Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh- Laman Rasmi

Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh- Laman Rasmi Laman Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, Pahang (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Anda tak perlu hadapi semuanya seorang diri. 🀍Ada masa kita rasa terlalu penat, tertekan atau tidak tahu nak mula dari m...
16/09/2026

Anda tak perlu hadapi semuanya seorang diri. 🀍

Ada masa kita rasa terlalu penat, tertekan atau tidak tahu nak mula dari mana. Apa pun yang sedang anda lalui, mendapatkan bantuan adalah satu langkah untuk menjaga diri.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berdepan dengan tekanan emosi, isu kesihatan mental atau memerlukan sokongan psikososial, terdapat pelbagai saluran bantuan yang boleh dihubungi.

πŸ“ž Talian HEAL 15555 – untuk sokongan berkaitan kesihatan mental dan psikososial.

πŸ“ž Talian Kasih 15999 – untuk mendapatkan bantuan dan sokongan yang bersesuaian.

🀝 Anda juga boleh mendapatkan sokongan daripada talian bantuan yang disediakan oleh pelbagai NGO.

Pilih saluran yang sesuai dengan keperluan anda. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih berat untuk meminta bantuan.

🚨 Jika anda berada dalam situasi kecemasan atau memerlukan bantuan segera, hubungi 999.

πŸ’¬ Bercakap bukan tanda kelemahan. Meminta bantuan bukan bermakna anda gagal. Kadangkala, ia adalah langkah paling berani untuk menjaga diri.

Simpan nombor ini. Kongsi dengan keluarga, rakan dan sesiapa sahaja yang mungkin memerlukannya. 🀍

Kesihatan mental milik kita semua.

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma ata...
16/09/2026

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.

Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma atau penyakit paru-paru, pesakit jantung dan individu berpenyakit kronik perlu diberikan perhatian sewajarnya semasa jerebu.

βœ… Hadkan aktiviti di luar bangunan
βœ… Teruskan pengambilan ubat mengikut arahan doktor
βœ… Pantau sebarang perubahan tahap kesihatan

Pastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya mengalami kesukaran bernafas atau keadaan kesihatan semakin teruk.


Keluar ketika jerebu? Pakai pelitup muka dengan betul.Jika perlu berada di luar bangunan, pastikan pelitup muka:βœ… Sesuai...
16/09/2026

Keluar ketika jerebu? Pakai pelitup muka dengan betul.

Jika perlu berada di luar bangunan, pastikan pelitup muka:

βœ… Sesuai, bersih dan kering
βœ… Menutupi hidung, mulut dan dagu
βœ… Dipakai rapat pada muka

Jangan gunakan pelitup muka yang basah, kotor atau rosak. Tukar kepada pelitup muka yang baharu bagi memastikan perlindungan yang lebih baik.

Lindungi diri dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar.


🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi  bahan pencemaran yang tidak d...
16/09/2026

🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.

Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, KKM menyarankan agar orang ramai mempraktikkan 7 lan...
15/09/2026

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, KKM menyarankan agar orang ramai mempraktikkan 7 langkah pencegahan utama berikut:

1. Kekalkan Hidrasi Tubuh: Pastikan anda meminum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi kelancaran sistem badan.
2. Hadkan Aktiviti Luar: Kurangkan keberadaan dan aktiviti fizikal di luar rumah atau kawasan terbuka buat masa ini.
3. Gunakan Pelitup Muka Spesifik: Pemakaian penutup muka jenis N95 atau P100 adalah amat digalakkan sekiranya urusan di luar tidak dapat dielakkan.
4. Jaga Kebersihan Diri: Segera bersihkan tangan dan muka menggunakan sabun dan air bersih setiap kali selesai melakukan urusan di luar.
5. Kawal Kualiti Udara Dalaman: Pastikan persekitaran di dalam rumah sentiasa bersih. Penggunaan alat pendingin hawa dan penapis udara adalah amat disarankan.
6. Elakkan Pencemaran Tambahan: Hentikan sebarang sumber pencemaran udara di dalam kediaman, terutamanya amalan merokok yang membahayakan kesihatan paru-paru seisi keluarga.
7. Aktifkan Kitaran Udara Dalaman Kenderaan: Ketika memandu, gunakan pendingin hawa dan pastikan fungsi kitaran udara dalaman (recirculation mode) diaktifkan bagi menghalang asap dari luar menyerap masuk.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami sebarang gejala seperti batuk berterusan, tekak perit, mata pedih, atau sesak nafas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Kesihatan anda adalah keutamaan.

Rumah kita, tanggungjawab kita.Lebih 70% tempat pembiakan Aedes ditemui di kawasan kediaman. Jadi, jangan pandang ringan...
14/09/2026

Rumah kita, tanggungjawab kita.

Lebih 70% tempat pembiakan Aedes ditemui di kawasan kediaman. Jadi, jangan pandang ringan bekas kecil yang boleh menakung air.

Periksa rumah setiap minggu. Buang air bertakung. Jgn lupa sental bekas. Hapuskan tempat pembiakan Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

AUDIT SILANG STAR RATING 2026: PKD TEMERLOH KOMITED10 September 2026 (Khamis)- Aktiviti Audit Silang Sistem Penarafan Bi...
12/09/2026

AUDIT SILANG STAR RATING 2026: PKD TEMERLOH KOMITED

10 September 2026 (Khamis)- Aktiviti Audit Silang Sistem Penarafan Bintang ( Star Rating) Program Kesihatan Awam bagi Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh Tahun 2026 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, PKD Temerloh.

Audit silang ini telah dilaksanakan oleh pasukan juruaudit PKD Bera yang terdiri daripada lapan orang dan diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bera, Dr. Safaridah binti Anuar.

Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit telah dipengerusikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh, Dr. Nordiana binti Rosli. Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Epidemiologi Daerah, Dr. Gan S**z Yee; Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga), Dr. Siti Romahani binti Rahman; serta ketua-ketua unit atau wakil ketua unit.

Sistem Penarafan Bintang (*Star Rating*) Program Kesihatan Awam telah diperkenalkan oleh Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 April 2026.

Sistem ini bertujuan menilai prestasi fasiliti di bawah Program Kesihatan Awam melalui pelaksanaan audit lapangan yang merangkumi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) serta Pejabat Kesihatan Daerah/Bahagian/Kawasan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PKD Temerloh atas komitmen dan dedikasi dalam penyediaan dokumen serta kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit ini.

Segala penemuan dan cadangan hasil audit akan diberikan perhatian dan tindakan penambahbaikan sewajarnya bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan awam terus diperkasa secara berterusan.






🏸 SMASH & CHILL! WARGA PKD TEMERLOH KEKAL AKTIF11 September 2026 (Jumaat) - Bersempena dengan sambutan Bulan Malaysia Si...
12/09/2026

🏸 SMASH & CHILL! WARGA PKD TEMERLOH KEKAL AKTIF

11 September 2026 (Jumaat) - Bersempena dengan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah menganjurkan aktiviti badminton santai Sihat Itu Saya: Jom Smash & Chill! di Court Gudang Beras Temerloh.

Program ini bukan sahaja menggalakkan warga PKD Temerloh untuk kekal aktif, malah menjadi ruang untuk melepaskan tekanan, menceriakan emosi dan mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota.

Menang atau kalah bukan ukuran, yang penting berpeluh, bergembira dan terus membudayakan gaya hidup sihat! πŸ’ͺ🏻🏸

Terima kasih kepada semua warga PKD Temerloh yang telah bersama-sama memeriahkan program ini.


PKD TEMERLOH PERKASA KOMPETENSI JURURAWAT KESIHATAN KELUARGA7 September 2026 (Isnin) : Bengkel Refresher Kesihatan Kelua...
09/09/2026

PKD TEMERLOH PERKASA KOMPETENSI JURURAWAT KESIHATAN KELUARGA

7 September 2026 (Isnin) : Bengkel Refresher Kesihatan Keluarga untuk jururawat telah diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kompetensi anggota dalam pelaksanaan Program Kesihatan Keluarga, sekali gus memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Seramai 40 orang jururawat yang mewakili Klinik Kesihatan dan Klinik Desa di daerah Temerloh telah menyertai bengkel ini bertempat di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab.

Sepanjang bengkel, para peserta telah diberikan pendedahan dan maklumat terkini berkaitan pelaksanaan program Unit Kesihatan Keluarga, termasuk **pencapaian KPI, POA, polisi, Clinical Growth Chart Apps (CGC Apps), Star Rating, EKSA, MyPerformance** serta perkara berkaitan **tuntutan elaun**.

Bengkel ini turut memberi penekanan terhadap keperluan pemantauan program serta tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Perkongsian ini penting bagi memastikan setiap anggota memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan perkhidmatan Kesihatan Keluarga dilaksanakan secara berkualiti, cekap dan berkesan.

Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat terus memperkukuh kompetensi anggota serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Kesihatan Keluarga kepada masyarakat.

MAKLUMAN KEPADA WARGA TEMERLOHBerikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada tahap T...
07/09/2026

MAKLUMAN KEPADA WARGA TEMERLOH

Berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada tahap TIDAK SIHAT (101–200), warga Temerloh dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan.

😷 Gunakan pelitup muka yang sesuai apabila perlu berada di luar. Kurangkan aktiviti fizikal atau aktiviti berat di luar, hadkan pendedahan kepada udara tercemar, pastikan pengambilan air mencukupi dan sentiasa semak bacaan IPU semasa sebelum merancang aktiviti di luar.

πŸ‘ΆπŸ‘΅ Golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, ibu hamil serta individu yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati dan mengurangkan pendedahan kepada keadaan berjerebu.

πŸ₯ Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sesak nafas, sakit dada, batuk yang semakin teruk atau kesukaran bernafas.

Jerebu bukan sekadar mengganggu pandangan, tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan. Jaga diri, jaga keluarga dan sama-sama kita lindungi kesihatan.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092961800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh- Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share