31/08/2026
TAHNIAH atas Pelantikan Ketua Pemuda PGRS Bahagian P.181 Tenom.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Suffainder Sukimin atas pelantikan rasmi sebagai Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian P.181 Tenom. Pelantikan ini berkuat kuasa susulan pengenalan struktur baharu parti yang menyaksikan pelantikan 25 Ketua Bahagian (Penaja) di seluruh Sabah.
Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh saf kepimpinan Pemuda PGRS di Parlimen Tenom, memperkasakan libat urus golongan muda dalam pelbagai sektor pembangunan, serta memantapkan perjuangan parti demi kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.
Selamat berkhidmat!