Kolej Komuniti Bera

Kolej Komuniti Bera Kolej Komuniti Bera adalah sebuah IPTA di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Untuk Sebarang Pertanyaan
Sila Hubungi : 09-2502530
No.Faks : 09-2502531

FB: KOLEJ KOMUNITI BERA (Like Page)

PENAFIAN: Pihak Kolej Komuniti Bera tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat yang terdapat pada mana-mana laman facebook lain yang menggunakan nama jabatan ini selain daripada facebook rasmi seperti senarai diatas, kerana ia bukan dibawah pengawasan dan tanggungjawab pihak Kolej Komuniti Bera. KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐ˆ๐’๐๐€ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†13-14 MEI 2026  I  KUANTAN, PAHANGTelah berlangsung sesi Pemilihan Pasukan P...
15/05/2026

๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐ˆ๐’๐๐€ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†

13-14 MEI 2026 I KUANTAN, PAHANG

Telah berlangsung sesi Pemilihan Pasukan PISPA PolyCC Negeri Pahang sempena Program PolyCC Malaysia Civil Defence Annual Camp & Commissioning (Malcidac 2026) pada 13 โ€“ 14 Mei 2026 bertempat di APM Negeri Pahang, Kuantan.

Pemilihan ini melibatkan pelajar-pelajar yang berpotensi, berdisiplin serta mempunyai tahap kecergasan dan komitmen yang tinggi bagi mewakili PolyCC Negeri Pahang dalam program tersebut. Program ini turut menjadi platform dalam membentuk sahsiah, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar Kolej Komuniti Bera yang hadir dan menunjukkan semangat serta komitmen yang tinggi sepanjang sesi pemilihan berlangsung. Semoga berjaya mengharumkan nama kolej dan PolyCC Negeri Pahang.








15/05/2026

Teroka bidang tekno akuakultur. | Check out KolejKomunitiBera's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from KolejKomunitiBera.

๐Ÿ“๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐Š๐„ ๐๐€๐˜๐€ ๐†๐”๐๐๐˜ BETTA ๐“๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐Ž๐‡๐ŸŸ14 MEI 2026  I  TEMERLOH, PAHANGPada 14 Mei 2026, Kolej Komuniti Bera telah ...
14/05/2026

๐Ÿ“๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐Š๐„ ๐๐€๐˜๐€ ๐†๐”๐๐๐˜ BETTA ๐“๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐Ž๐‡๐ŸŸ

14 MEI 2026 I TEMERLOH, PAHANG

Pada 14 Mei 2026, Kolej Komuniti Bera telah mengadakan satu Lawatan Mesra Ke Paya Guppy Betta Temerloh yang terletak di Kampung Paya Kecil Hilir, Temerloh, Pahang hasil jemputan daripada pemiliknya, Puan Mira bersama suami.

Menariknya, sebelum ini Puan Mira hanya berinteraksi bersama Kolej Komuniti Bera melalui sesi TikTok Live yang dijalankan oleh pihak kolej. Hubungan dan minat yang dikongsi dalam bidang akuakultur tersebut akhirnya membawa kepada jemputan kepada Kolej Komuniti Bera untuk berkunjung ke lokasi pengusahaan ikan guppy miliknya di Paya Guppy Betta Temerloh.

Lawatan ini turut menjadi medium perkongsian ilmu, pengalaman serta pendedahan berkaitan penternakan ikan hiasan khususnya guppy, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta jaringan komuniti dalam bidang akuakultur.

Pihak Kolej Komuniti Bera merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jemputan serta layanan mesra yang diberikan sepanjang lawatan berlangsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan atas sumbangan pelbagai spesies ikan guppy kepada Kolej Komuniti Bera sebagai tanda sokongan dan perkongsian minat dalam bidang akuakultur.

Semoga jalinan hubungan dan kerjasama ini dapat diteruskan demi memperkasakan lagi industri akuakultur bersama komuniti. Semoga hubungan baik dan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan lagi bidang akuakultur dan TVET bersama komuniti. ๐Ÿคโœจ








Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Kolej Komuniti Bera, nombor telefon rasmi kami telah dikemaskini.๐Ÿ“ž Nombor...
14/05/2026

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Kolej Komuniti Bera, nombor telefon rasmi kami telah dikemaskini.

๐Ÿ“ž Nombor baharu untuk dihubungi :

๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•-๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ•๐Ÿ‘๐Ÿ—๐Ÿ—๐Ÿ“

Sila hubungi nombor ini untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pengoperasian, pengurusan, kemasukan, program pengajian dan kursus di Kolej Komuniti Bera ๐Ÿ˜Š

๐ŸŒŠ ๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š-๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐š๐ฉ๐š ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐€๐ค๐ฎ๐š๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฎ๐ซ?๐Ÿค”Bidang yang semakin berkembang ini bukan sekadar berkaitan ikan dan a...
14/05/2026

๐ŸŒŠ ๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š-๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐š๐ฉ๐š ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐€๐ค๐ฎ๐š๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฎ๐ซ?๐Ÿค”

Bidang yang semakin berkembang ini bukan sekadar berkaitan ikan dan air, malah membuka peluang besar dalam dunia teknologi makanan, keusahawanan dan kerjaya masa depan! ๐ŸŸ๐Ÿฆ

โœจ Dari Akuakultur Ke Terjaminan Makanan โœจ

๐Ÿ“ข Ambilan 1 (Jun 2026) untuk Program Sijil Teknologi Akuakultur, Kolej Komuniti Bera kini telah dibuka!

Mohon segera kerana tempat adalah sangat terhad.

Jom sertai kami meneroka dunia akuakultur dan bina masa depan anda bersama bidang yang semakin mendapat perhatian industri masa kini ๐Ÿš€๐ŸŒŠ

Nak tahu lebih lanjut?
๐Ÿ“ฉ Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut!







๐Ÿ”ด Kami sedang LIVE di TikTok sekarang!Jom masuk & join kami ๐Ÿ‘€๐Ÿ”ฅLink ada di bahagian komen โฌ‡๏ธ
14/05/2026

๐Ÿ”ด Kami sedang LIVE di TikTok sekarang!

Jom masuk & join kami ๐Ÿ‘€๐Ÿ”ฅ
Link ada di bahagian komen โฌ‡๏ธ

13/05/2026

TVET Akuakultur bukan pilihan terakhir, tetapi laluan masa depan industri makanan dunia.

13/05/2026

Apa Itu Sistem Bioflok (BFT)?

Teknologi Bioflok (BFT) adalah satu sistem penternakan ikan moden yang mengitar semula sisa buangan seperti najis ikan dan baki makanan menjadi sumber makanan tambahan untuk ikan itu sendiri.

Dalam kolam biasa, najis ikan menghasilkan ammonia yang toksik. Dalam sistem Bioflok, kita memasukkan probiotik (bakteria baik) dan sumber karbon (seperti molases/gula merah) ke dalam air. Bakteria ini akan memakan ammonia tersebut dan menukarkannya menjadi gumpalan protein organik yang dipanggil "Flok".
Gumpalan "Flok" yang terapung di dalam air ini sangat kaya dengan protein sekitar 30-50%. Ikan seperti Tilapia akan memakan flok ini secara berterusan. Kita boleh kurangkan pemberian palet sebanyak 20-30% sebab ikan sudah kenyang makan flok. Nilai Feed Conversion Ratio (FCR) juga akan menjadi lebih cekap iaitu di antara 0.8 - 1.2.

Salah satu kelebihan utama Bioflok ialah minimum atau tiada pertukaran air sepanjang tempoh ternakan, kerana bakteria sudah membersihkan air secara biologi, air kekal selamat untuk ikan sepanjang musim. Ini menjimatkan penggunaan air dan pada masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan serangan penyakit luar.

Antara komponen utama dalam BFT adalah:
i) Pengudaraan berterusan 24 jam ibarat jantung sistem ini. Oksigen mesti sentiasa tinggi supaya flok boleh diapung di dalam air melalui pengudaraan dari dasar tangki untuk memudahkan ikan makan dan bakteria juga memerlukan oksigen untuk terus kekal hidup dan bekerja.
ii) Warna air yang sihat biasanya berwarna coklat, menandakan populasi flok yang cukup.
iii) Ujian Imhoff Cone untuk menyukat kepekatan flok. Bacaan ideal adalah antara 5 - 15 ml/L. Flok yang terlalu banyak boleh melekat di insang ikan manakala flok yang terlalu sedikit memberi isyarat ammonia tidak dibersihkan dengan secukupnya.

BFT menjadi pilihan kerana:
i) Boleh ternak banyak ikan dalam kepadatan tinggi dalam ruang kecil (Contoh: 1,400 - 2,000 ekor dalam tangki 6 meter).
ii) Mesra alam kerana hampir tiada aktiviti membuang sisa air tercemar ke dalam parit atau sungai.
iii) Kos operasi yang rendah kerana kurang belanja untuk air dan makanan ikan.

Akhir sekali, sentiasa berhati-hati sekiranya elektrik terputus dan pengudaraan berhenti, sistem ini boleh musnah dengan cepat dan oleh kerana itu penggunaan mesin janakuasa elektrik yang dianggap sebagai item wajib dalam BFT.

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ & ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”13 MEI 2026  I  BERA, PAHANGTelah berlangsungnya Bengkel Pemantapan Program &...
13/05/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ & ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

13 MEI 2026 I BERA, PAHANG

Telah berlangsungnya Bengkel Pemantapan Program & Institusi 2026 yang dianjurkan bagi memperkukuh serta memperhalusi strategi pelaksanaan Business Plan 2026 Kolej Komuniti Bera. Bengkel ini melibatkan penyelarasan tindakan antara unit serta penelitian semula perancangan program agar lebih tersusun, sistematik dan selaras dengan matlamat institusi.

Program ini telah dianjurkan oleh Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Bera serta disampaikan oleh Pn. Wan Zufarhati binti Wan Ahmad, Ketua Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Bera, bagi memastikan pelaksanaan bengkel berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Bengkel ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah serta sesi taklimat bengkel sebelum diteruskan dengan penyediaan perancangan dan strategi unit. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi pembentangan perancangan dan strategi unit bagi memperkukuh pelaksanaan serta hala tuju setiap unit di Kolej Komuniti Bera.

Penganjuran bengkel ini turut memberi penekanan kepada aspek pemantauan pelaksanaan program dan pencapaian KPI secara berterusan supaya setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Selain itu, bengkel ini juga menjadi platform perkongsian idea dan perbincangan dalam kalangan warga kolej bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berimpak tinggi.

Semoga hasil daripada bengkel ini dapat memperkukuh lagi budaya kerja berkualiti serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program dan perancangan strategik Kolej Komuniti Bera pada tahun 2026.








๐ŸŽ“๐๐š๐ค ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ง๐  ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ฎ ๐ค๐จ๐ฌ?Nak belajar dalam suasana lebih santai, praktikal dan mudah dapat kemahiran kerja? ๐Ÿ‘จ...
12/05/2026

๐ŸŽ“๐๐š๐ค ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ง๐  ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ฎ ๐ค๐จ๐ฌ?

Nak belajar dalam suasana lebih santai, praktikal dan mudah dapat kemahiran kerja? ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ปโœจ

Jom sertai keluarga besar Kolej Komuniti Bera! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

โœ… Yuran pengajian lebih rendah & ada bantuan kewangan
โœ… 70% pembelajaran secara amali dan hands-on
โœ… Program diiktiraf MBOT & MQA
โœ… Tenaga pengajar berpengalaman
โœ… Peluang sambung belajar & bina kerjaya masa depan

Di Kolej Komuniti Bera, anda bukan sekadar belajar teoriโ€ฆ
tetapi dibentuk dengan kemahiran sebenar untuk dunia pekerjaan dan industri. ๐Ÿš€

๐Ÿ“ Pelbagai program menarik menanti anda!
๐Ÿ“ž Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan pengambilan terkini.

โœจ โ€œLangkah kecil hari ini, masa depan besar menanti.โ€








๐„๐—๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐„๐“๐ˆ๐๐† ๐๐„๐๐„๐Œ๐”๐€๐ e๐๐€๐™๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐€๐”๐๐€๐ ๐€๐Š๐‘๐”๐€๐08 MEI 2026  I  BERA, PAHANGTelah berlangsungnya Exit Meeting ...
12/05/2026

๐„๐—๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐„๐“๐ˆ๐๐† ๐๐„๐๐„๐Œ๐”๐€๐ e๐๐€๐™๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐€๐”๐๐€๐ ๐€๐Š๐‘๐”๐€๐

08 MEI 2026 I BERA, PAHANG

Telah berlangsungnya Exit Meeting Penemuan eNaziran Pematuhan Perakaunan Akruan bagi tahun kewangan April 2025 hingga Mac 2026 bertempat di Blue Betta Hall, Kolej Komuniti Bera.

Naziran ini telah dilaksanakan bermula 04 Mei 2026 dan berakhir dengan sesi exit meeting pada 08 Mei 2026 bagi membincangkan hasil semakan, penemuan serta cadangan penambahbaikan berkaitan pematuhan pengurusan perakaunan akruan di Kolej Komuniti Bera.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Abd Halim bin Safi, Pengarah Kolej Komuniti Bera dan turut dihadiri oleh pasukan naziran daripada Unit Naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang yang diketuai oleh Encik Hishammudin bin Khalid.

Pihak Kolej Komuniti Bera merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan naziran atas segala teguran, pandangan serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang sesi naziran dijalankan.

Kolej Komuniti Bera akan mengambil tindakan segera terhadap setiap teguran dan penemuan yang dibangkitkan bagi memastikan pengurusan kewangan yang lebih cekap, sistematik dan mematuhi tatacara perakaunan yang telah ditetapkan.








Address

No 1, Jalan Bera Jaya 2, Taman Bera Jaya
Triang
28300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092502530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kolej Komuniti Bera:

Share