01/04/2026
πππππππππ πππππ πππππππππ ππππππππ ππππππ ππππππ
31 Mac 2026, Kuantan - Seramai 9 orang wakil ahli PUSPANITA dari Cawangan Daerah Temerloh telah menghadiri Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang yang diadakan di Dewan SUK, Wisma Sri Pahang. Delegasi tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Temerloh, Datin Roslina Binti Ab. Majid, bersama ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan, perancangan aktiviti serta pengukuhan peranan PUSPANITA di peringkat negeri. Ia juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara ahli-ahli PUSPANITA dari pelbagai jabatan. Majlis juga telah diakhiri dengan Jamuan Hari Raya PUSPANITA Negeri Pahang dalam suasana penuh kemeriahan dan ukhwah.