sumbangan.com

sumbangan.com Pusat pengurusan sumbangan kebajikan secara automatik, mudah, telus dan sistematik. korban.sumbangan.com Sumber Saham Akhirat Anda
(3)

06/06/2026

Bayangkan… tempat yang mereka anggap sebagai satu-satunya keluarga, bakal hilang buat selama-lamanya.

Anak-anak ini bukan seperti kita. Mereka tidak punya ibu, tidak punya ayah. Sebahagian besar pernah didera, ditinggalkan, dilupakan.

Kini mereka hanya mahu satu perkara. Tempat perlindungan yang selamat untuk membesar.

Rumah Titian Kasih, yang telah beroperasi hampir 30 tahun, menjaga lebih 60 anak-anak yatim, asnaf, OKU & mangsa dera berusia seawal 1 tahun hingga 18 tahun.

Namun kini, mereka sedang diuji...

Ayuh bantu mereka dengan selamatkan Rumah Titian Kasih ini demi masa depan anak-anak kecil yang masih mengharap.

Berminat untuk membantu kempen ini? Jom menyumbang di platform sumbangan.com

Terima Kasih Orang Baik!

Sedar tak?Kadang-kadang kita terlalu sibuk meminta perkara yang kita inginkan.Sedangkan kita lupa untuk meminta perkara ...
05/06/2026

Sedar tak?

Kadang-kadang kita terlalu sibuk meminta perkara yang kita inginkan.

Sedangkan kita lupa untuk meminta perkara yang benar-benar kita perlukan.

Doa ini pendek, tetapi cukup besar maknanya.

Kebaikan untuk hidup yang sedang kita jalani.
Kebaikan untuk kehidupan yang akan kita tempuhi nanti.
Dan perlindungan daripada azab yang tidak mampu kita tanggung.

Jika tidak tahu apa yang ingin dipinta hari ini, cukuplah basahkan bibir dengan doa ini.

Kerana di dalamnya terkandung harapan seorang hamba untuk selamat di dunia dan berjaya di akhirat. 🤍

hadirkan fasiliti ibadah untuk anak anak dah asnaf miskin
04/06/2026

hadirkan fasiliti ibadah untuk anak anak dah asnaf miskin

Dalam kesibukan hidup, kita sering terlupa bahawa solat bukan sekadar kewajipan. Ia adalah hadiah daripada Allah untuk m...
03/06/2026

Dalam kesibukan hidup, kita sering terlupa bahawa solat bukan sekadar kewajipan.

Ia adalah hadiah daripada Allah untuk membersihkan hati dan menghapuskan dosa.

Setiap kali dahi menyentuh bumi dalam sujud, setiap kali tubuh tunduk dalam rukuk, Allah membuka ruang keampunan buat hamba-Nya. Dosa yang dilakukan, kesilapan yang disesali, semuanya boleh menjadi sebab untuk kita kembali lebih dekat kepada-Nya.

Jangan biarkan rasa bersalah menjauhkan diri daripada solat. Kerana solat itulah jalan untuk membersihkan segala kekurangan yang ada dalam diri.

Jangan tinggalkan solat. Kerana di setiap rukuk dan sujud, ada keampunan yang sedang menanti kita :)

03/06/2026

“Hampir setahun, anak-anak pakai baju sekolah yang dah lusuh”

Ujian yang dilalui oleh anak-anak di Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh tidak dinafikan, sangat menyedihkan, bukan kerana mereka tidak dijaga namun, sebab kewangan yang sering menjadi kekangan, menjadikan kehidupan mereka sangat struggle.

Realitinya di Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh inilah, hampir 50 anak yatim dan asnaf berusia 3 hingga 16 tahun bergantung sepenuhnya di sini untuk teruskan hidup.

Sekarang ada hampir 50 anak yatim & asnaf, dan kos keseluruhan mencecah RM35,000 sebulan‼️😱

Dengan sumbangan anda hari ini:
✅ Seorang penghuni dapat makan, pakaian & tempat tinggal selamat
✅ Pendidikan dan kelas tuisyen untuk 50 anak dapat diteruskan.
✅ Kos rawatan bila sakit, terjaga
✅ Asrama, bil utiliti & van sekolah dapat ditampung

🕌 Sabda Rasulullah SAW: “Aku dan penjaga anak yatim di syurga begini,” sambil Baginda merapatkan dua jarinya. (Riwayat Muslim)

Berminat untuk bantu kempen ini? Layari platform sumbangan.com untuk menyumbang.

Terima Kasih Orang Baik!

Adakah tudung bawal dibenarkan dalam Islam? Hakikatnya, Islam tidak menetapkan jenis tudung tertentu. Yang dititikberatk...
02/06/2026

Adakah tudung bawal dibenarkan dalam Islam? Hakikatnya, Islam tidak menetapkan jenis tudung tertentu. Yang dititikberatkan ialah bagaimana ia dipakai dan sejauh mana ia memenuhi tuntutan menutup aurat.

Jika tudung bawal digayakan dengan sempurna, menutupi rambut, leher dan dada, tidak jarang serta tidak menarik perhatian secara berlebihan, maka ia termasuk dalam usaha menjaga aurat yang dituntut oleh syariat.

Berhijab bukan sekadar menutup kepala, tetapi juga melambangkan rasa taat kepada Allah dan menjaga kehormatan diri.

Apa jua jenis tudung yang dipilih, pastikan ia membantu kita mendekatkan diri kepada-Nya, bukan sekadar mengikut trend atau penampilan semata-mata.

"...dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..." (Surah An-Nur: 31)

Sesuap rezeki anda, senyuman bahagia mereka!ASAR Humanity melancarkan kempen bantuan makanan berkhasiat percuma dan pek ...
02/06/2026

Sesuap rezeki anda, senyuman bahagia mereka!

ASAR Humanity melancarkan kempen bantuan makanan berkhasiat percuma dan pek sembako khusus buat warga emas, gelandangan, serta komuniti di kampung pemulung miskin.

Setiap suapan yang kita berikan adalah tenaga untuk mereka meneruskan hidup dengan lebih bermaruah.

Bayangkan kegembiraan wajah-wajah sayu ini apabila menerima sekotak sembako dan hidangan hangat yang jarang sekali dapat mereka nikmati.

Huluran tangan anda bukan sekadar mengenyangkan perut yang lapar, malah menjadi bukti bahawa mereka tidak pernah dipinggirkan.

Ayuh bantu isi perut lapar warga emas pemulung dan gelandangan yang terpinggir ini sebelum mereka lena dalam kelaparan.

Berminat untuk bantu kempen ini? Scan QR tertera untuk menyumbang terus kepada kempen ini di platform sumbangan.com

Terima Kasih Orang Baik!

Kempen ini bertujuan menyediakan buku Iqra kepada pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka dapat belajar mengaji den...
30/05/2026

Kempen ini bertujuan menyediakan buku Iqra kepada pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka dapat belajar mengaji dengan lebih baik.

Setiap huruf yang mereka kenal hari ini, adalah langkah pertama menuju cahaya Al-Quran.

Namun tidak semua anak-anak ini memiliki peluang yang sama. Ada yang berkongsi buku Iqra, ada yang belajar tanpa bahan yang mencukupi, dan ada juga yang hanya mampu melihat tanpa dapat memiliki.

Sumbangan anda bukan sekadar sebuah buku, tetapi menjadi asbab mereka mengenal huruf, membaca dengan yakin, dan mendekatkan diri kepada Al-Quran.

Bayangkan… setiap kali mereka membaca, setiap huruf yang dilafazkan akan mengalirkan pahala berterusan kepada anda, walaupun kita tidak lagi berada di dunia ini.

Berminat untuk bantu kempen ini? Scan QR tertera untuk terus menyumbang di platform sumbangan.com

“Dah taubat… tapi buat dosa lagi?”Mungkin itu persoalan yang sering bermain dalam hati kita.Dah menangis dalam doa. Dah ...
29/05/2026

“Dah taubat… tapi buat dosa lagi?”

Mungkin itu persoalan yang sering bermain dalam hati kita.
Dah menangis dalam doa. Dah minta ampun sungguh-sungguh. Dah berjanji tak nak ulang lagi. Tapi akhirnya… terjatuh semula pada dosa yang sama.

Dan saat itu, syaitan mula membisikkan,
“Untuk apa bertaubat kalau akhirnya ulang balik?”

Tapi jangan lupa, Allah tahu kita sekadar hamba-Nya yang lemah,
Dan Allah SWT sentiasa melihat bagaimana kita kembali kepada-Nya setiap kali kita jatuh.

Selagi hati masih rasa bersalah, masih rasa malu dengan dosa sendiri, masih mencari Allah selepas melakukan kesilapan, itu tanda iman masih ada dalam diri 🤍

Rahmat Allah terlalu luas untuk dihadkan dengan dosa kita.
Jangan berhenti bertaubat hanya kerana kita belum sempurna. Kerana taubat bukan untuk manusia yang suci, tetapi untuk manusia yang sedang berusaha.

Mungkin hari ini kita kalah dengan nafsu.
Tetapi jangan biarkan kekalahan itu menjauhkan kita daripada dekat dan baiki hubungan kita dengan Allah SWT.

Bangun semula.
Istighfar semula.
Doa semula.

Dan terus berharap pada kasih sayang Allah, kerana pintu taubat itu masih terbuka selagi nyawa belum sampai di kerongkong ✨

Kempen ini bertujuan menyediakan buku Iqra kepada pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka dapat belajar mengaji den...
28/05/2026

Kempen ini bertujuan menyediakan buku Iqra kepada pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka dapat belajar mengaji dengan lebih baik.

Melalui kempen ini, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) berusaha menyediakan naskhah Iqra kepada pelajar-pelajar yang memerlukan agar mereka dapat belajar mengaji dengan lebih sempurna dan tersusun.

Sumbangan anda bukan sekadar sebuah buku, tetapi menjadi asbab mereka mengenal huruf, membaca dengan yakin, dan mendekatkan diri kepada Al-Quran.

Bayangkan… setiap kali mereka membaca, setiap huruf yang dilafazkan akan mengalirkan pahala berterusan kepada anda, walaupun kita tidak lagi berada di dunia ini.

Berminat untuk bantu kempen ini? Scan QR tertera untuk menyumbang terus di platform sumbangan.com

Terima Kasih Orang Baik!

Address

70X, Jalan Keramat Hujung, Jalan Bukit Keramat, Kampung Datuk Keramat
Ulu Kelang
54000

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60194475555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when sumbangan.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to sumbangan.com:

Share