Balai Polis Tronoh

Balai Polis Tronoh Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

Salam AidilAdha...Semoga hari yang penuh keberkatan ini dapat mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah ...
16/06/2024

Salam AidilAdha...
Semoga hari yang penuh keberkatan ini dapat mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT..

UCAPAN๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ2024/1445Hโ€Žุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูIndahnya Langit Kerana Awan,Ind...
09/04/2024

UCAPAN
๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ
2024/1445H

โ€Žุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Lautan Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh Ahli keluarga yg berada di Changlun Kedah dan juga di Ipoh Perak,tidak lupa juga saudara mara,rakan taulan serta seluruh warga PDRM, terutama sekali semua anggota dan keluarga Balai Polis Tronoh.

Selamat Bercuti dan hati-hati di jalan raya semoga selamat sampai ke destinasi anda.

-Ingatan Tulus Ikhlas,

SM Zulkifli bin Sabu
Ketua Polis Balai,
Balai Polis Tronoh.






Jom beramai2 kita solat subuh berjemaah mcm solat jumaat..esok pagi..u Mari u padu .Tarikh 21/01/2024 (Ahad)
20/01/2024

Jom beramai2 kita solat subuh berjemaah mcm solat jumaat..esok pagi..u Mari u padu .Tarikh 21/01/2024 (Ahad)

3429 likes, 42 comments. โ€œSubuh macam hari raya jiโ€ฆ Rezeki jumpa orang orang hebat kt masjidโ€

Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, Ketua Polis Balai Tronoh, SM Kam...
21/04/2023

Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, Ketua Polis Balai Tronoh, SM Kamaruzzaman bin Hj Omar mewakili seluruh warga Balai Polis Tronoh mengucapkan โ€œSelamat Hari Raya Aidilfitriโ€ kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keceriaan dan meriah.






Enjoy ๐Ÿ˜‰ Lagu Raya Medley dari PDRMhttps://youtu.be/7Uc08N0aDqALokasi shooting ๐Ÿ‘‡๐Ÿป : Balai Polis Tronoh
19/04/2023

Enjoy ๐Ÿ˜‰
Lagu Raya Medley dari PDRM

https://youtu.be/7Uc08N0aDqA

Lokasi shooting ๐Ÿ‘‡๐Ÿป : Balai Polis Tronoh

DENGAN PENDEKATAN BERBEZA PADA SYAWAL YANG BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI, PDRM MUNCUL LAGI DENGAN SEBUAH MUZIK VIDEO DENGAN KONSEP POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH...

Waktu niat berpuasa bermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa...
22/03/2023

Waktu niat berpuasa bermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Sebulan)
Niat puasa sebulan ramadhan

Bahasa Rumi : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kulโ€™lihi Lilโ€™lahi Taโ€™ala
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taโ€™ala

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)
niat puasa harian ramadhan

Bahasa Rumi : Nawaitu Souma Ghadin โ€˜An Ada-โ€˜i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lilโ€™lahi Taโ€™ala
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taโ€™ala

Selamat menunaikan ibadah berpuasa pada Bulan Ramadhan. Semoga amalan-amalan kita diterima Allah S.W.T.

29/09/2021

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT DATO' SRI ACRYL SANI

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH atas pelantikan secara kontrak selepas bersara kepada IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara selama dua tahun berkuat kuasa mulai 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober 2023.

Kami tetap teguh berdiri bersama dan mendoakan semoga Dato' Sri Acryl Sani akan terus memacu Pas**an dengan lebih cemerlang di masa hadapan demi keselamatan masyarakat dan kemakmuran negara tercinta, Malaysia!

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik โ€˜Likeโ€™ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official





#29092021

03/09/2021

Ciri baharu yang memaparkan status vaksinasi dan risiko di laman utama MySejahtera telah dilancarkan. Orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat.
Ini adalah salah satu daripada usaha untuk kita hidup dengan COVID-19 dengan lebih mudah.

โ€œMerdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengor...
31/08/2021

โ€œMerdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbananโ€. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj โ€“ Perdana Menteri Malaysia Pertama

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64.

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2021: KISAH TUMPASNYA 'RAMBO BENTONG'Penjenayah kejam yang juga perogol bersiri d...
31/07/2021

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2021: KISAH TUMPASNYA 'RAMBO BENTONG'

Penjenayah kejam yang juga perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong' pernah menggemparkan negara khususnya penduduk di Bentong, Pahang dari tahun 2009 hingga 2012.

Kisah Rambo Bentong itu mengakibatkan ramai individu di daerah itu trauma dan hidup dalam keadaan ketakutan angkara beberapa siri jenayah yang dilakukan.

Nama sebenar Rambo Bentong ialah Rabidin Satir. Lelaki keturunan Kadazandusun itu berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah. Dia berumur 42 tahun ketika ditangkap pada tahun 2012.

Kenapa dia digelar Rambo Bentong? Rabidin merupakan penjenayah dan dipercayai s**a tinggal sendirian di dalam hutan dan menggunakan pisau โ€˜Ramboโ€™ untuk mengugut dan menyerang mangsa.

Ada juga cerita penduduk yang mendakwa Rambo Bentong s**a dengan persekitaran sejuk menyebabkan dia memilih untuk tinggal di dalam hutan berbumbung pondok kanvas.

Mangsa rogol Rambo Bentong tidak terhad kepada wanita dewasa sahaja tetapi juga kanak-kanak.

Penduduk mendakwa Bentong ketika itu kecoh dengan ancaman โ€˜Orang Minyakโ€™ selepas berlakunya kes-kes rogol yang sebenarnya dilakukan oleh Rabidin.

Bagaimana pihak polis berjaya mengesan dan seterusnya menumpaskan penjenayah lagenda Rambo Bentong ini? Ikuti kupasan pengalaman Koperal Mohd Suhaimi Md Razali dan Koperal Fazely Syam Aziz menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/4481050585238547/?sfnsn=mo

30/07/2021

POLIS BATU GAJAH BURU SUSPEK KES PENGANIAYAAN KANAK - KANAK

Batu Gajah, 30 Julai 2021- Bahagian Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suspek berikut bagi membantu siasatan kes Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak - Kanak 2001.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang saspek boleh berhubung terus dengan Pusat Kawalan IPD BATU GAJAH di talian 05-3629050 atau boleh salurkan kepada balai polis yang berdekatan.

Sumber : Polis Batu Gajah



Address

Balai Polis Tronoh
Tronoh
31750

Telephone

+6053676222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Tronoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Tronoh:

Share

Category