Diharapkan pelantikan ini akan terus memperkukuh kepimpinan organisasi serta menyumbang kepada kecemerlangan dan kemajuan BPKP pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim turut menyampaikan bantuan Tabung Zakat ATM melalui perkhidmatan Tentera Darat bagi tahun 2026 kepada Sjn Mohamad Mustakim bin Rosli. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang turut dihadiri pegawai-pegawai kanan dan warga BPKP.

Sumber : Sel Aset/Sistem


25/03/2026

🚨 AMARAN CUACA PANAS MELAMPAU 🚨

Kuala Lumpur kini mencatatkan suhu melebihi 35–37Β°C selama tiga hari berturut-turut. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko strok haba yang berbahaya kepada kesihatan.

🌑️ Langkah pencegahan yang perlu diamalkan:
πŸ’§ Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
πŸ₯€ Minum 200–250ml air setiap 15–20 minit semasa aktiviti fizikal
🚫 Elakkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas
πŸŒ… Pilih waktu pagi atau malam untuk bersenam
🌳 Banyakkan berada di tempat teduh dan berangin
πŸ‘• Pakai pakaian cerah, ringan dan longgar
🧒 Gunakan payung atau topi apabila keluar
🚿 Kerap mandi atau lembapkan badan
β˜• Kurangkan minuman berkafein dan manis
πŸ‰ Lebihkan pengambilan buah-buahan berjus

⚠️ PERINGATAN PENTING
❌ Jangan sesekali meninggalkan kanak-kanak di dalam kenderaan!

Jaga diri, keluarga dan komuniti kita.
Jika mengalami tanda-tanda seperti pening, keletihan melampau atau pengsan, segera dapatkan rawatan.

19/03/2026

Ikhlas daripada
Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim, Ketua Pengarah serta seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP)

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim, Ketua Pengar...
19/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”

Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim, Ketua Pengarah serta seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya warga BPKP.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga. Maaf zahir dan batin.


18/03/2026

PANDUAN RAYA: JAGA BATAS, PELIHARA SYARIAT

Cuti Aidilfitri semakin hampir.

Sudah tentu keterujaan untuk pulang ke kampung halaman dan berziarah sanak-saudara membuak-buak.

Namun, dalam keriangan kita beraya, jangan dilupa batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Angkatan Tentera Malaysia membawakan panduan ringkas mengenai 'Hukum Bersalaman dengan Bukan Mahram' sebagai peringatan kita bersama.

πŸ’‘ Hadamkan Carta Ini. JANGAN SALAH SALAM.

Khas untuk Muslimah (dan juga Muslim), ini adalah panduan hukum bersalaman:

βœ… BOLEH SALAM (MAHRAM SELAMANYA).
Bapa, Datuk, Anak Lelaki, Cucunda, Adik-Beradik Lelaki, Bapa Saudara (Pakcik), Bapa Mentua, Anak Lelaki Tiri, Adik-Beradik Susuan.

❌ TAK BOLEH SALAM (BUKAN MAHRAM/HARAM SEMENTARA).
Sepupu Lelaki, Ipar Lelaki, Abang/Adik Suami, Adik-Beradik Tiri.

πŸ”΄ Bukan Mahram = Haram Bersalaman.

Pastikan kita mengenali siapa mahram kita agar ibadah puasa kita dan kemuliaan Syawal tidak dicemari dengan perkara yang dilarang.

Kepada seluruh warga ATM dan rakyat Malaysia, mari kita sambut Aidilfitri dengan penuh keberkatan.

Sampaikan pesan ini kepada keluarga dan kenalan. Jaga Batas Pergaulan anda.

Address

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur
Ulu Kelang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category