Amanah HuluSelangor

Amanah HuluSelangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amanah HuluSelangor, Political organisation, Ulu Bernam.

Ziarah Peduli Paksu Azhar, Bilal Surau Al-Furqan Bukit Sentosa yang diuji dengan kemalangan. Beliau mengalami patang tul...
04/02/2017

Ziarah Peduli Paksu Azhar, Bilal Surau Al-Furqan Bukit Sentosa yang diuji dengan kemalangan. Beliau mengalami patang tulang belakang. Sama2 kita doakan beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Akhbar Amanah Terkini.
03/02/2017

Akhbar Amanah Terkini.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia sama ada parti-parti politik, NGO, aktivis hak asasi dan individu prihatin agar tu...
02/02/2017

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia sama ada parti-parti politik, NGO, aktivis hak asasi dan individu prihatin agar turun bersama pada himpunan di Kedutaan Amerika Syarikat jumaat ini." - Haji Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara.

Team ARiF Hulu Selangor bersama ARif Selangor turun ke Sungai Besar bagi Misi Bantuan & Ops Cuci Rumah mangsa banjir. Se...
28/01/2017

Team ARiF Hulu Selangor bersama ARif Selangor turun ke Sungai Besar bagi Misi Bantuan & Ops Cuci Rumah mangsa banjir. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Selamat Tahun Baru Cina dari Amanah Hulu Selangor."Teguhkan Perpaduan, Lakukan Perubahan, Demi Negara"
26/01/2017

Selamat Tahun Baru Cina dari Amanah Hulu Selangor.

"Teguhkan Perpaduan, Lakukan Perubahan, Demi Negara"

PENYELEWENGAN FELDA: ADAKAH ISA SAMAD TIDAK TAHU?Saya terpanggil untuk memberi reaksi berhubung tindakan Suruhanjaya Pen...
26/01/2017

PENYELEWENGAN FELDA: ADAKAH ISA SAMAD TIDAK TAHU?

Saya terpanggil untuk memberi reaksi berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan empat orang pegawai kanan Felda kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta.

Laporan media menyebut kejadian itu berlaku sejak 2014 iaitu semasa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda. Saya ingin mempersoal apa yang Mohd Isa buat sepanjang menerajui agensi kerajaan itu? Adakah beliau selaku pengerusi, langsung tidak mengetahui penyelewengan sebesar itu berlaku?

Umum maklum bahawa Felda sejak dibawah Mohd Isa mengalami kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek di bawah mereka dan ianya disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015.Selain itu, terbaru beberapa kajian menyebut bahawa Felda akan kerugian sebanyak RM7.8 bilion lagi jika mengambil keputusan menyahsenaraikan FGV dari bursa saham.

Sehubungan itu, Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa satu siasatan menyeluruh dibuat ke atas pengurusan kewangan Felda termasuk semasa di bawah pentadbiran Mohd Isa. AMANAH mengaskan bahawa Felda yang dicetuskan oleh Tun Abdul Razak adalah bertujuan untuk membantu ekonomi rakyat di luar bandar dan ianya haruslah diurus oleh mereka yang mempunyai integriti dan wibawa yang tinggi.

AMANAH DEMI NEGARA

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

25 Jan 2017

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional25 Januari 2017SEGAMAT TENGGELAM, BANTUAN RAKYAT MALAYSIA DITAGIH1. Banjir di Sega...
25/01/2017

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional

25 Januari 2017

SEGAMAT TENGGELAM, BANTUAN RAKYAT MALAYSIA DITAGIH

1. Banjir di Segamat kini memasuki hari kedua. Tragedi ini sememangnya tidak dijangka memandangkan pembinaan tebatan banjir telah pun dibuat di Kampong Jawa pasca banjir besar 2006. Bahkan sebahagian besar kereta yang kandas di tengah bandar Segamat semalam menjadi bukti situasi panik sebahagian besar warga Segamat yang keluar berpusu-pusu mencari bekalan makanan ketika paras Sungai Segamat melepasi paras bahaya.

2. Mengikut pengalaman saya yang pernah menjadi mangsa banjir besar 2006, biasanya bekalan sedia ada hanya cukup untuk 3 hari awal. Memasuki hari keempat - dengan hampir kesemua pasaraya-pasaraya dan kedai barangan runcit ditenggelami air - Segamat akan menjadi seperti pulau yang keputusan bekalan makanan dan air bersih. Jika air surut sedikit pun dalam sehari dua ini, keadaan tetap sama memandangkan bekalan air bersih yang masih belum beroperasi dan bekalan makanan yang terpaksa dicatu.

3. Lebih memburukkan keadaan apabila ramai anak-anak kecil di pusat-pusat pemindahan yang terputus bekalan susu dan terpaksa menahan gigitan nyamuk di malam hari. Dengan bekalan elektrik yang perlu dipotong (atas sebab keselamatan), keadaan yang amat tidak selesa ini menyebabkan raungan tangisan bayi-bayi di pusat pemindahan ibarat irama syahdu yang memilukan hati kita sebagai orang dewasa.

4. Segamat memerlukan anda. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang masih terkandas di sini. Kami amat-amat memerlukan bantuan kewangan untuk membeli keperluan-keperluan seperti selimut, kelambu bayi, kipas tangan, susu formula bayi, air mineral dan bekalan-bekalan makanan lain untuk dihantar daripada luar menaiki lori dan masuk ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk. Sumbangan anda boleh dihulurkan ke akaun Maybank MUAR CARE - 551221101387

"Membina Negara Berintegriti"


SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional / Penyelaras DUN Pemanis

KUALA LUMPUR: Empat pengurusan kanan FELDA termasuk seorang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)...
24/01/2017

KUALA LUMPUR: Empat pengurusan kanan FELDA termasuk seorang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi projek penternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014. Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi, menerusi Operasi Caviar dilancarkan SPRM. Sumber berkata, mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta (AS$10 juta) sejak tahun 2014.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/23913

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan syabas dan tahniah atas tindakan SPRM menahan 4 orang pegawai kanan Felda yang terlibat dengan Projek Ternakan Ikan Sturgeon yang gagal dan disyaki mempunyai unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pada 23 Nov 2016, saya bersama 8 orang yang lain telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Central JB, ekoran Laporan Jabatan Audit Negara mengenai projek2 Felda yang dibentangkan di Parlimen. Saya telah diambil keterangan lebih sejam oleh pihak polis.

Saya bersama Dato' Ezam Mohd Nor, Sdr Wan Shahrir Abd Jalil dan pimpinan ANAK kemudiannya membuat susulan di SPRM Putrajaya pada 29 dis lalu, mendesak SPRM menyegerakan siasatan dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Pada 3 jan 2017 lalu, saya telah menerima pemakluman resmi dari SPRM, mengenai status siasatan.

Di samping mengalu alukan tindakan SPRM, ANAK turut menggesa agar siasatan mesti menyeluruh kepada pemimpin lebih kanan termasuk mereka yang terlibat dalam memutuskan projek, yang membawa kepada lesapnya wang Felda dan peneroka pada keseluruhannya.

ANAK akan terus memberi kerjasama kepada SPRM, POLIS dan mana mana pihak demi mempastikan intergriti dan kepentingan rakyat di pertahankan.

MENERAJUI PERUBAHAN

Mazlan Aliman
24 Jan 2017

Ahli Amanah Zon Bukit Beruntung menyertai Program Jom Bersih Kubur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung anjuran Mas...
23/01/2017

Ahli Amanah Zon Bukit Beruntung menyertai Program Jom Bersih Kubur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung anjuran Masjid As-Salam & Masjid Saidina Ali.

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Mohd. Amran bin Sakir memberikan taklimat Skim Peduli Sihat kepada penduduk Batu ...
23/01/2017

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Mohd. Amran bin Sakir memberikan taklimat Skim Peduli Sihat kepada penduduk Batu 30, Ulu Yam Lama.

Edaran Buah Limau sempena Tahun Baru Cina di Pekan Hulu Bernam. Teguhkan Perpaduan, Lakukan Perubahan, Demi Negara.
22/01/2017

Edaran Buah Limau sempena Tahun Baru Cina di Pekan Hulu Bernam. Teguhkan Perpaduan, Lakukan Perubahan, Demi Negara.

Address

Ulu Bernam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah HuluSelangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share