Wanita Sulaman

Wanita Sulaman Info rasmi PENERANGAN WANITA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN DUN SULAMAN

01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Patik bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah dan seluruh rakyat Sabah mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta keberkatan yang berpanjangan dalam menerajui negara.

Patik juga mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan yang berterusan.

Semoga institusi Raja Berperlembagaan terus kekal utuh sebagai payung perpaduan rakyat, lambang kedaulatan negara dan tunjang kestabilan yang membawa kemakmuran kepada Malaysia.

Dirgahayu Tuanku.

Daulat Tuanku.



30/05/2026
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah! Bulan Mei sentiasa membawa makna yang istimewa buat rakya...
30/05/2026

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah!

Bulan Mei sentiasa membawa makna yang istimewa buat rakyat Sabah apabila kita bersama-sama meraikan Pesta Kaamatan, sebuah warisan budaya yang melambangkan kesyukuran, perpaduan dan keharmonian.

Tema tahun ini, โ€œMenuai Perpaduan, Meraikan Keharmonianโ€ amat bertepatan dengan semangat Sabah yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam dan kepercayaan. Inilah kekuatan yang terus menyatukan kita sebagai satu keluarga besar Sabah.

Marilah kita terus memelihara warisan budaya yang diwariskan oleh nenek moyang kita, sambil memperkukuhkan perpaduan dan semangat kebersamaan demi kemajuan negeri yang kita cintai.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.



30/05/2026
16/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Buat seluruh warga pendidik di Malaysia, khususnya di Sabah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas segala pengorbanan, dedikasi dan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik generasi muda.

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ membawa makna yang amat besar bahawa kekuatan sesebuah negara bermula daripada didikan seorang guru. Setiap tunjuk ajar, nasihat dan pengorbanan yang diberikan menjadi cahaya dalam membentuk masa depan anak bangsa serta melahirkan generasi yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.

Selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya serta semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), para guru terus memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan berkualiti demi memperkukuh kemajuan Sabah dan memastikan masa depan negeri yang lebih makmur dan sejahtera.

Teruskan perjuangan mendidik dengan penuh keikhlasan dan semangat. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan amat dihargai serta akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™–:
๐˜ฟ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™๐™š๐™™๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™ฃ๐™™๐™–
๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™– ๐™’๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™‹๐™–๐™ง๐™ฉ๐™ž ๐™‚๐™–๐™œ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™ (๐™‚๐™–๐™œ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ)
& ๐™’๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™‚๐™–๐™œ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐Alhamdulillah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran di...
10/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐

Alhamdulillah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran diucapkan kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.

Semoga Ayahanda YAB Datuk Seri Panglima sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kecekalan dalam menerajui pembangunan negeri menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Sabah.

Semoga kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima terus diberkati dalam memperjuangkan hak-hak Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sekali gus memperkukuh kedudukan Sabah ke arah masa depan yang lebih maju, stabil dan makmur.

Dengan kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan berpandangan jauh, semoga Sabah terus melakar kemajuan serta mencapai aspirasi pembangunan yang mampan demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Ayahanda DSP

Ikhlas daripada:
Pergerakan Wanita PGRS N12 Sulaman.


๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐”Seluruh warga Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengucapkan Selamat Hari Ibu ...
10/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐”

Seluruh warga Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu.

Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan, doa dan kekuatan yang tidak pernah putus dalam membesarkan, mendidik dan membimbing keluarga dengan penuh keikhlasan serta kasih sayang.

Buat mereka yang telah kehilangan ibu tercinta, semoga setiap kenangan, kasih sayang dan pengorbanan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam sanubari dan menjadi sumber kekuatan sepanjang hayat. Kasih seorang ibu tidak pernah hilang, malah akan sentiasa dikenang dan dirindui selamanya.

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang ibu amat bernilai dan tidak mampu dibalas dengan apa jua sekalipun.
Selamat Hari Ibu.

Begini cerita dia...Penduduk Malaysia hampir 35 juta orang.Manakala Sabah dan Sarawak hanya lebih kurang 6 juta orang.Se...
10/04/2026

Begini cerita dia...

Penduduk Malaysia hampir 35 juta orang.
Manakala Sabah dan Sarawak hanya lebih kurang 6 juta orang.
Selebihnya di Semenanjung..
Ini bermakna pengunaan minyak sebenarnya jauh lagi banyak di
Semenanjung sebanyak 98,000,000 liter berbanding di
Sabah dan Sarawak sebanyak 5,000,000 liter.

Penduduk & kereta pun banyak lagi di semenanjung. Maknanya 90% subsidi memang milik semenanjung.

Sebulan kita perlu dlm 20 kapal tangki minyak dr timur tengah. Boleh kata 18 untuk Semenanjung. dan masing-masing 1-2 dah cukup untuk Sabah & Sarawak.

Sabah & Sarawak dah banyak tolong. Kemajuan yang dinikmati Semenanjung sekarang dari hasil minyak Sabah & Sarawak juga.. Janganlah dengki sangat.

Ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Ketua Pemuda PGRS Bahagian Sulaman Datuk Mohamad Ghazali diatas pengurniaan Darjah...
30/03/2026

Ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada
Ketua Pemuda PGRS Bahagian Sulaman
Datuk Mohamad Ghazali diatas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sabah 2026

Tahniah Chief..

Daripada:
Pergerakan Wanita PGRS Bahagian N12 SULAMAN

17/01/2026

Address

Sulaman
Tuaran
89208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Sulaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share