MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
28000 TEMERLOH
PAHANG DM
TEL 09-2901778 / 1777
FAX : 09-2901664

GOTONG-ROYONG PERDANA DI MASJID SULTAN ABU BAKAR MERIAH DENGAN KERJASAMA PELBAGAI AGENSI14 Mei 2026 (Khamis) โ€” Program G...
14/05/2026

GOTONG-ROYONG PERDANA DI MASJID SULTAN ABU BAKAR MERIAH DENGAN KERJASAMA PELBAGAI AGENSI

14 Mei 2026 (Khamis) โ€” Program Gotong-Royong Perdana yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar Mentakab pagi tadi berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama dan kebersamaan melibatkan pelbagai agensi serta masyarakat setempat.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan kawasan masjid, pemotongan dan penyelenggaraan pokok, serta menceriakan persekitaran bagi memastikan suasana yang lebih selesa dan selamat kepada para jemaah.

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) turut bersama menjayakan program ini melalui penglibatan tenaga kerja serta bantuan logistik bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat. Penglibatan MPT mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan persekitaran awam sentiasa bersih, selesa dan kondusif untuk masyarakat setempat.

Turut terlibat dalam program ini ialah SWCorp Malaysia, Balai Polis Mentakab serta Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab yang berganding bahu bersama penduduk setempat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua pihak bukan sahaja berjaya melancarkan program, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kejiranan dalam komuniti.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen sepanjang program berlangsung. Diharapkan semangat kebersamaan seperti ini akan terus dipupuk demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM





13 Mei 2026 (Rabu) - Pada 9 Mei 2026, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabtan Pelesenan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) tela...
13/05/2026

13 Mei 2026 (Rabu) - Pada 9 Mei 2026, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabtan Pelesenan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah melaksanakan Ops Patuh melibatkan lima premis hiburan di sekitar Bandar Temerloh dan Mentakab, yang merangkumi pusat karaoke serta pusat snooker.

Operasi ini dijalankan bagi memantau tahap pematuhan premis terhadap syarat-syarat lesen yang ditetapkan, termasuk had masa operasi perniagaan, jenis aktiviti yang dijalankan serta perkara-perkara berkaitan syarat lesen di bawah kawal selia MPT.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak tiga kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tidak mempamerkan lesen premis serta pelanggaran syarat lesen apabila premis didapati masih beroperasi dan menerima pelanggan selepas jam 2.00 pagi iaitu melebihi had masa yang dibenarkan.

Jabatan Penguatkuasaan & Jabatan Pelesenan MPT akan terus komited dalam memastikan setiap aktiviti hiburan di kawasan pentadbiran MPT mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan demi menjaga ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat setempat.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM






๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐— ๐—ฃ๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—ฃ๐—จ๐—ž ๐—š๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”13 Mei 2026 (Rabu) โ€“ Majlis Perbandaran Temerlo...
13/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐— ๐—ฃ๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—ฃ๐—จ๐—ž ๐—š๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

13 Mei 2026 (Rabu) โ€“ Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti telah mengadakan Program Senam Sihat bertempat di Dataran Kejat, Temerloh pagi tadi. Program yang berlangsung bermula jam 8.15 pagi hingga 9.15 pagi melibatkan penyertaan warga kerja daripada beberapa jabatan di bawah MPT.

Program berkenaan diadakan sebagai salah satu inisiatif penjagaan kesihatan dan kesejahteraan warga jabatan di samping bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan MPT.

Antara jabatan yang terlibat pada sesi kali ini ialah Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kawalan Bangunan serta Jabatan Pusat Setempat. Program dimulakan dengan sesi regangan badan sebelum diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih daripada kalangan kakitangan MPT sendiri.

Suasana program berlangsung dalam keadaan ceria dan penuh semangat dengan penglibatan aktif para peserta. Pelaksanaan program seperti ini diharap dapat terus menyemai kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga MPT.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM






๐Ÿ“ข ๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐——๐——๐—˜๐—ก๐——๐—”Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) melalui Jabatan Kejuruteraan ingin memaklumkan bahawa terdap...
12/05/2026

๐Ÿ“ข ๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐——๐——๐—˜๐—ก๐——๐—”

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) melalui Jabatan Kejuruteraan ingin memaklumkan bahawa terdapat perubahan pada borang sebutharga bagi projek berikut :

๐Ÿ”น MPT: S-9/2026 - Membaikpulih longkang dan jalan serta kerja-kerja berkaitan di Taman Mentakab, MP Temerloh.

๐Ÿ”น MPT: S-10/2026 - Membaikpulih longkang dan jalan serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Bukit Cermin 4, Taman Bukit Cermin, MP Temerloh.

Sehubungan itu, pihak penyebutharga yang telah membeli borang sebutharga diminta hadir ke Tingkat 5, Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Temerloh mulai 14 Mei 2026 (Khamis) bagi mendapatkan salinan borang yang baharu serta mengembalikan semula borang terdahulu.

๐Ÿ“Œ Tarikh jualan semula borang sebutharga : 14 Mei 2026 (Khamis)

๐Ÿ“Œ Tarikh tutup penghantaran borang dilanjutkan kepada : 21 Mei 2026 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengah hari.

Kerjasama dan perhatian pihak terlibat amat dihargai.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM




LAWATAN ADUAN LONGKANG RUNTUH DI TAMAN SAGUMPAS 1, MENTAKAB8 Mei 2026 (Jumaat) โ€“ Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerl...
08/05/2026

LAWATAN ADUAN LONGKANG RUNTUH DI TAMAN SAGUMPAS 1, MENTAKAB

8 Mei 2026 (Jumaat) โ€“ Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Rizal bin Mustafa telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau aduan berkaitan kejadian longkang runtuh di kawasan Taman Sagumpas 1, Mentakab petang tadi.

Lawatan tersebut bertujuan menilai tahap kerosakan serta mengenal pasti tindakan segera dan penyelesaian jangka panjang demi keselamatan serta keselesaan penduduk setempat.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Puan Suhaya Elly bt Rosli, Ahli Majlis MPT, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPT, Pengarah Jabatan Korporat, Komunikasi dan Perhubungan Awam MPT, pegawai-pegawai MPT serta wakil daripada SMR Selenggara (Pahang) Sdn Bhd.

Pihak MPT akan mengambil tindakan susulan sewajarnya dan komited memastikan isu infrastruktur yang melibatkan keselamatan awam diberi perhatian segera serta diselesaikan dengan sebaiknya.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM







KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOHSebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Bumip...
08/05/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor dari CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dari CIDB, Sijil Taraf Bumiputera dari BPKU, Sijil Pematuhan Cukai (TCC), salinan slip pendaftaran SST dari Kastam (sekiranya berdaftar) ,dan berdaftar dengan MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH (MPT) pada tahun 2026 dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :

1. MEMBAIK PULIH LONGKANG DAN JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAMAN MENTAKAB, MP TEMERLOH - (MPT:S-9/2026)

2. MEMBAIK PULIH LONGKANG DAN JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN BUKIT CERMIN 4, TAMAN BUKIT CERMIN, MP TEMERLOH. - (MPT:S-10/2026)

Borang sebutharga boleh disemak di Kaunter Berpusat, Majlis Perbandaran Temerloh, Kompleks Pejabat Plaza Temerloh, pada waktu pejabat bermula 11.5.2026 (Isnin).

Tarikh tutup sebutharga pada 18.05.2026 (Isnin) jam 12.00 tengah hari.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM




๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐—›6 Mei 2026 (Rabu) โ€“ Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah ...
06/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐—›

6 Mei 2026 (Rabu) โ€“ Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan satu lawatan tapak di Rumah Rakit Temerloh sebentar tadi susulan aduan kerosakan tandas yang dipercayai berpunca daripada keruntuhan struktur tandas di premis berkenaan.

Lawatan tersebut diselaraskan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPT dengan penglibatan pegawai daripada Jabatan Kejuruteraan MPT serta Jabatan Korporat, Komunikasi dan Perhubungan Awam MPT bagi meninjau sendiri keadaan di lokasi serta mendapatkan maklumat berkaitan tahap kerosakan yang berlaku.

Hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa tindakan segera perlu dilaksanakan termasuk aspek keselamatan kawasan dan cadangan kerja-kerja pembaikan bagi memastikan keadaan premis berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Lawatan ini turut bertujuan mengenal pasti punca kerosakan serta meneliti langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan agar kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan.

Majlis Perbandaran Temerloh komited dalam memastikan penyelenggaraan kemudahan awam sentiasa diberi perhatian demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan pengguna.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM




๐Ÿ† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐ˆ๐™๐‡๐€๐Œ ๐๐ˆ๐ ๐€๐™๐‡๐€๐‘ ๐Ÿ†6 Mei 2026 (Rabu) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) merakamkan setinggi-tinggi tahn...
06/05/2026

๐Ÿ† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐ˆ๐™๐‡๐€๐Œ ๐๐ˆ๐ ๐€๐™๐‡๐€๐‘ ๐Ÿ†

6 Mei 2026 (Rabu) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐ณ๐ก๐š๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐€๐ณ๐ก๐š๐ซ dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh / Sekolah Sukan Pahang (SSNP) atas kejayaan menerima ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Ž๐ฅ๐š๐ก๐ซ๐š๐ ๐š๐ฐ๐š๐ง dalam ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’.

Majlis berprestij tersebut telah berlangsung pada 5 Mei 2026 (Selasa), jam 3.00 petang bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir meraikan penerima anugerah ialah Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja kepada keluarga dan pihak sekolah, malah turut mengharumkan nama Temerloh dan Negeri Pahang di persada sukan.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus cemerlang dalam bidang sukan serta membuktikan bahawa anak Temerloh juga mampu melakar kejayaan di peringkat tertinggi.

Syabas dan tahniah diucapkan! ๐Ÿ‘

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM






โšก๐Ÿš— ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‚๐€๐’ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š (๐„๐•) ๐ŸŒฟMajlis Perbandaran Temerloh (MPT) terus komited menyokong agenda teknolog...
06/05/2026

โšก๐Ÿš— ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‚๐€๐’ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š (๐„๐•) ๐ŸŒฟ

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) terus komited menyokong agenda teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar melalui penyediaan kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV Charger) di beberapa lokasi strategik di Temerloh dan Mentakab.

Sebanyak ๐Ÿ๐Ÿ ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ž๐œ๐š๐ฌ ๐„๐• kini disediakan bagi memudahkan pengguna kenderaan elektrik mendapatkan akses pengecasan yang lebih cepat, selesa dan mesra pengguna.

๐Ÿ“๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐„๐• โ€“ ๐“๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐Ž๐‡
๐Ÿ”น Jalan Dagang 1, Dynaton Bukit Angin โ€“ 2 Unit
๐Ÿ”น Jalan Bahaman (Old Town White Coffee) โ€“ 2 Unit
๐Ÿ”น Jalan Sudirman, Temerloh (The Store) โ€“ 2 Unit
๐Ÿ”น Jalan Tengku Ismail (Hotel Jelai Temerloh) โ€“ 2 Unit
๐Ÿ”น Jalan Dato Ngau Ken Lock (Hotel Nur & Casa Reflexologi) โ€“ 3 Unit
๐Ÿ”น Ibu Pejabat TNB Temerloh โ€“ 4 Unit
๐Ÿ”น Jalan Merbah Temerloh (Hotel Green Park Temerloh) โ€“ 2 Unit

๐Ÿ“๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐„๐• โ€“ ๐Œ๐„๐๐“๐€๐Š๐€๐
๐Ÿ”น Jalan Bunga Tanjung, Mentakab (Hotel Sherrinton) โ€“ 2 Unit
๐Ÿ”น Jalan Haji Kassim, Mentakab (Hotel Jelai Mentakab) โ€“ 1 Unit
๐Ÿ”น Jalan Anggerik, Mentakab (Casa Reflexologi) โ€“ 2 Unit

โšก Fast Charging sehingga 40kW & 60kW
โ™ป๏ธ Mesra alam & rendah pencemaran
๐Ÿ“ Lokasi strategik dan mudah diakses
๐Ÿš— Parkir khas pengecas EV disediakan

Kemudahan ini bukan sahaja menyokong penggunaan teknologi hijau, malah membantu mengurangkan pelepasan karbon serta menjadikan Temerloh sebagai bandar yang lebih moden, pintar dan lestari.

Orang ramai disarankan menggunakan kemudahan ini dengan berhemah serta mematuhi peraturan parkir dan keselamatan yang telah ditetapkan.

๐‰๐จ๐ฆ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š-๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐จ๐ก ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐›๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐ก๐ข๐ฃ๐š๐ฎ, ๐ฆ๐จ๐๐ž๐ง ๐๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM









SELAMAT HARI PEKERJA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsaโ€Di sebalik setiap kemajuan, ada usaha yang tidak pernah berhe...
30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsaโ€

Di sebalik setiap kemajuan, ada usaha yang tidak pernah berhenti.
Di sebalik setiap kejayaan, ada keringat yang tidak pernah mengalah.

Terima kasih kepada seluruh warga pekerja, anda adalah nadi pembangunan, tulang belakang ekonomi dan harapan masa depan negara.

Setiap titik peluh, setiap pengorbanan, dan setiap komitmen yang dicurahkan menjadi asas kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama.

Teruskan melangkah dengan semangat, keazaman dan integriti.
Kerana anda bukan sekadar pekerjaโ€ฆ
Anda adalah โ€œKesuma Bangsaโ€.

Ikhlas daripada :
Yang Dipertua,
Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis
& Seluruh Warga Kerja
Majlis Perbandaran Temerloh

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM






TAKLIMAT PEMBAYARAN DIGITAL AFFIN BANK DI MPT30 April 2026 (Khamis) โ€“ Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan sistem pe...
30/04/2026

TAKLIMAT PEMBAYARAN DIGITAL AFFIN BANK DI MPT

30 April 2026 (Khamis) โ€“ Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan sistem pembayaran digital oleh Affin Bank telah berlangsung sebentar tadi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Taklimat ini diadakan bertujuan memperkenalkan inisiatif pembayaran digital yang lebih efisien dan selamat, selaras dengan usaha memperkasa transformasi digital dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang awam.

Hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua MPT, Tuan Haji Muhamad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT, Pengarah-pengarah Jabatan dan Bahagian MPT serta pegawai-pegawai MPT.

Melalui taklimat ini, pihak MPT berpeluang mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai kaedah pelaksanaan sistem pembayaran digital yang dicadangkan, sekali gus menilai potensi penggunaannya dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta kemudahan kepada warga Temerloh.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM






Address

Temerloh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092901778

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH:

Share