PGRS Kg. Baru Selaud

PGRS Kg. Baru Selaud PGRS Cawangan Kg. Baru Selaud, Tuaran

08/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang turunnya wahyu pertama sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini menguatkan lagi keimanan kita, mendekatkan hati kepada ajaran Islam serta membimbing kita menjadi insan yang lebih baik, berakhlak mulia dan sentiasa berusaha melakukan kebaikan.

Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam membina masyarakat yang harmoni, progresif dan sejahtera.

08/03/2026
08/03/2026
08/03/2026

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia! πŸ’

Wanita memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh, masyarakat yang harmoni dan negara yang maju. Ketabahan, kebijaksanaan dan dedikasi wanita dalam pelbagai bidang terus menjadi sumber kekuatan kepada pembangunan dan kemajuan bersama.

Tema tahun ini, β€œMemartabat Wanita, Memperkukuh Negara”, mengingatkan kita bahawa kemajuan sesebuah negara tidak dapat dipisahkan daripada sumbangan dan penglibatan aktif golongan wanita.

Semoga semua wanita terus dihargai, diperkasa dan diberi ruang yang sewajarnya untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat, negeri dan negara. Terima kasih kepada semua wanita yang menjadi tulang belakang kepada kami semua.

Kerajaan Negeri telah menyumbangkan dua kenderaan pacuan empat roda bagi menyokong operasi Jabatan Siasatan Jenayah Nark...
14/02/2026

Kerajaan Negeri telah menyumbangkan dua kenderaan pacuan empat roda bagi menyokong operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Sabah sebagai sebahagian komitmen berterusan untuk memperkukuh keupayaan pasukan keselamatan dalam membanteras jenayah dan melindungi masyarakat.

Penyerahan replika kunci disampaikan kepada Ketua Polis Negara, YDH IG Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan. Turut hadir YB Datuk James Ratib (Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi), YB Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Datuk Jauteh Dikun (Pesuruhjaya Polis Sabah) serta pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan pasukan keselamatan akan terus diperkukuh demi memastikan Sabah kekal aman, stabil dan sejahtera untuk semua.



Anak-anak Sabah di perantauan, jangan putus hubungan dengan negeri sendiri.Melalui pelancaran Inisiatif Bantuan Graduan ...
14/02/2026

Anak-anak Sabah di perantauan, jangan putus hubungan dengan negeri sendiri.

Melalui pelancaran Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah atau GRS SubFly 2026, seramai 2,772 pelajar Sabah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menerima manfaat secara langsung. Ini adalah antara komitmen kerajaan untuk terus menjaga kebajikan pelajar Sabah di mana sahaja mereka menuntut ilmu, kerana pendidikan adalah kunci masa depan negeri.

Dalam program semalam, saya mengingatkan mereka supaya sentiasa mengambil tahu usaha dan dasar yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri serta mendapatkan maklumat yang betul secara langsung. Jangan mudah terpengaruh dengan cerita luar yang tidak menggambarkan realiti sebenar di Sabah.

Saya turut menyeru agar anak-anak Sabah yang menimba ilmu di luar kembali suatu hari nanti untuk berkhidmat dan menyumbang kepakaran kepada negeri tercinta. Sabah memerlukan tenaga muda, idea baharu dan semangat anak watan untuk terus membangun secara mampan.



Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembal...
05/12/2025

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

​Mendapat perkhabaran duka pemergian Allahyarham Datuk Seri Panglima B**g Moktar Bin Radin ke Rahmatullah pada hari ini, 5 Disember 2025.

​Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian berat ini. Jasa dan bakti Allahyarham pastinya akan terus dikenang.

​Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Surah Al-Fajr: 27-30)

​Doa buat Allahyarham:
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia. Muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya yang abadi. Tempatkanlah roh Allahyarham di kalangan para solihin dan orang-orang yang beriman.
​Al-Fatihah.

​

**gMoktarRadin

02/12/2025

π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰ 𝒂𝒕𝒂𝒔 π‘·π’†π’π’‚π’π’•π’Šπ’Œπ’‚π’ π‘¨π’‰π’π’Š π‘«π’†π’˜π’‚π’ π‘Όπ’π’…π’‚π’π’ˆπ’‚π’ π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š

π‘Ίπ’†π’•π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’Š-π’•π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’Š π’•π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰ π’…π’Šπ’–π’„π’‚π’‘π’Œπ’‚π’ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’”π’†π’Žπ’–π’‚ π‘¨π’‰π’π’Š π‘«π’†π’˜π’‚π’ π‘Όπ’π’…π’‚π’π’ˆπ’‚π’ π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š π’šπ’‚π’π’ˆ 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 π’…π’Šπ’π’‚π’π’•π’Šπ’Œ.

π‘Ίπ’†π’Žπ’π’ˆπ’‚ π’‚π’Žπ’‚π’π’‚π’‰ π’šπ’‚π’π’ˆ π’…π’Šπ’‘π’†π’“π’•π’‚π’π’ˆπ’ˆπ’–π’π’ˆπ’‹π’‚π’˜π’‚π’ƒπ’Œπ’‚π’ π’Šπ’π’Š 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 π’…π’Šπ’π’‚π’Œπ’”π’‚π’π’‚π’Œπ’‚π’ π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 π’Šπ’π’•π’†π’ˆπ’“π’Šπ’•π’Š, π’Œπ’†π’Šπ’Œπ’‰π’π’‚π’”π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π’Œπ’π’Žπ’Šπ’•π’Žπ’†π’ π’…π’†π’Žπ’Š π’Œπ’†π’ƒπ’‚π’‹π’Šπ’Œπ’‚π’ π’“π’‚π’Œπ’šπ’‚π’• 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 π’Œπ’†π’Žπ’‚π’‹π’–π’‚π’ π’π’†π’ˆπ’†π’“π’Š 𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉 π’•π’†π’“π’„π’Šπ’π’•π’‚.

𝑴𝒖𝒅𝒂𝒉-π’Žπ’–π’…π’‚π’‰π’‚π’ π’Œπ’†π’‘π’Šπ’Žπ’‘π’Šπ’π’‚π’ π’šπ’‚π’π’ˆ π’…π’Šπ’ˆπ’‚π’π’‚π’” π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’Œπ’†π’”π’•π’‚π’ƒπ’Šπ’π’‚π’, π’‘π’†π’Žπ’ƒπ’‚π’π’ˆπ’–π’π’‚π’ 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 π’Œπ’†π’”π’†π’‹π’‚π’‰π’•π’†π’“π’‚π’‚π’ π’–π’π’•π’–π’Œ π’”π’†π’Žπ’–π’‚ π’π’‚π’‘π’Šπ’”π’‚π’ π’Žπ’‚π’”π’šπ’‚π’“π’‚π’Œπ’‚π’•.

𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒋𝒖 π‘±π’‚π’šπ’‚.

#π‘Ίπ’‚π’ƒπ’‚π’‰π‘΄π’‚π’‹π’–π‘±π’‚π’šπ’‚ #π‘²π’†π’“π’‚π’‹π’‚π’‚π’π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Šπ‘Ίπ’‚π’ƒπ’‚π’‰ #π‘©π’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚π‘Ήπ’‚π’Œπ’šπ’‚π’•

Address

Kg. Baru Selaud
Tuaran
89208

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PGRS Kg. Baru Selaud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PGRS Kg. Baru Selaud:

Share