29/05/2026
KES MENANGKAP ULAR (KMU)
29 MEI 2026 | JUMAAT
PERUMAHAN IPS, TELUPID
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Telupid telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung seekor ular sawa batik yang ditemui berada di dalam stor rumah di kawasan Perumahan IPS.
Seramai 4 orang anggota APM daripada Skuad Delta bersama 1 buah kenderaan LRV (VPT1083) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap ular tersebut.
Anggota bertugas menggunakan peralatan khas menangkap ular dan berjaya mengawal serta menangkap reptilia tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan kepada mangsa mahupun anggota bertugas.
Sebarang pertanyaan atau aduan, orang awam boleh menghubungi APM Daerah Telupid di talian 089-521161 / 089-521162 atau Talian Kecemasan MERS 999.