20/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
TUARAN, SABAH โ Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Ketua Menteri Sabah yang diketuai oleh Tuan Ahmad Izzudin bin Abd Adzim, Pegawai Keselamatan merangkap Penolong Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Kunjungan tersebut bertujuan mengadakan sesi perbincangan, pertukaran pendapat dan khidmat nasihat serta memperkukuhkan kerjasama strategik dalam aspek keselamatan, penglibatan awam dalam pertahanan, pertukaran maklumat berkaitan kesiagaan keselamatan dan pelaksanaan latihan bersama.
Turut diadakan Taklimat Pengenalan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh PgR Mohd Ajilee bin Rapsinin, Pegawai Latihan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah. Taklimat tersebut memberi penerangan berkaitan fungsi, peranan serta pengoperasian latihan yang dilaksanakan di PLRNS dalam melahirkan anggota RELA yang berdisiplin, berkemahiran dan cekap.
Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara Pusat Latihan RELA Negeri Sabah dan Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam memperkukuhkan aspek keselamatan serta pembangunan kapasiti sumber manusia demi kepentingan bersama.