Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh page Rasmi & Album Digital
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Temerloh / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh

MENTAKAB, 10 JUN 2026SIASATAN AWAL KES BENCANA RIBUT📍Taman Sri KemuningPembantu Unit Bencana telah menyantunimangsa yang...
10/06/2026

MENTAKAB, 10 JUN 2026

SIASATAN AWAL KES BENCANA RIBUT

📍Taman Sri Kemuning

Pembantu Unit Bencana telah menyantuni
mangsa yang terlibat bencana ribut.
Pemberian bantuan awal berbentuk barangan telah disampaikan kepada mangsa terlibat.

Semoga dengan pemberian barangan dapat meringankan beban dan dapat membantu memenuhi keperluan mangsa.

TEMERLOH, 09 JUN 2026SIASATAN KES KEBAKARAN 📍Kampung Pengkalan Jaya LebakPembantu Unit Bencana telah menyantunimangsa ya...
10/06/2026

TEMERLOH, 09 JUN 2026

SIASATAN KES KEBAKARAN

📍Kampung Pengkalan Jaya Lebak

Pembantu Unit Bencana telah menyantuni
mangsa yang terlibat bencana kebakaran.

Pemberian bantuan awal berbentuk barangan telah disampaikan kepada mangsa terlibat.

Semoga dengan pemberian barangan dapat meringankan beban dan dapat membantu memenuhi keperluan mangsa.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

09/06/2026

Cetusan idea Inovasi Quick Win JKM bulan April 2026 melalui penggunaan Sistem Minit Surat Edaran Digital (SIMSED) dengan menggunakan pengimbas (scanner) dan
surat akan diterima melalui e-mel ✨

09/06/2026
05 JUN 2026, PUTRAJAYA CABARAN INOVASI QUICK WIN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BULAN APRIL 2026📍Dewan Perdana Nur, Menara...
08/06/2026

05 JUN 2026, PUTRAJAYA

CABARAN INOVASI QUICK WIN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BULAN
APRIL 2026

📍Dewan Perdana Nur, Menara
Kementerian Pembangunan
Wanita,Keluarga & Masyarakat (KPWKM)

Tahniah kepada warga kerja PKMD
Temerloh ✨

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat PKMD Temerloh, Encik Faizal Bin Kamal kerana telah menyertai dan menjadi Johan kategori Idea Pilihan Juri dalam Cabaran Inovasi Quick Win bulan April 2026👏 🎉

Terima kasih diucapkan kerana telah berjaya mengharumkan nama PKMD Temerloh dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Pahang untuk Cabaran Inovasi Quick Win
JKM ✨

Tahniah kepada para penyumbang idea
dalam siri Quick Win yang bermula pada
bulan Januari sehingga Jun 2026.

Ucapan terima kasih juga kepada semua
warga kerja PKMD Temerloh yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan cetusan idea ini supaya terus relevan untuk dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Kalau nak lari laju lari seorang tapi kalau nak lari jauh harus bekerja secara berpasukan 🫡

Terima kasih dan TAHNIAH sekali lagi
👏👏👏👏

Semoga kejayaan dan pencapaian ini menjadi inspirasi bagi membudayakan inovasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada golongan sasar JKM.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Jabatan Kebajikan Masyarakat

TEMERLOH, 4 JUN 2026MAJLIS SANTAI BERSAMA PEGAWAI JABATAN / AGENSI KERAJAAN ⏱️3.15 petang📍Masjid Ar Rahman, Kg. Batu 4, ...
04/06/2026

TEMERLOH, 4 JUN 2026

MAJLIS SANTAI BERSAMA PEGAWAI JABATAN / AGENSI KERAJAAN

⏱️3.15 petang
📍Masjid Ar Rahman, Kg. Batu 4, Jln. Maran

Penyelaras Unit Kebajikan Produktif, Encik Abdul Hairul bin Ahmad dan Pegawai Kes kawasan, Encik Muhamad Syahlan bin Jaafar telah hadir bagi mewakili JKM Temerloh
untuk majlis tersebut.

Majlis telah dirasmikan oleh Penyelaras
Dewan Negeri Kuala Semantan, Encik Norazly Bin Norzan dan turut diringii oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batu 4/5
Jalan Maran,Temerloh

Majlis ini melibatkan komunikasi dua hala dalam usaha untuk membantu penduduk kampung dan golongan sasar khususnya di kawasan Kampung Batu 4/5

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Dato' Sabariah Saidan

💥 IKLAN JAWATAN KOSONG 💥 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)  Daerah Temerloh mencari seorang PENYELIA yang memenuhi krite...
03/06/2026

💥 IKLAN JAWATAN KOSONG 💥

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Daerah Temerloh mencari seorang PENYELIA yang memenuhi kriteria seperti ketetapan berikut

Kekosongan : Seorang (Lelaki/Perempuan)
Bayaran Insentif : RM500.00

Kriteria Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Umur : 21 tahun - 40 tahun
4. Berkebolehan merancang dan melaksanakan program dan aktiviti
5. Mempunyai pengetahuan asas komputer
6. Mempunyai sifat keprihatinan dan penyayang kepada kanak-kanak
7. Boleh bekerja di bawah pengawasan minima
8. Tiada masalah kesihatan dan kecacatan
9. Mempunyai kenderaan sendiri satu kelebihan
10. Keutamaan kepada pemohon sekitar Daerah Temerloh, Pahang

Tugas Dan Tanggungjawab :
1. Menyelia dan menguruskan aktiviti harian PAKK
2. Memastikan kebersihan dan keselesaan kanak-kanak dijamin setiap masa
3. Mengadakan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak

Bagi yang berminat, sila hantar resume terkini ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh selewatnya pada 19 Jun 2026.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pada talian 09-2961760 (Unit Kanak-Kanak)

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Daerah Temerloh
Jabatan Penerangan Pahang
Jabatan Kebajikan Masyarakat

TEMERLOH, 20 MEI 2026KUNJUNG HORMAT PENYELARAS DEWAN NEGERI (DN) KUALA SEMANTAN⏱️11.00 pagi📍Bilik Mesyuarat Tingkat 4   ...
20/05/2026

TEMERLOH, 20 MEI 2026

KUNJUNG HORMAT PENYELARAS DEWAN NEGERI (DN) KUALA SEMANTAN

⏱️11.00 pagi
📍Bilik Mesyuarat Tingkat 4
Bangunan Persekutuan Temerloh

Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan,
Encik Norazly Bin Norzan mengadakan
kunjung hormat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkhidmatan- perkhidmatan yang disampaikan dan ditawarkan oleh JKM Temerloh.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh, Encik Mohd Hafizul Bin Abd Ghani bersama-sama Penyelaras Unit Kebajikan Produktif,Puan Suzalinawati Binti Abdullah mewakili JKM untuk meraikan kunjung hormat tersebut.

Semoga taklimat ringkas yang disampaikan oleh PKMD Temerloh dapat memberi kefahaman lanjut kepada Penyelaras DN
Kuala Semantan dan pasukan dalam usaha untuk membantu golongan sasar khususnya
di kawasan Dun Kuala Semantan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Dato' Sabariah Saidan
Kerajaan Negeri Pahang

DESA MURNI SANGGANG, 17 MEI 2026KURSUS PENGURUSAN & PENANAMAN CENDAWAN TIRAM 📍 Balai raya Kampung Desa Murni Sanggang⏱️ ...
17/05/2026

DESA MURNI SANGGANG, 17 MEI 2026

KURSUS PENGURUSAN & PENANAMAN CENDAWAN TIRAM

📍 Balai raya Kampung Desa Murni Sanggang
⏱️ 9.00 pagi -12.30 tengah hari

Kursus ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Desa Murni Sanggang,Temerloh.

Seramai 15 orang dari PAWE Mentakab telah menghadiri kursus. Kursus ini telah memberi pendedahan dari segi teori dan juga praktikal bermula dari pengurusan rumah cendawan sehingga menghasilkan produk hiliran.

Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh
Projek Cendawan Tiram Desa Murni Sanggang Temerloh Pahang
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

TEMERLOH, 16 MEI 2026PELAKSANAAN AKTIVITI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) ATAU COMMUNITY SERVICE ORDER (CSO) 🕐 7.30 pa...
16/05/2026

TEMERLOH, 16 MEI 2026

PELAKSANAAN AKTIVITI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) ATAU COMMUNITY SERVICE ORDER (CSO)

🕐 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
📍 Bangunan Persekutuan Temerloh

Penyelia Lapangan :
Encik Mohamad Syahlan Bin Jaafar

Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) adalah satu hukuman yang diberikan kepada kes kanak-kanak / pesalah muda / dewasa bagi menggantikan hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang telah melakukan kesalahan jenayah ringan.

Perintah PKM ini akan dikenakan kepada pesalah (digelar sebagai pelatih) setelah dibicarakan di mahkamah penetapan jumlah jam aggregat dan perlu mematuhi syarat-
syarat yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Pada hari ini, seramai empat orang pelatih terlibat dalam pelaksanaan PKM.

Pelaksanaan aktiviti /program ini akan
diselia dan dipantau oleh Penyelia Lapangan
berdasarkan jadual yang telah ditetapkan
oleh Pegawai PKM.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Daerah Temerloh
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak

Address

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh Tingkat 1 Bangunan Persekutuan
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092961760

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh:

Share