Perikatan Nasional Tumpat

Perikatan Nasional Tumpat Politik

10/08/2023

Setiap hamba meminta kepada Allah atas apa yang mereka hajati, justeru saya menyeru kepada semua saudara adik kakok ambo, terutamanya pengundi-pengundi muda sekalian bahwa ada kebathilan yang kita tidak boleh biarkan.

Kewajipan kita bersama untuk melawan itu semua. Marilah kita membina wadah perjuangan yang meletakkan kebenaran dihadapan agar Islam sentiasa tinggi di puncak.

Semoga Allah memberikan kita kemenangan🤲🏻

Cikgu Nan








07/07/2023
BismiLlahir Rahmanir Rahim dengan asmauLlah yg Maha Agung... alhamdulillah hari ini Majlis Parlimen Malaysia ke 15 oleh ...
13/02/2023

BismiLlahir Rahmanir Rahim dengan asmauLlah yg Maha Agung... alhamdulillah hari ini Majlis Parlimen Malaysia ke 15 oleh Kebawah Duli YMM Seri Paduka Baginda Yang Di - Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin -YDPA mulakan dengan alfatihah utk Turkeye dan tahniah buat Kerajaan PN atas prestasi ekonomi terbaik Asia Tenggara pada tahun 2022

ktaz ditemani suami dan kakak anak ketiga gilirannya jadi pengiring abah kali ini sebelum exam UMK lusa ,hari ini Ngah sedang exam di UTM dan adik ada kelas di USIM dan abe long dan ina on the way ke KL ambik turn teman abah semoga semua lancar dan selamat hari ini, semoga barakah buat semua

hari ini melangkah tenang bila abah ulang balik ayat TGNA "enti dilantik utk bawa Islam ke Parlimen" insyaAllah dipermudahkan, doakan kami untuk mengemukakan hujjah dgn cara paling tepat dan berhikmah untuk bawa suara rakyat Tumpat, Kelantan dan Malaysia amnya demi Islam dan Ummah bersama 73 lagi MP PN istimewa 5 rakan MP Wanita Muslimat Pas kali ini, aamin Ya Rabbal Alamin...






07/02/2023
05/01/2023

Catatan Duha
Kelompok kebatilan, mereka hilang pedoman, pandagannya celaru terhadap kebenaran , manakala ilmunya tidak memandu kehidupan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 11 Jamadil Akhir 1444 5 Januari 2023 Khamis

13/12/2022

*JANGAN TINGGALKAN BUKIT UHUD*

Wahai para mujahidin PAS di pelbagai peringkat. Terus perkukuh ukhuwah silaturrahim dan perkemas gerak kerja untuk meneruskan perjuangan.

*Ingatlah "perang" belum berakhir dan tidak akan pernah berakhir hingga kiamat.* Sebaliknya bersiap siagalah dengan segala "persenjataan" dan kekuatan.

*Jangan Tinggalkan Bukit Uhud..*

Menang atau kalah, sudah menjadi amalan kita tetap meraikannya dengan kenduri kesyukuran hampir setiap malam di sana sini.

Namun jangan leka dan lalai serta usahlah terlalu gembira dengan kemenangan besar kita baru-baru ini sehingga berasa selesa dengan keadaan semasa.

*Jangan Tinggalkan Bukit Uhud..*

Musuh semakin mara, bertambah bersemangat disebabkan kebimbangan mereka dengan "gelombang hijau" yang membadai dalam PRU15 lalu hingga menjadi terpinga lesu seolah-olah mereka tidak percaya dengan apa yang berlaku.

*Tindak balas kita hendaklah selari dengan keputusan jemaah yang dipandu arahnya oleh pimpinan.* Pertimbangan dibuat sudah pasti akan menguntungkan Islam keseluruhannya.

*Jangan Tinggalkan Bukit Uhud..*

Langkah mereka disusun kembali dengan pelbagai perancangan jahat dirangka semula. Mereka sudah terbiasa menggunakan senjata fitnah, tuduhan liar yang terus dilancarkan terhadap lslam dan para pejuangnya.

Kata-kata hikmah yang perlu kita fahami dan sedari;

الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام

“Kebenaran yang tidak tersusun boleh dikalahkan oleh batil yang tersusun.”

*Jangan Tinggalkan Bukit Uhud..*

Jeneral musuh juga sudah mula memberi amaran agar dikekang gelombang perubahan ini. Pelbagai sekatan dan tekanan mula dikenakan kepada kita, tetapi tugas kita mesti memastikan cahaya lslam terus gemilang.

Tiada yang mudah melainkan dengan tindakan yang istiqamah, meneruskan usaha dakwah Rasulullah SAW dengan menelusuri jalan siasah syar'iyyah.

*Jangan Tinggalkan Bukit Uhud..*

Bangkitlah para pejuang, pasukan pemanah (mujahid siber) boleh terus melancarkan anak panah untuk memusnahkan musuh.

Tetapi kita tetap utuh dengan prinsip perjuangan Islam kerana adanya dosa dan pahala yang perlu diambil kira dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah SWT.

*Jangan Tinggalkan Bukit Uhud..*

Para ulamak terus memberikan kesedaran dan kefahaman dengan sabar agar kita semua sebagai murabittin yang bersedia menjadi benteng agama Islam.

Ahli Suffah p**a terus bermunajat memohon bantuan Allah SWT dengan semua kita berada diposisi masing-masing, InsyaAllah.

USTAZ SALLEH SAID
Yang Dipertua
PAS Kawasan Tambun
10 Disember 2022


08/12/2022

Saya mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Padang Serai dan Tioman yang telah memilih Perikatan Nasional.

Syukur ke hadrat Allah SWT, kemenangan besar PN di Padang Serai dan kekalahan tipis di Tioman merupakan petanda positif sokongan padu rakyat kepada PN. Kedua-kedua kerusi ini masing-masing dimenangi oleh PH dan BN dalam PRU 14.

Keputusan kedua-dua PRK ini menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan BN dan PH. Majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam PRU 14.

Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara. Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU 15, ramai penyokong kedua-kedua parti ini telah beralih arah menyokong PN.

Bagi saya, penipuan PH dan BN dalam PRU 15 adalah "the biggest electoral fraud ever" dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai. Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya PN di Padang Serai dan Tioman atas komitmen dan kerja keras anda semua sepanjang tempoh berkempen.

07/12/2022

Minda Presiden PAS

TAUKE DAN SYARIKAT JUDI HANYA LAYAK BERSAMA PH

Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada Perikatan Nasional (PN), sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Sahamnya hanya naik semula, apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih. Diikuti p**a dengan pembentukan kabinet yang tidak bersih, kerana telah melibatkan bekas banduan walaupun telah diampun, kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya, pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke dan syarikat judi.

Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kump**an yang terdapat di dalamnya yang dituduh sebagai Taliban, pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas. Hal ini bermakna tauke judi itu sangat bodoh, walaupun pandai menipu dan paling banyak menyumbang rasuah kepada penerima rasuah yang ditarik bergabung dengan bekas banduan kluster mahkamah, sehingga menjadi penyokong kuat PH bagi menubuhkan kerajaan.

Apabila PAS memerintah Kelantan, maka diambil suatu langkah bagi menutup tempat perjudian yang diharamkan oleh Islam dan diadakan dialog dengan para pemimpin semua agama. Mereka memaklumkan bahawa judi turut diharamkan oleh semua agama.

Selepas itu, kami menghadapi masalah apabila bidang kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada premis perjudian. Adapun lesen kebenaran berjudi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri sekarang yang dilantik oleh PH, merangkap Menteri Kewangan juga.

Apabila kerajaan PAS Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah menutup premis perjudian dan lain-lain di bawah bidang kuasanya, tiba-tiba tindakan itu mendapat protes daripada parti komponen PH, walaupun dalam perkara yang hanya berkait dengan hak umat Islam. Malangnya, mereka yang berwajah Islam dalam PH diam membisu.

Pepatah Melayu ada menegaskan, “Kalau rumah berdinding kaca jangan dikacau rumah orang lain, nanti kalau dibalas maka berkecailah dinding rumah kamu itu.”

Mereka juga boleh melakukan dengan cara menipu orang-orang yang sangat bodoh, khususnya melalui media yang boleh melariskan penipuan itu, laksana penjual ubat yang boleh menjual biji-biji tahi kambing, jika pandai mensyarahkannya maka boleh ditafsirkan menjadi majun yang laris dijual.

Zuhair bin Abi Salama, seorang pujangga Arab pada zaman sebelum Rasulullah SAW pernah menegaskan:
‌وَمَهْمَا ‌تَكُنْ ‌عِنْدَ ‌امْرِئٍ ‌مِنْ ‌خَليقةٍ ... وَإِنْ خَالَهَا تَخْفَى عَلَى النَّاسِ تُعْلَمِ.
“Sekalipun seseorang itu mempunyai perangai yang disembunyikan kepada orang ramai, akhirnya ia akan tetap terdedah juga.”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Jumadal Ula 1444 / 7 Disember 2022

[Bil: 66 / 2022]

[ JAMUAN KESYUKURAN PRU 15 ]‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ال...
06/12/2022

[ JAMUAN KESYUKURAN PRU 15 ]

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, menjemput seluruh penyokong Perikatan Nasional Tumpat untuk menghadiri Jamuan Kesyukuran sempena kemenangan P019 Tumpat.

Butiran seperti berikut :

Tarikh : 10 Disember 2022 (Sabtu)
Masa : 12 Tengahari - 3 petang
Tempat (8 Lokasi) :

1. Dun pengkalan Kubor
- Dataran pantai Geting
- Tapak pasar bendang pak Yong

2. Dun Kelaboran
- Pantai Ndo

3. Dun Pasir Pekan
- Wisma Ibadurahman, Morak
- Tapak Pasar Malam, Kg Laut
- Pasti Tok Malek, Alor Pasir

4. Dun Wakaf Bharu
- Pasang Puteri Saadong
- Dewan Terbuka SMU(A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat

Semua dijemput hadir!











Address

Pejabat PAS Tumpat
Tumpat
16200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perikatan Nasional Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share