Angkatan Muda Keadilan - Cabang Temerloh

Angkatan Muda Keadilan - Cabang Temerloh Laman Facebook Rasmi Angkatan Muda Keadilan Temerloh.Pahang (AMK Temerloh)

Alhamdulillah, pada 27 Mei 2026 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Temerloh telah berjaya menganjurkan Program Lembu Qurban Ka...
29/05/2026

Alhamdulillah, pada 27 Mei 2026 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Temerloh telah berjaya menganjurkan Program Lembu Qurban Kasih Madani 2026 bertempat di Surau Kampung Tanjung Batu, Temerloh.

Program ini bukan sekadar ibadah korban, tetapi menjadi simbol kebersamaan, keprihatinan dan semangat gotong-royong dalam menyantuni masyarakat setempat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Cabang Keadilan Temerloh, Amran Jalaluddin bersama pimpinan Keadilan Cabang Temerloh dan AMK Temerloh yang sentiasa komited dalam menjayakan gerak kerja rakyat di Temerloh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dizahirkan kepada Dato' Farhan Fauzi atas sumbangan lembu qurban bagi menjayakan program ini. Pengorbanan dan keprihatinan ini amat bermakna buat masyarakat setempat serta mencerminkan semangat kebajikan yang perlu terus dipupuk.

Ucapan penghargaan juga buat Hilmy Yakap selaku Ketua AMK Negeri Pahang, seluruh kepimpinan Keadilan Cabang Temerloh serta AMK Temerloh yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Semoga segala usaha, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan diterima sebagai amal kebajikan dan terus menguatkan semangat perjuangan untuk rakyat.





29/05/2026
29/05/2026

Setiap ringgit untuk barangan Malaysia ialah pelaburan masa depan negara.

Sokong produk tempatan, bangga dengan jenama kita! 🤝✨. 🇲🇾💰




Raya Pertama | 10.30 PagiBertempat di Surau Kg. Tanjung BatuJemputan buat seluruh warga Kg. Tanjung Batu untuk hadir mem...
25/05/2026

Raya Pertama | 10.30 Pagi

Bertempat di Surau Kg. Tanjung Batu

Jemputan buat seluruh warga Kg. Tanjung Batu untuk hadir memeriahkan program Lembu Qurban Kasih Madani 2026

“Berqurban, Berkongsi Rezeki, Meraih Keberkatan”

MADANI DI HATI, RAKYAT DISANTUNI ❤️

Reformasi bukan sekadar slogan.Ia adalah perjalanan panjang untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap negara.Di baw...
15/05/2026

Reformasi bukan sekadar slogan.
Ia adalah perjalanan panjang untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap negara.

Di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, Malaysia melalui tiga fasa penting reformasi:

1. Stabiliti Politik 2021-2023
2. Reformasi Ekonomi 2023-2025
3. Reformasi Institusi 2025-2026

Daripada budaya politik yang lebih matang, kepada pemulihan ekonomi negara, sehingga usaha memperkukuh institusi dan tatakelola. Hakikatnya, reformasi sedang dilaksanakan secara berperingkat demi masa depan Malaysia yang lebih stabil, adil dan bermaruah.

Reformasi bukan tentang individu semata-mata.
Reformasi adalah tentang membina negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

11/05/2026

Ringgit terus mencatat prestasi memberangsangkan dan kini muncul sebagai mata wang paling kukuh di Asia bagi tahun 2026 setakat ini.

Ini bukan berlaku secara kebetulan — tetapi hasil kestabilan ekonomi, peningkatan perdagangan, keyakinan pelabur serta dasar yang memberi keutamaan kepada pertumbuhan negara dan kesejahteraan rakyat.

Ketika banyak mata wang serantau melemah, Ringgit terus mengukuh dan membuktikan Malaysia berada di landasan yang tepat.


Address

Temerloh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan - Cabang Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share